Wednesday, March 21, 2018

Day 2 - Petron Fuel Happy Trip 2017

Ini sambungan dari entri Day 1 - Petron Fuel Happy Trip 2017


Hari keesokkannya, nak mangun dari tido memang liat sikit. Maklumlaa semalam tu keletihan dengan aktiviti dan travel jauhkann.. So mangun pagi barulaa rase sakit itu ini. Tapi disebabkan masih ade lagi aktiviti yang disediakan, haruslaa gagahkan diri mangun dari katil.. Hihi


First aktiviti pagi tu, kami call buggy untuk ke Cindai Ballroom untuk breakfast


Mase sampai kat Cindai Ballroom tu nengok ade diantara peserta yang dah siap bawak beg masing masing, maybe nak balik awal.. tapi kami masih tak siap kemas lagi.. hihihi


Breakfast dulu dengan nasi dagang, pastu kami join aktiviti seterusnya, iaitu mencanting batik.


Ni antara pengalaman yang tak pernah kami dapat sebelum ni, bukan mudah rupanya nak mencanting batik ni, hanya yang berseni je mampu menghabiskan aktiviti ni.. hihihi


Nengok, kemain fokus icik abam nak menyiapkan corak batiknye.. Bukan satu tapi dua tau icik abam buat, kemain excited buat tu, konon satu tu untuk besday girl.. Yelaa masa kami pergi ke Terengganu ni bulan Mei, so masih dalam bulan besday kite, tu yang kekonon nak hadiahkan lukisan yang dibuat sendiri tu kat kite tu.. hihihi


Seterusnya, korang nengok jelaa corak batik yang dilukisnye tu.. siap ade pokok lagi tu hahaha


Yang bawah ni pulak, icik abam dah start mencanting lukisan yang kedua..


Lukisan ni sebenarnya dilukis oleh salah seorang pekerja kt situ, icik abam sambungkan warne dalamnye then tambah sikit ucapan untuk isteri tersayayang.. ceh cehhh..


lame jugak mase yang icik abam amek untuk siapkan kedua dua lukisan ni.. naik kematu tunggu.. hihihi



Akhirnyaaaa, siap jugakkk hihihi


Dah siap, lukisan lukisan tersebut haruslaa dijemur supaya warna warna di atas kain tu tadi kering..


Ni antara video yang sempat dirakam semasa icik abam sibuk mencanting batik hihihi


Sambil sambil tu, kite dok perhati lukisan orang lain.. hihihi


Disebabkan cuaca dah tengah hari dan panas, so cepatlaa sikit keringnyaaa..


Selain lukisan ni, dapatlaa jugak kain batik dari arfa batik, hadiah sempena besday.. hihihi


Dan bawah ni pulak antara ole ole yang dibawak pulang kerumah..


Tamat sudah cerita Road Trip ni, moga ade lagi peluang join aktiviti aktiviti gini..


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...