Sejak pregnant ni, lame jugak tak join contest. Tetibe aritu boleh pulak terbuka mulut icik abam cakap pasal dah lame tak join contest. yelaa memang dah lame sangat tak join contest.. Rindunya moment moment time menang contest tuuuu...
Disebabkan dah rindu nak menang contest, mehlaa kite update cerita pasal contest yang menang under name icik abam ni..
Ni pestaim kami merasa join road trip yang full sponsor gini.. serius syiokkk join event gini.. Sebelum event mula pun dah mula rasa keseronokkan dengan dapat barang barang gini..
Dapat t-shirt, dapat payungg. Semua ni kami dapat dua, kire sorang satu dapat..
Sebelum road trip berlangsung, kami ade briefing di The iSpace Damansara, time ni kami dapat manual book dan beberapa keperluan diberi sebelum road trip bermula..
Ni pulak cerita di hari kejadian. Sebelum bertolak ke Terengganu kami berkumpul di Petron MMR2 Selayang Jaya.
Kami antara yang awal sampai pagi tu, so banyak mase lagi sementara tunggu pihak media dan peserta lain sampai, sempat lagi icik abam mentelaah manual book yang diberi aritu. Sebab dalam manual book tu ade segala maklumat details berkaitan aktiviti yang akan kami sertai sebaik sahaja road trip ni bermulaaa..
Kami berdua memang target nak menang dalam setiap aktiviti yang dijalankan, sebab hadiah hadiah yang diberikan jugak agak menarik dan lumayan..
sarapan juga disediakan pagi tu.. tapi kite tadelaa makan banyak sangat pagi tu sebab risau asek nak ulang alik ke toilet je nanti..
Ni antara makanan yang disediakan pagi tu untuk semua peserta..
Sambil tunggu event bermula, kami berselfie dulu sebagai kenang kenangan. Maklumlaa, kite ni suke benar update kat fesbuk ngan insta, so tak sahlaa kalau tak bergambar dulu kann hihihihi
Ni antara kenderaan kenderaan peserta yang dah beratur sebelum road trip bermulaa..
Sambil sambil tu mehlaa kite bergambar sakan kat petron station. Kalau hari biasa takde maknanye dapat bergambar cenggini kann..
Ni pulak barisan motosikal berkuasa besar yang dah bersiap sedia jagi marshal kami untuk road trip kali ini..
Ohyee, lupa nak bagitahu yang road trip kami dari KL ke Kuala Terengganu ni disponsor penuh daripada Petron. Terima kasih petron kerana bagi peluang yang sangat bernilai dan seronok ni kepada kami laki bini.. Pasni dah bertiga tak tahu dapat tak join aktiviti aktiviti gini lagii.
Masih lagi cerita di tempat bermulaa, masa register tadi kami dapat kad petron yang dalam kad mempunyai point. So point tulaa yang kami gunakan untuk isi minyak dan beli segala bagai yang ada dalam kedai di petron station.
dah beli air dan jajan sebagai kudap kudap sepanjang perjalanan, kami diarahkan untuk bersiap sedia ke kereta masing masing untuk memulakan perjalanan kami ke Kuala Terengganu.
Sepanjang perjalanan kami ke Kuala Terengganu memang kos ditanggung 100% termasuklaa tol. Kad tng pun telah diberi sebelum memulakan perjalanan.. Segala bagai kad yang diterima dengan point yang ade memang mencukupi untuk kami guna sepanjang pergi dan balik road trip ni, malahan ada balance banyak lagi..
Sepanjang perjalanan kami di escort oleh pihak media dan abang abang rider..
Setelah hampir dua jam perjalanan, tiba di pitstop pertama kami.
kat sini kami diminta untuk meninggalkan kereta masing masing, dan akan diberi peluang untuk menaiki kenderaan 4x4 ni untuk merasa sendiri pengalaman 4x4 uphill taxi ride.
Serius aktiviti ni yang paling kami excited untuk join. Sebab sebelum ni tak pernah lagi merasa join aktiviti lasak gini..
kenderaan kami antara kenderaan 4x4 yang mempunyai ramai penumpang. So beginilaa keadaan kami dalam kenderaan.
Icik abam awal awal lagi dah cop nak duduk depan, kekonon senang nak amek gambar dan video nanti.. hihihi
Setelah 15minit briefing kami mulakan berjalanan kami ke destinasi yang telah ditetapkan isitu di Jerangkang Waterfall.
Time ni semua tengah muka tenang sebab melalui jalan raya biasa..
Ni dah start dah nak masuk jalan hutan yang berlumpur dan berbukit..
Banyak jugak kenderaan yang menyertai aktiviti ni, so masing masing beratur untuk lalui lopak dan lecak di kawasan hutan ni..
Haa nengok lumpur yang melekat kat cermin ni, ni kalau bawak kereta sendiri memang tak lepaslaa jawabnye hihihi
Okee ni bermulalaa saat saat cuak kteorang yang mana kenderaan 4x4 yang kteorang naiki dah mula meragam..
Time ni masih boleh bergerak lagi, tapi kami parking tepi untuk beri laluan kepada kenderaan kenderaan 4x4 yang lain untuk kedepan dulu.. hihihi
Haa, time ni kami dah diminta untuk turun dari kenderaan kerana kenderaan kami tak mampu nak naik bukit, maybe sebab terlalu ramai penumpang, so berat sangat dahh hihihi
Sambil sambil tunggu kenderaan kami ni elok boleh jalan semulaa, haruslaa bergambar sikit kan hihihi
Time ni masing masing dah cuak sebab kami antara kenderaan yang terakhir yang tinggal di belakang.
sambil tunggu bantuan dan kenderaan lain sampai, kami teruskan juga perjalanan kami tu perlahan lahan selagi kenderaan tu mampu bergerak.. kikiki
Tapi bila sampai dikawasan lecak yang teruk dan dalam, kenderaan 4x4 kami tersekat dan terbenam dalam lumpur pulak. Kenderaan dah berat dan senget sebelah dah..
Time ni muka masing masing dah cuak sebab masih terperangkap dan tak boleh keluar dari kenderaan.. hihihi
Ni saat saat yang sempat direcord..
Ni saat saat yang sempat direcord..
Hampir setengah jam camtu kami stuck dalam lumpur, then bila dah dapat keluar dari lumpur, kenderaan kami tersengut sengut semput. Maybe ade mengalami sedikit kerosakan lepas tersekat tadi..
Beberapa minit kemudian datang kenderaan 4x4 yang lain untuk amek kami untuk bawak ke kem site. Semua peserta dah sampai ke destinasi yang dituju, cuma tunggu team kami je sampai.. hihihi
Ni video masa nak turun ke bawah..
Ni video masa nak turun ke bawah..
Sesampai di kem site, terus amek makanan untuk lunch. Maklumlaa, tadi breakfast makan sikit je, then dah stuck dalam lumpur bagai tadi dah lame, so perut dah krakk krukk dahh..
paling tak sabar sebenarnye nak melantak durian.. Siyes memang sedap dan puas hati dapat makan durian udang merah kat sini..
Rase dah banyak dah makan, tapi rupenya ade banyak lagi durian yang tak abes dan hanya mampu ditinggalkan kat kem site je..
Yelaa, nak tapau camne le pulak kann.. sebab masing masing tak bawak kenderaan sendiri. Lagi pulak lepas ni panjang lagi perjalanan kami, so memang tak mampu laa nak tapau durian sepanjang perjalanan kang penin je tak sudah bau durian hihihi
Tak dapat tapau kite pulun je makan kat sini..
Nengok ni duriannye, sekarang hanya mampu telan air liur jelaa ye
Nengok ni duriannye, sekarang hanya mampu telan air liur jelaa ye
memang banyak durian yang disedia.. sedapnyelaahaiii time ni.. hihihi
Sambil sambil makan durian dan take a break kejap kat sini, kite pun bergambar gambar dan nikmati keindahaan yang ada dikawasan kem site ni..
Time ni kami nak ke Jerangkang Waterfall
Tak larat nak mendaki, kite naik kenderaan 4x4 ni je untuk ke atas..
Time ni pun sempat gakla record video walaupun tak cukup tangan nak pegang sebab terhoyong hayang atas kenderaan 4x4 tu..
Kalau berjalan kaki dari kem site ke Jerangkang waterfall ni mengambil masa 15minit.
Disebabkan kekangan masa, kami hanya mampu bergambar kat sini je, tak boleh nak mandi manda ke hape..
Air terjun ni mempunyai banyak lapisan.. nak bagitahu berapa lapis pun dah tak ingat, maklumlaa cerita dah lame kann hihihi
Sesudah selesai aktiviti di Jerangkang waterfall, kami teruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu terus menuju ke Duyong Marina Resort. Okee untuk review resort ni akan diupdate di entri lain ye..
Dah siap check in kami get ready untuk dinner dan penyampaian hadiah malam tu
Alhamdulillah, selain menang dalam setiap aktiviti yang diadakan, table kami jugak banyak dapat hadiah. Yeahh yeahhh! sakan bawak balik hadiah malam tu..
Ni antara hadiah yang dimenangi termasuk voucher cuci dan wax kereta ni..
Tambah lagi point petrol kami.. yeahhh! memang puas habiskan point minyak mase ni.
Dan ni antara ole ole yang kami dapat, ade t-shirt, keropok lekor, makanan tradisional Terengganu, key chain, pemadam api dalam kereta dan macam macam lagi..
Okee kite sambung next entri ye..
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment