Friday, December 20, 2013

Review Filem Laki-Laki

Isnin lepas telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Laki-laki di TGV Sunway Piramid. Memandangkan icik abam terpakse outstation ke JB hari tu, so aku tak pergi pun ke malam Pratonton tu. So tiket-tiket yang aku dapat tu aku pass kat officemate aje
Untuk Filem ni officemate aku bagi 3 bintang. Dia cakap cerita ni penuh dengan lawak dan pengajaran ^^
Rating : ★ ★   ☆ 

Filem ini mengisahkan lima orang yang terperangkap di sebuah pulau terpencil. Razak yang masih tinggal bersama ibunya merupakan seorang kartunis tetapi syarikatnya muflis dan menyebabkannya kehilangan pekerjaan. Abu seorang chef yang hebat tetapi kehilangan kekasih dan perniagaannya kepada seorang yang dikatakan teman rapat. Azman pula adalah seorang pemain bola terkenal tetapi disingkir kerana tidak berdisiplin.

Samad pula adalah seorang pengarah filem yang berlagak dan filem yang diarahkannya sentiasa gagal. Jerry adalah seorang penyanyi yang meninggalkan kumpulannya untuk bergerak solo tetapi akhirnya menyedari dia tidak mampu berbuat demikian. Kelima-lima mereka membuat keputusan untuk menyertai satu kem motivasi tetapi selepas satu insiden berlaku, mereka terperangkap di pulau terpencil

>>>Klik Untuk Gambar Pratonton Filem Laki-Laki<<<

Filem ni telah pun berada dipawagam bermula 19 Disember 2013
[Catatan : 8 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...