Tuesday, July 09, 2013

Restoren Rebung Chef Ismail

Okee, ini merupakan entri sambungan dari Makan-makan di Restoren Milik Chef Ismail
Jumaat lepas aku join icik abam dengan geng dejavu die pegi makan-makan kat Restoren Rebung sempena nak start pose esok 
Makanan ala-ala kampung kat restoren ni memang best. Tak caye nengok gambar kat atas tu. Tu bukti aku tengah mencekik sampai xheran langsung dengan kamera. hahahha
tak semua geng dejavu ade pada malam tu. Semua sekali yang datang 18 orang termasuk aku.

Dah puas makan dorang berkaraoke pulak.. ^^
Icik abam memang pantang nampak mic tau.. :p

Dah puas makan dah puas nyanyi, cuci mulut dengan kek besday pulak. Malam tu ade kek sebab sambut besday 2 orang geng dejavu. Okee kepada yang sambut besday ni, diucapkan selamat Hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki. amin~
Last sekali tuan tanah nak interfremmm
[Catatan : RM70 per person]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Dah 3 Tahun Grad Baru Kuar Paper

Walaupun dah bertahun dah grade tapi baru sekarang muke aku masuk paper kan. hahahha. sebenarnye gambar ni dah pernah kuar paper pun. time awal2 konvo degree dulu. tapi kali ni muke aku jelas nampak. kalau takkkk... nampak sebelah muke jelaa.. sebelah tangan ajelaaa... hahaha 

btw thanks course-mate sebab bagi info yang muke aku masuk paper Metro semalam. hehehe.

[Catatan : nak bace detail klik pada gmbr atas]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, July 08, 2013

Makan-Makan Di Restoren Milik Chef Ismail

Mesti ade yang dah pernah makan kat sini kan??? kalau korang nak tahu, ni kali pertama aku makan kat Restoren Rebung ni
Jumaat lepas, icik abam bawak aku pegi dinner kat restoren ni. Cerita seterusnya aku story mory esokla ye. Arini tak sempat nak cerita panjang. Sebab malam ni nak pergi nengok Adnan Sempit 3!!!! Yeahhh Jangan jeles... :p

Pape aku update nanti ye.. 
[Catatan : bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, July 04, 2013

Hantar Pakcik Pergi Umrah

Selase yang lepas kami sekeluarga hantar pakcik ke KLIA untuk ke Umrah. Kami berdua amek cuti, walaupun flight pakcik malam, tapi kami cuti gak sebab orang-orang Melaka sampai kl pukul 12 tengah hari camtu.

Kami berkumpul dan lunch sesame kat Masjid KLIA. So berpicnic lah kami kat situ kan. ^^
Okee, ni gambar ibu ngn pakcik. Kali ni pakcik pergi sensorang dulu, In Sya Allah, next ibu ngan pakcik pergi sekali dengan dekman. Sebab kalau sekarang ibu pegi umrah dengan pakcik, kene tinggal pulak dekman kan. Lagi pulak budak tu nak UPSR tahun ni. So tak dapatla ibu nak join kali ni kan..

So kali ni pakcik pegi dengan geng3 suraunye dulu.. hikhik. Seterusnya korang review ajelah gambar kami sekeluarga kat airport ye.. ^^

Ni adik beradik kandung aku. Tapi sorang tade, deknem, die tak join sebab sekarang die tengah final exam
Dan yang ini pulak adik beradik tak sekandung.. hehehe tapi ni pun masih xcukup korum.. ^^
Time ni seramai 37 orang yang nak pegi umrah tu diberi taklimat sebelum nak bertolak
Selesai taklimat dan pembahagian pasport, semua diminta bersedia untuk turun ke tempat departure
Ni tempat last kami boleh hantar pakcik, lepas tu kami skodeng dari jauh aje.. huhuhu
lepas dari ni dah tak dapat nengok pakcik dah.
Semoga perjalanan pergi dan balik pakcik ke umrah selamat. Dan mendapat umrah yang mabrur. In Sya Allah
Memandangkan kami semua parking kete kat Sama-sama hotel, so kami berkumpul kat hotel tu dulu sebelum berpecah. ^^

Last sekali tepek gambar kami berdua

[Catatan : 14hb pakcik balik]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, July 01, 2013

Restoren Atap-atap Portuguese Ikan Bakar

Okee ini merupakan kali pertama makan kat Restoren atap-atap ni. Restoren ni terletak kat Ampcorp Mall PJ
Walaupun ni baru pertama kali makan kat sini, tapi tetap nak bagi 5 bintang untuk restoren ni. Sebab segala makanan dan minuman yang aku rase memang mengikut citarasa aku. Pastu harganye pulak memang berpatutan
 Rating : ★ ★ ★ ★ ★
time aku pergi ngn opismate aku tu masih tak ramai orang. maybe kteorang datang awal sket sebelum lunch time. Tapi bile dah lunch time memang sangat pack tempat-tempat ni
Butter Sotong
Sup Seafood - Sup ni rase masam-masam sket. Memang kene dengan selera aku
Dan yang ini pulak Pari Portuguese Ikan Bakar

Harga untuk semua makanan di atas dengan minuman air kelapa dan Jasmine Tea cuma RM30.25 sahaja.
Bagi aku murah dan berpatutan la kan. Kteorang makan dengan nasi tau bukan lauk semata, saje tak nak letak gambar nasi ^^

Kalau korang teringin gak nak ke sini, macam-macam menu ade benaunye.. korang boleh nengok menu

[Catatan : pegi berdua je.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Sunday, June 30, 2013

Major Service | Dugong

Kalau entri sebelum ni cerita pasal service nouvo, hari ni nak update pasal service dugong pulak.^^

Service dugong ni icik abam terpakse amek halfday jumaat ritu. Sebab icik abam malas nak tunggu time dugong diservice. Konpem lame sebab kali ni major service. Name nye pun dah major kan so konpem2 banyaklah $$$$ melayang-layang kan.. kuikuikui
Icik abam amek aku kat opis dulu baru amek dugong kat pusat service.
Pastu dah boleh bawak dugong balik rumah. Icik abam bawak dugong aku bawak nouvo. Malas aku nak bawak dugong tengah-tengah jem orang balik keje. lagi best rempit.. hahahha

Eh chop, tapi kali ni toyota lupe nak cuci enjin laaa.. huhuhu
 [Catatan : RM1100]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, June 29, 2013

Service Kali Pertama | KM925

Hari khamis aritu icik abam pergi service nouvo buat kali pertama. Kalau ikut dalam buku manual, service pertama perlu dibuat bile dah sampai 1000km. Tapi icik abam cakap kalau boleh tak nak lah genap2 sangat kan. dah 900++ km pun dah boleh dah pegi service
Icik abam pergi service kat Pusat Servis Yamaha kat Desa Pandan. Tempat ego selalu servis dulu
Ni antara minyak yang digunakan untuk service pertama ni. so maybe next service pakai minyak brand yang same jela kot. ^^
Lepas service icik abam pegi cuci nouvo. Dapat layanan baik lah kan dah tinggal sorang katekan.. hehehe
Okee tetibe rindu kat ego.. hukhuk
 [Catatan : RM42 aje]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, June 27, 2013

Pratonton Filem Badges of Fury

Filem Badges of Fury ni merupakan filem ke-5 yang aku nengok dalam bulan ni.
Semalam kami dapat 6 tiket untuk Special Screening untuk filem ni. Nama icik abam menang 4 tiket dan nama aku menang dua tiket dari Suria FM. Tq Suria ^^

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang. Bagi aku filem ni kelakar tapi nampak banyak tak logik sket, tu yang aku bagi 3 bintang aje ^^
Rating : ★ ★ ★ ☆ ☆
Filem ini mengisahkan tentang dua rakan polis Hong Kong, Wang dan Huang yang penuh dengan konflik. Huang muak dengan perangai Wang yang berpewatakan tidak matang dan sentiasa membawa masalah kepada mereka. Mereka kemudian berhadapan dengan satu kes pembunuhan bersiri. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati kesemua mangsa bunuh merupakan bekas teman lelaki Liu. Untuk menangkap pembunuh tersebut, salah seorang daripada mereka perlu menyamar untuk menjadi teman lelaki Lui

so kepada yang meminati Jet Li boleh lah bergelak nengok cerita ni. ^^
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, June 24, 2013

Selamat Tinggal Ego | Ego Dalam Kenangan

Selamat tinggal ego, selamat tinggal sayangggg.. hukhuk, jasamu sangat dikenang

Kalau korang nak tahu, ego baru je dijual ni tadi. Okee siyes rase sayu aje nak tinggal kan die tadi. hukhuk

Babai ego, semoga baik-baik dengan tuan baru ye.. huhuhu

Ego ni terpakse dijual sebab tak digunakan, dari die buruk dan rosak camtu aje better dijual. Dapatlah seribu setelah menggunakan khidmat die selama 7 tahun ni.. okee lah kan. huhuhu

Okee ni gambar kenangan bertiga.

 [Catatan : last entri pasal ego]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, June 21, 2013

Pratonton Filem 1 Lawan Satu

Semalam telah berlangsungnya Pratonton Filem 1Lawan Satu di TGV Sunway Piramid

Filem ini adalah filem aksi arahan Pierre Andre yang mengisahkan dua orang "pahlawan", Saleh dan Radhi yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu pertandingan. Saleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Saleh pergi untuk membawanya pulang semula kepangkuan keluarga mereka.

Berbeza dengan kehidupan Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat. Radhi boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan Sara. Kehadiran Saleh ke bandar telah menemukannya dengan Nora, kawan kepada Saleha. Namun Saleha masih tidak ditemui. Nora dengan rela hati membantu Saleh mencari Saleha sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman Radhi telah menyebabkan Oman, mengupahnya untuk berlawan untuknya. Radhi yang terdesak kerana memikirkan keadaan Sara menerima tawaran Oman.

Perjalanan Saleh dalam mencari Saleha juga membawanya kepada Oman yang telah membeli Saleha dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika Saleh melawan. Tanpa mereka sedari, Saleh dan Radhi telah digunakan oleh Oman untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2013. Satu demi satu perlawanan terpaksa Radhi dan Saleh hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing-masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib Saleha dan Sara. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin

Filem ini memang penuh dengan aksi. Aku bagi 3 bintang
Rating : ★ ★ ★ ☆ ☆

Filem ni akan mula ditayangkan dipawagam pada 27/6/2013
 [Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...