Tuesday, February 16, 2016

Bertukang Bila Balik Kampung Perak


Macam biasa kalau balik kampung pasti ade je aktivitinye. Kalau tak berjalan duduk rumah, tak pun pergi kebun, pergi bagan. Orang Perak mesti tahu bagan tu ape kan. Heheehe


Pose pose di atas adalah selingan sementara nak berbreakfast kat kebun. Amek gambar camtu konon nak join contest.


Tujuan utama masuk kebun adalaaahhh.. Haa ni laa kejenye.. Dok berusaha sikit sikit untuk buat rumah.


Nak kate pakar sangat tu tadelaa kan. Icik abam dan adik bertungkus lumus. Buat berdua.. Tu pun kalau kami ade balik dapatlaa membantu.


Tolong sikit sikit mane yang mampu. Dorang pun buat slow slow ikut kemampuan tenaga masing masing. So bila siap tu tak bape pasti. Maklumlaa keje buat sendiri kan.. Hehhe


Tapi apepun kalau terdirinye rumah kat sini, gambar gambar ni pasti jadi kenangan suatu hari nanti.


So macam biasa, keje aku bantu sikit sikit je. Yang lain banyak berselfie aje.. Hahahha


Kalau kate plan nak continue buat rumah tu, kami akan breakfast dan lunch kat kebun je.


So mak mentua aku akan masak kat pondok yang dorang buat sementara untuk berteduh tu.


Sambil menikmati makanan kat dalam kebun sambil bergambar. Hehehe


Sebenarnye, icik abam tu dah keletihan dah tu, tu sampai baju pun pakai terbalikkk.. Hehhe


Tapi tetap senyum terpakse bila diajak bergambar. Hahahha. Sabar jelaa dapat bini suke bergambar kan..



Salam Perkenalan,

Muzium Kapal Selam Pantai Klebang Melaka


Okee ini entri kali kedua pasal muzium kapal selam ni. Kali pertama ritu pergi tapi tak boleh masuk lagi dalam kapal selam ni. So ni dah boleh masuk, datang lagi untuk nengok. Hehehhe


Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang ni adalah muzium kapal selam yang pertama di Malaysia. Okee bangga sikit ye orang Melaka. Hehhehe


Kapal selam ni bernama SMD Quessant Agosta 70 dari Perancis yang dahulunye milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Kapal selam ni merupakan kapal selam latihan bagi krew krew kelas Perdana Menteri TLDM


Kapal selam ni telah dibawa pulang ke Malaysia oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang Melaka.


Kerja kerja untuk membawa pulang kapal selam ni adalah dari pengkalannye di Brest, Perancis bermula 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.


Fokus utama pameran muzium kapal selam ni ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.


Dari ape yang aku google dan bace kat papan kenyataan yang ade kat muzium ni, kapal selam ini dibina pada tahun 1979. Kapal seberat 1,200 tan ni dibawa ke tanah air untuk dijadikan muzium telah membelanjakan sebanyak RM12.6 juta sebagai simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.


Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah sewaktu pelayaran di lautan Atlantik pada tahun 2009. Dan kemudiannye dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kargo untuk di bawa ke pantai Klebang. Ia ditarik dengan menggunakan sebuah trailer khas yang mempunyai 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.


Kalau dulu mase awal pembukaan muzium ni, pelawat hanya boleh lihat dari luar, kini bahagian dalam kapal ni telah dibuka pada umum.


Jadi korang boleh lihat tempat simpanan peluru torpedi, ruangan kawalan kapal, dapur dan tempat tidur krew. Untuk lihat semua yang aku cakap ni, korang kenala scroll sampai abes entri ni ye.. Hehehhe






















Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 9 pagi - 5.30 petang
Jumaat - Ahad : 9 pagi - 6.30 petang


Harga tiket :

Dewasa - RM3
Kanak kanak - RM1


Alamat :

Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka.


Nak senang pakai waze je. Hehhehe


Salam Perkenalan,

Monday, February 15, 2016

Voucher Tesco Yang Dimenangi Bernilai RM100

Lame dah kemarau menang contest. Yelaa tak rajin join contest camne nak menang kannn.. Hahaha


Bukan tak rajin, tapi kekangan masa.. Dekat opis sehari suntuk mengadap keje, tak sempat nak belek sangat fesbuk kebelakangan ni. Dah malam, kat rumah baru gigih scroll mane yang terlepas pandang tu. Tu pun kadang kadang nengok mood jugakk. Kalau rajin, rajinlaa belek dan scroll mane yang mampu, kalau tak memang ignore jelaa. Hehhe


Okee nipun hadiah contest yang lepas lepas yang masih tak cerita disini. So update sesaje nak bagi kenangan dan semangat kononnye. Hahahaha


Hadiah ni pun dah selamat bagi kat Ibu aku, RM100 ni boleh digunakan selama setahun dari tarikh yang tertera.  Bagi kat Ibu aku gune sebabnye dia je yang rajin ke tesco. Hahhaha


Salam Perkenalan,

Laksa Telor Goreng Bersarang Tmn Seri Botani Ipoh, Perak

Haa nampak tak panjang title atas tu. Tu menunjukkan aku tengah eksaited nak cerita pasal laksa ni. Lagi pulak dah lame tak update pape entri dalam blog ni kan. So mood nak menaip dah datanggggg! Hehehhe


esape yang belum merasa keenakkan Laksa Telor Goreng Bersarang ni korang boleh laa datang terus ke Taman Botani Ipoh Perak. Eh eh, kalau yang yang luar kawasan Perak acener nak merase??? Jauhhhhh.. Okee, tu aku tak berape pasti, kat luar Ipoh ade ke tak laksa camni. Kuang kuang kuang..


Yang pasti aku nak merasa laksa ni memang aku ke Ipoh semata mata nak try punye pasal. Hahhaha


Tapi tadela semata mata sangat dari KL ni datang ke Ipoh untuk ni saje, alang alang balik kampung Perak tu yang gigih nak singgah gak tu. Mula mula datang tu agak lewat kami datang, so kedai dah tutup. Keesokkan harinye sebelum balik KL pergi kejap, alhamdulillah dapat gak merasa laksa yang menjadi viral ni. Hehhehe


Dari ape yang aku google, owner Laksa Telor Goreng Bersarang ni diusahakan oleh En Azril Bidin. Tu name ownernye kalau tak silappp. Beliau telah mengusahakan Kafe Setinggan Bandar Seri Botani ni sejak setahun yang lepas.


Kafe ni menyediakan khidmat secara layan diri kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan disitu. Yang nak bawak pulang pun boleh, ade ruang khas disediakan untuk sesiapa yang nak tapau.


Waktu perniagaan bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 7 petang setiap hari kecuali hari jumaat.


Kedai tutup setiap hari jumaat. So mane yang nak tahu lokasi kedai boleh cari kat waze je kalau nak senang cerita. Sebab kami pun guna waze je time nak kesini. Hihihi


Alamat : No. 1, Jalan Margosa D/8, Seri Margosa, Taman Seri Botani, Ipoh Perak.

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★ ★ ★ ☆



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...