Tuesday, April 30, 2013

Video Dalam Memory Card Henpon Lame

Memandangkan bb aku dah tak gune. Aku ameklah memory card bb tu masuk kat note aku ni. Belek punye belek arini terjumpe video-video lame time aku keje sebagai Land Administrator & Coordinator. Ceh ceh.. panjang sungguh name jawatan tu kan. Dah kat dalam apoimen letter dulu tulis camtu, kte ikutkan aje. Tapi kalau nak senang faham sebagai Land Exec aje. ^^

Skop keje aku semua berkaitan dengan land atau tanah. Lebih kepada pengambilan tanah. Maybe sape yang amek course property faham la kot kan.

Eh ape kaitan skop kerja aku yang dulu dengan topik entri hari ni kan???? semuanye akan terjawab selepas ini.. kuikuikui

Pendekkan cerita, nak buat projek landasan keretapi berkembar memang memerlukan pengambilan balik tanah. So segala macam proses untuk dapatkan tanah tu perlukan plan.


Memandangkan aku ni keje dengan dorang yang berketurunan Shah Rukh Khan dan bla bla ni.. Kadang-kadang perbincangan dorang aku bukan faham sangat. Bile dorang bertekak-tekak bincangkan satu-satu isu tu ni la keje aku. Dok rakam ape dorang cakap. hahahaha



Ni pulak aku rakam time pegi site visit kat Sungai Gadut Station. Skang stesen ni dah lame dah beroperasi.. ^^

Eh teringat-ringat pulak dengan kerje lame.. hikhik

[Catatan : IRCON]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Sambungan Cerita

Seperti yang telah dijanjikan oleh aku dalam Entri --> Dapat Produk Royal White Percuma. Aku sambung cerita ye. Mesti ade yang tertanye-tanye macam mane aku dapat Produk Royal White Skin Care ni kan. Aku dapat produk free sebab menang contest dari FB dorang ^^
Sebenarnye, produk ni patutnye dah lame dah aku dapat tapi disebabkan time penghantaran produk ni, aku takde kat rumah. Keje katekan. So memang terpakselah collect kat Pos Laju pastu

Gambar sampul surat yang dah koyak rabak tu telah membuktikan telah berkurun dah produk ni terperam kat sane kan. ekekeke
Dorang anta 17 haribulan aritu, tapi disebabkan aku ni keje, so minggu lepas baru berkesempatan amek.
Eh chop! bukan aku pegi amek. Aku wakilkan icik abam yang amek. Aku kan saket perut sejak minggu lepas. Nak berjalan dalam rumah pun tak larat ini kan nak kuar umah kan. Memang taklah.. huhuhu
Produk2 ni tak sempat nak pakai lagi. So tak dapat nak cerita lebih lanjut pasal produk ni. Tapi dari ape yang aku bace dari pamplet yang dapat tu. Produk Royal White adalah paraben dan bebas hydroquinone yang membantu kulit menjadi sihat, muda, cerah dan berseri secara semulajadi.
 
[Catatan : TQ]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, April 29, 2013

5 Hari Perut Meragam

Selamat pagi semua. Selamat hari isnin. kuang3
Pagi-pagi ni nak update pasal perut. Masuk hari ni dah 5 hari perut aku ni meragam. Satu keje pun tak dapat nak buat kecuali duduk baring, baring duduk. Hukhuk

Last2 dah tak tahan sangat melayan perut ni.. terpakse gak la mc rni. Niat ati mmg nak pegi keje. Duduk rumah ni aku rase lagi  menambah saket aje. Lagi-lagi pulak hujung minggu lepas memang tak dapat nk ke mane-mane. Bertape kat uma je. Ohhhweee memang minggu yg membusankan.huhuhu
Setelah check dan scan perut bagai. Doktor bagi surat ni untuk aku fix apoimen dengan pihak hospital pulak. Hohoho.. seram betul dengar perkataan "hospital" ni. Hukhuk
Doktor cakap perut aku macam ok je. Scan pun doktor cakap tak nampak ape-ape masalah pun. Tapi disebabkan perut ni masih saket doktor suggest refer hospital terus. Kat hospital dorg boleh check lebih details katenye. Huhuhu

Okee, sementare nk tunggu apoimen dengan pihak hospital, doktor bekalkan 2 jenis ubat ni untuk ditelan sehari sekali.. huhuhu

Sekian berita pagi ^^
[Catatan : MC arini]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, April 27, 2013

Dapat Produk Royal White Percuma

Ini die produk free yang aku dapat hari ni. Disebabkan saket perut xhilang lagi so entri penuh pasal produk ni akan diupdate kemudian ye. Huhuhu

Okee.. selamat berhujung minggu semua ^^
[Catatan : Bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, April 25, 2013

Dinner Bersama Kumpulan Shiro

Ade yang tak kenal Kumpulan Shiro??? Dorang berdua ni lah kumpulan Shiro. Dorang adalah bekas peserta Raja Lawak Musim Ke-6.


Biodata Shahrol Raja Lawak 6
Nama Samaran :Shahrol
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya sebelum jadi artis :Bekerja sendiri

 
Biodata Ajak Raja Lawak 6
Nama Samaran :Ajak
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya sebelum jadi artis:Emcee

Sebelum nak cerita penuh pasal dinner bersama mereka ni, aku selit kan dulu gambar icik abam bersama mereka. ^^

Okee, entri ni adalah sambungan dari entri sebelum ni. So selesai je Treasure Hunt siang tu, malam tu ade dinner pulak
Tema malam tu adalah Rock!!! Yeahhh Yeahhhhhh~ (Sebut dengan nada rockkkk) ekekeke
 Nampak kecik pulak icik abam. Padahal die tu dah makin gemok. Nengok gambar ni baru pasan yang icik abam masih kecik. hahahha
Kemaen masing-masing spray rambutkan. Seb bek aku takde malam tu. Kalau tak, memang tak berkenan aku nengoknye. hahahah

Sekian
[Catatan : JB]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, April 24, 2013

Treasure Hunt 2013 : Rock It Southern


Entri hari ni aku update pasal icik abam masuk Treasure Hunt. Disebabkan sabtu lepas icik abam pegi Treasure Hunt ni dengan membawa kamera aku, tapi aku tak dibawaknye, so aku update lah cerita pasal aktiviti icik abam ni.. kuikuikui.


Treasure Hunt ni hanya terbuka kepada staff MBSB sahaja. Tu pasal aku tak join. Kalau dah tak join tu, korang paham-paham jelah, konpem kene tinggal kat uma sensorang kan. Nasib baik hanya satu malam aje. hehehe


Memandangkan dugong yang dibawa so bertampal-tampal la si dugong ni kan. ekekeke



Pagi tu dorang dan semua peserta kene berkumpul di Pusat Sains Negara. Sebanyak 110 kumpulan yang menyertai Treasure Hunt ni. Minimum ahli kumpulan untuk satu kumpulan adalah 4 orang.


Ini ahli-ahli kumpulan icik abam pada hari tu. Termasuk Icik abam 4 orang semuanya. ^^

Seterusnya jom review gambar-gambar sepanjang Treasure Hunt tu





Eh lupe pulak nak cerita, Treasure Hunt dorang ni bermula dari KL sehingga ke Pulai JB


Kereta ni accident betul-betul sebelah dugong. Dorang tengah berhenti kat tepi jalan tengah mencari klue jawapan. Oh alhamdulillah, nasib baik tak terlanggar dugong.. nyaris2 je tu.. hukhuk


Kat bawah ni pulak antara klue-klue dan soalan-soalan dalam Treasure Hunt.





Penin gaklah nak pikirkan jawapan time tu.. hehehhe


Hadiah Pertama : RM5,000
Hadiah Kedua : RM4,000
Hadiah Ketiga : RM3,000
Hadiah Keempat : RM2,000
Hadiah Kelima : RM1,000


Tu antara habuan yang berjaya di bawak pulang oleh kumpulan-kumpulan yang menang. Tahniah buat yang menang! Kumpulan icik abam tak berjaya hari tu. Adat pertandingan lah kan ade menang dan ade yang kalah. hehhehe


Sekian
[Catatan : Kos >RM500]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, April 22, 2013

Kembali Ke Sekolah

Kalau dulu time sekolah-sekolah masing-masing nak tido awal. Nak bangun awal nak pergi sekolah. Sekarang walaupun tak sekolah pun nak kene tido awal gak. Sebab nak kene bangun awal esokkan nak keje.

Okee..sebelum nak tido ni aku nak update satu entri. Tetibe teringat zaman persekolahan. Macam nak balik ke zaman tu balik je.. hehehe
Pape pun nak terangkan, sekolah kat atas ni bukan sekolah aku. Aku tumpang sekolah ni kejap. Nak jawab exam. huhuhu
Ni haa, aku pergi sekolah ni sabtu minggu lepas dan lepas. sebab nak jawab semua soalan-soalan yang ade. Alhamdulillah berjaye gak lah aku abeskan semua paper yang ade time tu. Naseb baik exam kali ni aku tak give up.^^
 Aku duduk kat tepi. Aku amek gambar ni time gap untuk ke paper seterusnya. Bila nengok kerusi dan meja macam ni, memang terkenang-kenang aje alam persekolahan kannn. Yelaa dah lame dah meninggalkan zaman sekolah ni.

Kalau tahun lepas, aku amek peksa yang same kat UM. So tak rase sangat macam alam persekolahan. Ni bile kene amek exam kat sekolah memang sangat teruja. 
Antara gambar yang berjaye aku amek. ^^

[Catatan : SMK Seri Permaisuri]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Macam-macam Iklan di Instagram

Sebelum nak cerita panjang lebau, nak tanye kat korang, korang ade instagram tak?? kalau ade boleh la follow Instagram Sinar Cintaku ------>Disini
Iklan Donut Big Apple
Iklan Jajan Mamee
Iklan Tiket wayang

Semua gambar-gambar kat atas aku kidnap dari Instagram sendiri. ^^

[Catatan : jom follow.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, April 20, 2013

Entri Berkaitan Dengan Icik Abam

okee, bace dari tajuk memang semua dah tahu ape yang aku nak storey. Cerita pasal icik abam. Asek-asek cerita icik abam aje kan. ^^

Tercetus nye entri ni sebab rindukan icik abam di kala ini.. Cewahhh... Kalau dari tarikh dan waktu sekarang ni, dah hampir 6 jam tak jumpe icik abam.. Ahhh ini semua poyoooo!! baru nak 6 jam kot.. jangan nak poyo sangat lahh diri.. huhuhuhu
 Okee, pape pun nak beritahu yang icik abam balik rumah esok. Pagi ke petang ke malam ke tu tak sure lagi. Ikut event abes pukul ape. huhuhu

Disebabkan rindu, aku upload lagi video dendangan icik abam. Lagu untuk seorang isteri sebagai pengubat rindu diri sendiri. kuikuikui ^^

[Catatan : maaf record tak abes.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, April 19, 2013

Permata Untuk Isteri Cover by Icik Abam

Salam jumaat semua. Sihat ke???
Hari jumaat ni nak tunjuk video Permata (buat Isteri) cover by Icik abam
Rase syahdu dan tersentuh lak bile dengar lagu ni. nak-nak pulak icik abam yang nyanyi.. huhuhu

[Catatan : icik abam.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, April 17, 2013

Pratonton Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Ini kisah malam tadi. Dapat enam tiket. Tapi sebenarnye aku menang 8 tiket. 6 tiket menang dari Cinema Online dan 2 tiket lagi menang dari Tupai. Tapi last minit dapat call dari tupai, dorang beritahu yang 2 tiket tu dorang akan gantikan dengan cerita lain iaitu Hummingbird.
Filem Hummingbird ni akan start ditayangkan pada 9 Mei 2013. So untuk pratonton filem ni pulak pada 8 Mei. 

Okee, berbalik pada cerita pratonton Filem Kecoh!Hantu Raya Tok Chai ni aku bagi 3 bintang aje

Rating : ★ 
  
Sinopsis : Filem ni merupakan arahan Opie Zami. Filem komedi/seram ni mengisahkan cerita di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di "Kecoh! Hantu Raya Tok Chai", cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. 

Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing. 

Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? 
Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? 
Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?

Semua ni akan terjawab bile korang dah tengok filem ni.. ^^ 


 [Catatan : balance 2 tiket.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, April 15, 2013

Icik Abam Merasmikan AGM

Ini kisah semalam. Icik abam dikehendaki memberi ucapan sekaligus merasmikan AGM untuk kediaman di Desa Bukit Cahaya

Sebelum nak tunjuk gambar sepanjang AGM tu korang nengok dulu video di bawah
Orang hari minggu duduk rumah, tapi die ade meeting le pulak. So redha jelaaa kn. huhuhu.

Video ni membuktikan yang icik abam betul-betul ade meeting, bukan DATING! kuang kuang. Kalau cakap pegi meeting tapi pegi dating memang kene kecepuk ngan aku lah jawabnye kan.. hihihi

Seterusnya korang review jelah gambar kat bawah ni ye..
 Klik Disini ----> Icik abam pegang mic lagi
Untuk majlis ni aku tak pergi. Mula-mula memang icik abam dah pakse aku bangun awal untuk ikut die pegi majlis ni. Tapi tetibe lak member icik abam dapat teman kan die. So selamatlah aku kan.. ^^

*Yeah dapat ole-ole ^^
[Catatan : wakil]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Cerita Pasal Makan Eskrem

Disebabkan cuaca yang sangat terik time lunch tadi telah mengundang aku untuk membeli sebatang eskrem kat 7e tadi. Aku beli eskrem Nestle Tropicana. Perisa Lime&Vanilla.. 

Okee.. makan eskrem ni tetibe lak teringin nak update story pasal makan eskrem kat Haagen Dazs minggu lepas.. ^^
Kiteorang makan kat Mid Valley. Lepas keje singgah jap. ^^
Ni yang aku order. Flower Blossom. Nyum3

Ade crunchy waffle bersama 6 flavors Haagen-Dazs iaitu Vanilla & Cream, Strawberry, Coffee, Chocolate ice cream, Raspberry Sorbet dan Mango Sorbet. Patu dihidang kan juga dengan Whipped cream dan strawberry slices.
Okee, siyes tersangat lah sedappppp.. ^^
Sekian.. tu je nak cerita. So sesape yang ade tonsil macam aku cepat pegi makan eskrem. Cuaca kan panas tadi.. huhuhu
[Catatan : Voucher RM25]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...