Thursday, July 06, 2017

Best Ke Filem Spider-Man: Homecoming (2017)

Best ke tak sesuatu filem tu sangat subjective, lain orang lain pendapat. Tapi kalau tanye pendapat kite, filem ni siyes best.. memang tak rugi korang beli tiket nak nengok cite ni.


Kite bagi 5 bintang untuk filem ni. Walaupun agak sedikit kecewa dengan ending dia tapi tetap best.

Rating :     


Thank you SenQ bagi tiket free ni. Kami memang nak sangat nengok filem ni, so dapat free ni memang seronoknye jadi beronok ronokkklaa kan hihihi


Sempat gak amek gambar dalam hall semalam time preview screening Spider-Man ni. Hall gelap tapi masih boleh pegang henpon.. Pastu citer dah nak start memang dilarang keras untuk pegang henpon.. nanti ade je staff dorang yang buat ronda tak bagi pegang henpon. Maklumlaa malam tadi kami antara penonton yang terawal nengok filem ni sebelum ia keluar di pawagam.


Filem aksi ni mengisahkan cerita 8 tahun selepas pertempuran hebat antara Avengers dengan puak Chitauri yang dibawak masuk oleh Loki. So disebabkan peperangan ini, berleluasalaa pelbagai sumber kuasa mahkluk asing milik Chitauri ni. Filem ni dibintangi oleh Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr, Michael Keaton dan Jon Favreau.

Okee tak boleh nak cerita panjang panjang, kang tak syiok lak korang nak pergi nengok kann.. Cukup ni je kite ceritaaa ye :p


So sape yang tanye best ke tak, berbaloi ke tak, wajib tonton ke takkk, siyes kite memang cakap korang WAJIB tonton ye filem ni, mane taknye bajet keseluruhan filem ni hampir USD175 juta okee!! so kalau korang tanye banyak mane hebat filem ni, memang Banyakkk sebanyak "pelaburan" untuk buat filem ni.. hihihi


Salam Perkenalan,

4 comments:

Diana Dy said...

Anak2 mesti paksa tengok spiderman ni nanti...hahaha mama bukan minat sangat citer-citer gini.

nini said...

Ni kalau dah lima bintang ni maksudnya best la tu...hahaha

mama tisya said...

syokla dpt tgk awal...kalo sempat nk p terjah wyg nanti almaklum la tgh musim raya byk jemputan openhouse hehe

Radhia Razali said...

ala..tak tengok lagi Spidey movie baru ni..semua orang yg dah tengok komen best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...