Adehhh tak sempat gak rupenye nak update entri ni sebelum MRT Sungai Buloh-Kajang Line Launch semalam..
Tarikh semalam cantik 17.07.2017 tu yang dorang pilih date tu kot.. hihihi
Pasni Insya Allah, line 2 pulak maybe akan open for public pada 2022.. Tapi time tu tak tahulaa masih ade peluang join launching macam semalam ke tak kann hihihi
Line 2 pulak adalah Jajaran Sungai Buloh - Kajang - Putrajaya. So pasni senang pulak laa nak ke Putrajaya naik mrt je.. :)
Tujuh bulan lepas iaitu pada 16 Disember 2016, fasa pertama MRT laluan Sungai buloh ke Kajang dah pun dilancarkan. Semalam pulak merupakan pelancaran penuh MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km termasuk underground dan elevated secara keseluruhannya.
Semalam bermula dari TRX Station, PM ke Stadium Kajang selepas merasmikan pembukaan kesemua 31 stesen bagi sistem rel yang paling moden dan terbaru ni. Lepas ni, seluruh rakyat pasti rase senang dan mudah untuk ke KL terutamanye pengguna pengangkutan awam dari Kajang yang dulunye agak susah nak dapatka public transport ke situuu..
Bagi pengguna yang tak tahu lagi, semalam kalau korang naik mrt, korang tak perlu bayar, sebab semua laluan free dari pukul 4 petang sehingga 10 malam.
Hari ni sehingga National Day nanti, semua LRT, MRT dan monorail dapat half price.. So kalau korang berhajat nak try naik mrt ni, bolehlaa plan hari hari korang untuk naik mrt hihihi
Mane yang tak tahu lagi stesen stesen serta jajaran laluan SBK ni korang boleh dapatkan pamphlet peta transit di kaunter stesen. tak pun korang google je lagi senang..
Laluan SBK dengan panjang jajaran 51km ni akan membawa penumpang dari Sungai Buloh ke pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan mengambil masa lebih kurang 40minit, atau terus ke Kajang dalam masa 88minit.. satu stesen ke stesen seterusnya amek masa dalam 2-3minit je..
Laluan SBK berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Sri Petaling di Pasar Seni, Merdeka dan Maluri. Pengguna boleh bertukar dari MRT ke LRT atau sebaliknya tanpa perlu membeli tiket baru.
Laluan SBK ni jugak berintegrasi dengan perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS di Sungai Buloh dan Kajang. Manakala dari stesen mrt Muzium Negara, penumpang boleh berjalan kaki dengan menggunakan laluan pejalan kaki yang cukup selesa untuk sampai ke KL Sentral. Kat situ korang boleh naik KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk ke KLIA, Putrajaya dan stesen stesen lain seperti KTM, LRT dan Monorel.
Selain tren, bas perantara mrt juga beroperasi dari stesen ke stesen sebagai memenuhi keperluan penumpang untuk sampai ke sesuatu destinasi yang nak dituju.
Bagi mereka yang nak membawa kereta, kesemua kemudahan tempat kereta "park and ride" juga disediakan. Tapi untuk tempat letak kereta ni tak semua stesen ade kemudahan gini ye, nengok tempat.. so nak lagi details korang nengok peta transit yang ada untuk memudahkan korang tahu fasiliti setiap stesen yang korang naik tu..
Kalau dulu sebelum involve dalam projet mrt ni, kite join project double track, ni kire first job lepas graduate dululaa ni. Tapi tu pun tak sampai abes projek pastu dah lari ke sini. Sebab dulu untuk projek double track tu kite join Team Land & Planing, so kite involve dalam land acquisition je, then bila dah penghujung project, isu land kebanyakkannye dah setel, so keje yang related dah tak banyak.. tu yang boring sikit tu yang lari ke tempat lain.. hihihi
Untuk projek mega ni, MRT Corp berganding bahu dengan MMC Gamuda KVMRT PDP Sdn Bhd dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam merancang dan berusaha membina projek ni.
Dua tahun lepas, kite ade gak join team elevated, pastu bertukar arah ke underground pulak.. Mane yang tak tahu atau konpius antara kami ni, meh kite terangkan secara ringkas ye.. PDP merupakan Rakan Pelaksana Project ataupun, Project Delivery Partner yang mana kebanyakannya involve dalam elevated. Manakala Team MGKT ni pulak merupakan kontraktor kerja bawah tanah yang telah melakarkan sejarah dunia dengan pembinaan terowong atau tunnel dan stesen bawah tanah dengan menggunakan teknologi yang canggih, subcon, supplier dan consultant yang gigih dalam menyempurnakan pembinaan projek ni.
Kos pembinaan asal bagi laluan SBK telah disasarkan sebanyak RM23 bilion.. tapi setelah siap projek ni hanya menelan kos sebanyak RM21 bilion. Penjimatan sebanyak RM2 bilion kat situu..
Lepas ni, projek projek seperti MRT Line 2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, landasan Kereta Api Pantai Timur yang akan meliputi seluruh Pantai Timur semenanjung Malaysia, Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (high speed rail) pulak akan dibina.. Infrastruktur sedia ada seperti laluan LRT dan KTM jugak akan dinaiktaraf dan diperbaiki kelak..
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ni..
Ni gambar masa kami singgah di Pasar Seni Station, tengah under construction lagi ni.. belum siap sepenuhnyaa..
Seterusnya korang nengok ajelaa gambar gambar yang ade ni..
Memang banyak gambar yang kite tepek dalam entri ni.. maklumlaa untuk kenangan milik sendiriii :p
Kemain sakan bergambar dalam tren, skang ni kalau nak bergambar cenggini tanpa crowd memang takpat dahlaa kan.. semalam pun naik dah ramai..
Akhir sekali kite tepek laluan SSP kat sini.. kot ade yang dah plan nak cari rumah ke ape kan.. boleh cari kawasan kawasan yang terdekat senanggg :p
mane yang friend ngan kite kat fesbuk dan dah follow ig kite tu mesti dah nengok video vdeo kat bawah ni arituuu
1 comment:
Fuh.... Canggih.
Post a Comment