Wednesday, September 18, 2013

Review Filem 2Guns

Malam tadi kami nengok Special Screening Filem 2Guns kat TGV Sunway Piramid.

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang. Pemenang Anugerah Akademi Denzel Washington dan Mark Wahlberg berlakon sebagai watak utama dalam filem ini.
Filem aksi ini mengisahkan tentang dua orang ejen dari jabatan berlainan yang terpaksa melarikan diri bersama-sama. Ada satu masalah besar dengan gabungan mereka. Mereka berdua tidak sedar bahawa pihak lain iaitu ejen kerajaan yang menyamar sebagai penjenayah. Ejen DEA Bobby Trench dan pegawai perisik laut US Marcus Stigman terpaksa bekerjasama untuk 12 bulan yang lalu. Mereka berdua diarah untuk menyamar sebagai ahli sindiket narkotik dan mereka tidak percayakan satu sama lain. Apabila cubaan mereka dalam mencerobohi sindiket pengedaran dadah di Mexico demi mendapatkan wang berjuta-juta dollar gagal, Trench dan Stigman dibuang kerja oleh pihak atasan. Memandangkan semua orang mahu mereka mati atau dipenjarakan, mereka hanya boleh mempercayai satu sama lain

Tarikh tayangan untuk filem ini bermula dari 19 September 2013

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...