Thursday, December 26, 2013

LizNir 2nd Anniversary Dinner 2013 | Flora Cafe

 Hari isnin aritu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Pada mulanya kami dah plan untuk cuti-cuti malaysia berdua, tapi memandangkan cuti aku kene reject dua hari so terbatal la sudah plan itu. Tapi icik abam tetap meneruskan cuti yang dah di amek tu. huhuhuhu so keje die hari tu hantar dan amek aku kat opis macam biasala kan. hihihi


Petang tu icik abam amek aku cam besa kat opis, kemain smart aku nengok. Katenye nak bawak aku pegi candle light dinner. Fuyoooo... pestaim ni icik abam nak bawak candle light dinner ^^


Pada mulanya aku sendiri tak tahu ke mane icik abam nak bawak aku malam tu. Dengan tak tukar baju dari opis aku ikutkan aje. Nasib baik aku tak pakai uniform keje. hihihihi


Rupanya kat Flora Kafe AmpWalk icik abam bawak aku, sebelum ni memang aku penah nengok review pasal restoren ni tapi tak sangke lak icik abam bawak ke sini sebelum aku suggest. Macam tahu-tahu aje kan kite nak ajak die datang makan kat sini akan datang..^^





Sampai-sampai aje kami dihidangkan dengan makanan ala kampung yang best. Ade asam pedas lagi. Antara makanan kegemaran aku ^^


Dah setel makan makanan berat, meja kami diclearkan


Pastu datang pulak dessert


Termasuk kek anniversary kami. Semua ni termasuk dalam pakej yang icik abam dah book ^^


Ni dia kek anniversary kami.


Sebelum nak ngap kita tiup dulu lilin tu.. ;)


 Dah tiup bole laa makan kan.. hihihi



Owh weee...makan suap memang best! ;p


Terima kasih sangat- sangat abang. Terima kasih bawak pergi candle light dinner. Terima kasih sebab menjadi suami yang penyayang dan sangat sempurna. Semoga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga. Aaamin~


 

Sebelum balik kami bergambar depan kedai dulu ^^


Kepada yang menanya dan bercadang untuk candle light dinner bersama orang tersayang aku suggestkan tempat ni, Flora Kafe AmpWalk, Jalan Ampang. Decoration cantik, makanan sedap, dan yang penting lebih murah dari tempat lain ^^


 Dan yang best sekali moment korang sepanjang berada di restoren tu akan dirakam oleh Flora Kafe, so bolehlaa korang nikmati segala hidangan dan saat-saat romantik korang bersama dengan orang tersayang. Terima kasih Flora Kafe. Jom like facebook dorang ^^

Rating : ★ ★    

Facebook -Flora Kafe AmpWalk

Our 1st Anniversary 2012


[Catatan : pestaim celebrate anniversary]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...