Friday, April 17, 2015

The Zenith Hotel - Deluxe Twin Room

Good morning dan salam jumaat buat warga Kuantan, sejak semalam kami berada di The Zenith Hotel Kuantan. Bagi aku, ni pestaim jejakkan kaki kat hotel 5 bintang ni, kalau nak dibandingkan dengan icik abam. Sebab icik abam kalau outstation ke Kuantan konpem sinilaa tempat penginapan yang telah disediakan untuk die. Siyes hotel ni sangat sangatlaa selesa, so korang yang bercadang nak ke Kuantan, konpom korang kene merasai menginap kat The Zenith ni. Hotel ni betul betul dekat dengan bandar. Dan kepada kaki shopping, shopping mall berdepan aje dengan East Coast Mall, so jalan kaki je kalau nak merayap kat dalam tu.
Ni pulak kawasan Lobby, ni pun sempat snap gambar sebab icik abam tengah dok parking kereta, so aku kene tunggu kat Lobby, alang alang menunggu tu opkoslaa snap sane sini dulu kannnn :p
Ni pulak nak menuju ke bilik kami. Bilik kami terletak di tingkat 8, walaupun tingkatnye tinggi, korang takyah susah susah pikir camne nak ngangkat barang barang korang ke bilik, nengok kami tu, lenggang mak minah je menuju ke bilik, semua barang barang staf hotel ni dah bawak naik dengan trolly, so tak payah letih letih usung beg korang walaupun beg korang tu beroda ye.. hihihi
Dah sampai depan bilik, perkara utama opkoslaa amek gambar depan pintu bilik, nak tunjuk sikit bilik kami nombor berapa, so akan datang tadelaa lupe duduk bilik mane dulu tu kan.. bajet macam datang lagi je kan.. Insya Allah ade rezeki kesini lagiii hihihi
Dan yang ni keadaan dalam bilik, ni bilik Deluxe Twin Room, twin sebab tu ade dua katil, nak minta bilik deluxe yang ada katil queen takpatt, dah full katenye, so terpakselaa amek je twin bed ni ^^
Agak luaslaa jugak walaupun ade dua katil dalam bilik tu, pastu yang bestnye wifi tenet free, tu yang mampu nak update blog tu. hahahha alasan sungguh. Padahal blog ni bersawang sebab vitamin M terlebih!!!
Okee lupa nak bagitahu, untuk orang orang perempuan cam aku, mesti ramai yang nak kemana mana mesti pikirkan nak bawak iron kan, so korang takyah risauuu, kat Zenith ni dorang dah sediakan iron, so takyah berat berat bawak dari rumah, aku pun nyaris nyaris dah nak pack iron bawak masuk dalam beg, seb baik icik abam nampakk, so tadelaa bawak. kalau tak, die jugak kang letih nak mengangkut. hahaha
Yang ni pulak dalam bilik air, peel aku ni kalau dok hotel mane mane mesti suke bilik air yang ade bathtub, maklumlaa kat rumah tade. hehhe
Selain tu aku suke benau kalau dorang ade sediakan bathrobe. Konpem kalau ade aku akan pakai aje.. hihihi
Bathrobe kat sini cantik sikit, siap berkaler dan bercorak lagiii, selalu kalau jumpa pun kaler putih aje.. Kat rumah pun ade sebijik bathrobe ni, bercorak gak, tapi material die tak same, yang ni cam pakai baju jalan lakk hahahha :p
Video ni pulak cam biasa, aku record untuk review keadaan bilik, record awal awal masuk, kang bilik dah bersepah dah tak cantik nak review. Tupun korang nengoklaa tu... tak sempat ape ape lagi icik abam dah landing atas katil tu, tu dah memang keje die kalau masuk hotel, masuk masuk memang katil laa tempat dituju dulu ^^

So untuk bilik yang selesa dan cantik ni aku bagi 5 bintang
Rating : ★ ★  ★ 
Gambar kawasan sekitar tak sempat nak amek lagi, so tepek gambar dalam bilik je, sebab tak sempat lagi nak merayau rayau dalam hotel ni. ^^

Kalau ade yang bertanye harge untuk semalam bilik ni aku tak bape sure bape harge tepatnye. Tapi rase dalam RM300++ jugaklaa untuk 1 malam.


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...