Semalam ade check up kat hospital, so doctor cam dah bagitahu yang kemungkinan baby akan keluar penghujung bulan 4 atau awal bulan 5. Kiranya tak sampai sebulan je lagi anak kanje mummy ni nak lihat duniaaa. Ya Allah, Engkau permudahkanlaa segala urusan kami ini nanti.. Amin3
Sebenarnya masih ade keperluan baby dan mummy yang tak complete lagi, tu pun nasib minggu lepas ade baby fair kat midvalley, so dapatlaa cari segala bagai yang tade lagi tuuu. Bukan kami taknak cari awal awal, tapi disebabkan keadaan mummy yang asek tak sihat tu je yang tak mampu nak survey survey dan nak shopping shopping.. hihihi
Ni dah masuk 34 minggu so gagahkan jugak diri cari keperluan baby. Sebenarnye belum sihat sepenuhnya lagiii.. baru je nak baik dari demam tapi excited punya pasal so dapatlaa jugak cari mane yang patut tu.. Tu yang baru semalam icik abam pulun basuh pakaian dan kemas bilik untuk baby tu.. kalau tak buat hari cuti memang tak sah, sebab kalau hari keje tak larat nak kemas kemas dah, letih balik malam je.. huhuhu
*Sila abaikan rumah kami yang bersepah tu ye, name pun tengah mengemaskann hihihi :p
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment