Wednesday, May 30, 2012

Jom Timbang Blog Anda

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada Amer Corner sebab info ni aku dapat dari beliau. Sebelum tu, klik Disini. Kalau dah follow alhamdulillah, terima kasih ^_^

ok, berbalik kepada tajuk entry ni, korang semua mesti nak tahu berapa berat blog korang kan? korang klik gambar kat bawah ni
Korang masukkan url blog korang pada box yang tersedia dan klik Analyze. Tunggu beberapa saat, selepas tu, akan terkeluarlah result korang.

Penilaian dibuat mengikut 1-100. Jika result blog korang mendekati nombor 100, maka kecepatan blog korang loading adalah di kondisi yang bagus.

So, berat ke tak blog korang tu? kalau tak, mudahlah yang lelain dah datang jenguk blog korang kan. kalau berat tu, tolong kurang kan widget dalam blog korang tu.

Untuk lebih info klik Disini. Selamat Mencuba ^_^
  
[Catatan : Sharing Is Caring]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Botak Licin

Semalam kami tukar tayar Ego. Dah botak licin dah rupenye. huhuhu
Disebabkan dah macam tu rupenye tayar tu, kami tukar kedua-duanye sekali. 
Disebabkan Ego ni merupakan kenderaan pergi dan balik untuk mencari rezeki, so kenalah jaga die bebaikkan, supaya die tak merajuk. Kalau dah merajuk susah lak kang. Nak heret Dugong tiap-tiap hari pergi keje memang jenuhlah. Dengan jammed nye kang, sape pun tak sanggup. hukhuk
Jom cekidaut keje-keje menukar tayar depan dan belakang
Ok. siap tukar tayar depan. time tukar tayar depan tu, tauke kedai tu cakap kt Icik Abam yang Brake Pad dah tak bape nak elok, die suggestkan tukar. so kami pun tukarlah.
Inilah Brake Pad, kepada sesiapa yang tak kenal macam aku ni. ^_^
Ini pulak Plug, plug pun kami tukar sebab rase cam dah lame je tak tukar. hehehe. Patu, sambung tukar tayar belakang pulak
Ok, siap! Dah macam moto baru dah rasenye, kate Icik Abam. hahahaha. Hari ni nak kene pegi bengkel motor lagi, ego semput-semput pulak pagi ni. Aduyai, bulan lepas dugong banyak buat hal, bulan ni ego lak. hukhuk

Sekian.

 [Catatan : terlepas Seindah Sakura :(]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Friday, May 25, 2012

Pak Lang Kene Buli

Pak Lang kene buli dengan anak-sedara. ^_^
Pak Lang ni memang gemar layan budak-budak. Ni lah gayenye kalau masing-masing dah jumpe Pak Lang, cume dengan Mak Lang je dorang kurang rapat dan tak terniat nak buat camni. Muke Mak Lang garang sangat kot, tak pun Mak Lang ni memang tak pandai layan budak. Hahaha. Tu kene lah jawab dalam hati. ^_^

Okeh, tu je nak story, sebab seronok bile nengok Icik Abam layan budak-budak, nak main dengan anak sendiri belum ade rezeki lagi, main dengan anak orang lain dulu jela ye. 

Doakan kami.

[Catatan : Anak sedara Pak Lang dah 6 orang dah!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, May 24, 2012

Gangguan Bekalan Air Di Taman Mega

Ni adalah notis dari pihak pengurusan kat rumah kami. Aduyai, abes je bace notis ni aku ngn Icik Abam terus mengeluh. Mane taknye, air takungan kat rumah tu hanya cukup kami mandi untuk malam tu je kot. so kalau ketiadaan air ni berterusan jawabnye  tak mandi la kami nanti kan. hukhuk.

Eh chop chop! jangan cepat membuat andaian ape-ape. Kami mandi tau walaupun air tak ada. Sebab????
Haa, sebab ni lah, lori tangki air datang tiap-tiap malam bagi air kat kami-kami  yang terlibat dengan ketiadaan air. Yeah, Alhamdulillah, boleh la simpan air banyak-banyak. Risau jugak kalau gangguan air ni berpanjangan kan.So kene lah keluarkan segala bagai tong yang boleh diisi air. ^_^
Jenuh Icik Abam mengangkat air dari bawah sampai ke atas. Aku nak tolong angkat die cakap tak payah pulak, duduk dalam rumah, jage rumah je. huhuhuhu

Ok. tu cerita hari isnin. so bile balik kerje hari selase tu, kami ingatkan air dah ade lah kan, sebab mengikut notis yang ditampal tu kemungkinan gangguan air berlaku dari hari isnin sehingga selasa je. Tapi hari selase tu, still tak ada air jugak.

Alahai, terpaksa lah Icik Abam mengangkat/memikul air lagi malam tu.

Tapi selepas je jenuh pikul air, tetibe air ade pulak. Alhamdulillah, so kami biarkan jela air yang dah angkat tu, kami mandi gune air paip macam biasa. Bile je mangun pagi hari rabu tu pulak, nengok-nengok gangguan air berlaku lagi! haishh, nasib baik lah air yang dipikul malam tadi ade lagi. Selesai mandi, kami pergi kerja macam biasa. huhuhu
Tapi bile balik dari opis petang tu, nengok ade lak tambahan notis kat bawah. Gamaknye tak ade air lagi la kan. Alahai, mengeluh Icik Abam, mane taknye, jenuh jugak kot nak kene pikul air tiap-tiap hari. huhuhuhu.

Disebabkan jenuh dah nak memikul air, Icik Abam try pulak nak mengheret! Camne? camni Icik Abam buat

Icik Abam ikat tali untuk mudah tarik tong yang berisi air nanti
Risau air terpercik keluar bila di tarik nanti, Icik Abam bawak sekali penutup tong ke bawah. Mudah-mudahan masalah gangguan air ni cepatlah selesai, tak tahu ape masalah sebenar sehingga 4 hari tak ada air.. Call Puspel asek busy memanjang! Haish, geram! :(

Malam ni kalau balik rumah tak ada air lagi, Icik Abam cakap dah tak nak dah pikul air, dah letih. Nak tumpang je mane-mane rumah yang ade air. hehehe Sekian! ^_^

[Catatan : Penat Icik Abam!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, May 23, 2012

2nd Prize Lucky Draw

Entry ni jugak adelah sambungan dari entry Hari Bertuah Icik Abam

Jika semalam aku update pasal Icik Abam dapat 1st Prize, hari ni aku update pasal Icik Abam dapat 2nd Prize pulak. Kedua-duanye Icik Abam dapat pada hari yang sama. Satu pada siang hari, satu lagi pada malam hari.

Sebenarnye malam tu, kami hadiri satu jemputan majlis perkahwinan. Jom cekidaut dulu gambar sekitar majlis
Malam tu, pemandangan sangat cantik dari kawasan majlis. Penuh dengan lampu-lampu. aku suke gilerz! Sangat cantik! ^_^
Majlis ni diadakan di Pullman Lake, Putrajaya. 
 *maaf kualiti gambar tak berapa bagus

Selesai je makan, sesi karaoke dibuka, tapi selang beberapa minit, sesi karaoke bertukar menjadi sesi tari menari.. Ala-ala joget lambak gitu. hahahha

Selain berkaraoke, macam-macam aktiviti diadakan untuk mendapat hadiah. Antaranya Game siapa cepat die dapat (lebih kurang camtulah gamenye) hihihi, pakaian terpilih dan cabutan bertuah. Terdapat sebanyak 15 cabutan bertuah (kalau tak silap la, kalau silap maafkan saya) hihihi
Malam tu, Icik Abam dapat Lucky Draw No.2, kalau bukan sebab ade seorang tetamu yang bertuah dah balik, mungkin Icik Abam dapat 1st Prize. kalau 1st Prize dapat Handphone Samsung Galaxy tu. ^_^
Mungkin ade hikmah tak dapat handphone, takut nanti berebut kot! hahaha. So Alhamdulillah, kami dapat 3 frame ni. hehehe

Sebagai penutup, macam entry sebelum ni, aku tunjukkan gambar kami berdua ye. ^_^
Cerita Abes! ^_^

[Catatan : Tahniah buat pengantin!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, May 22, 2012

1st Prize Paintball

Okeh, entry ni adalah sambungan dari entry Hari Bertuah Icik Abam
Pada hari sabtu yang lepas, Icik Abam ade pertandingan Paintball kat Bangi. Ini pertama kali Icik Abam masuk pertandingan Paintball.
Sebelum bermulanya perlawanan, mereka-mereka semua diberi taklimat. 
Sebenarnye, time taklimat tu, ahli pasukan Icik Abam yang lain belum sampai pun lagi. Kire Icik Abam sorang jela yang berjaya mendengar taklimat dari mula sampai akhir. Disebabkan ahli anggota lain datang lewat, sementara menunggu giliran perlawanan untuk team mereka, mereka adakan perbincangan antara mereka. Bincang pasal strategik la tuh agaknye. ^_^
Setelah abes berbincang, tiba giliran team mereka untuk memakai alatan-alatan perang yang telah disediakan
Sebelum pergi berperang sempat lagi aku amek gambar dorang bersama pasukan lawan dorang

Yang berdiri tu adalah anggota pasukan Icik Abam. Manakala yang mencangkung tu adalah ahli anggota pihak lawan. Nama pasukan Icik Abam adalah Ceti Halal. ^_^
Bile semua dah ready, kedua-dua pasukan dah boleh masuk gelanggang! ^_^
Semua dah ready, perlawanan pun bermula. Jika korang nak nengok cara dorang main, korang boleh nengok video kat bawah ni.

Ini merupakan game kedua bagi Ceti Halal. Game pertama dorang tak menang. Tapi Game kedua hingga ke-5 dorang menang je. Tu yang bawak balik Gold Medal tu. ^_^
Ok. ni merupakan aksi-aksi dorang selepas berjaya menghabiskan perlawanan sehingga bergelar Juara pada hari tu. ^_^
Sebelum tunjuk ape hadiah yang disediakan, aku tunjuk dulu ape yang Icik Abam dapat.. hehehe Setepek kat muke :p
Ni Antara hadiah yang disediakan. Jom cekidaut gambar-gambar ketika penyampaian hadiah

Tahniah buat Team Ceti Halal! ^_^
Dah penat main, mase untuk makan. Alhamdulillah. dah kenyang kteorang pun balik rumah masing-masing! ^_^

Sebelum akhiri entry kali ni, aku tunjukkan dulu gambar kami berdua.
The End!

[Catatan : Sengal kaki badan tak hilang lagi!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Monday, May 21, 2012

Hari Bertuah Icik Abam

Hari ni nak update secara ringkas! ^_^

Hari sabtu yang lepas, iaitu bersamaan 19 Mei 2012 merupakan hari bertuah Icik Abam, Kenapa??? akan dijawab kemudian. ^_^

Sebab??? Cite sikit dulu ye.

Siang hari tersebut Icik Abam dapat 1st Prize
Malam hari tersebut pulak Icik Abam dapat 2nd Prize
Alhamdulillah, rezeki anak! cececeh.. hehehe.. tadelah.. anak tu korang doakan rezeki lain pulak ye. Amin~ Insya Allah! ^_^

kenapa dan bagaimana Icik Abam ni boleh dapat segala bagai hadiah ni akan diupdate pada entry akan datang. sebab sekarang perut meragam, hukhuk

[Catatan : Alhamdulillah!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, May 17, 2012

JJCM : Bukit Saga

Bukit saga ni takde la jauh mane pun dari rumah kami. kalau dari Bukit Teratai tu nak ke Bukit Saga ade lah dalam 10 minit nak sampai kat situ
Tempat ni aku suke sebab boleh nampak lampu2 bile malam.
Selain Bukit Saga, kat Bukit Permai pun korang boleh nengok lampu-lampu. Boleh nengok KL di waktu malam. memang seronok. Walaupun Bukit Permai tu lebih dekat dari rumah kami, tak sampai 5 minit pun, tapi aku lebih suke pergi Bukit Saga. Sebab gerai-gerai makan die betol-betol kat tepi tebing dan boleh nengok KL lebih dekat. ^_^
Makanan-makanan kat sini pun boleh tahan sedap! ^_^
kepada sesiapa yang gemar nengok lampu macam aku, korang bolehlah datang kat sini. Seronok juga! ^_^

[Catatan : Banyak deretan kedai, byk pilihan!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, May 15, 2012

Bagaimana untuk dapatkan kembali Timeline Facebook

 Mungkin sekarang profil facebook korang adalah version yang lame macam aku

kalau dulu aku ajar korang bagaimana nak remove timeline facebook, baca Disini. Kali ni aku nak ajar bagaimana nak dapatkan kembali timeline facebook korang tu.

Mungkin ada di antara korang yang rindu nak nengok timeline semula kan. so follow step kat bawah ni:

 1. Korang Select Tools --> Addons
2. Korang nengok kat Profil Disabler baru
3. Patu korang Click "Remove"
4. Dah sudah tu, korang restart balik browser korang.

5. Selesai! korang dah dapat semula korang punye timeline
Selamat mencuba! ^_^

[Catatan : Welcome back timeline facebook! :p]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...