Entri hari ni aku update pasal icik abam masuk Treasure Hunt. Disebabkan sabtu lepas icik abam pegi Treasure Hunt ni dengan membawa kamera aku, tapi aku tak dibawaknye, so aku update lah cerita pasal aktiviti icik abam ni.. kuikuikui.
Treasure Hunt ni hanya terbuka kepada staff MBSB sahaja. Tu pasal aku tak join. Kalau dah tak join tu, korang paham-paham jelah, konpem kene tinggal kat uma sensorang kan. Nasib baik hanya satu malam aje. hehehe
Memandangkan dugong yang dibawa so bertampal-tampal la si dugong ni kan. ekekeke
Pagi tu dorang dan semua peserta kene berkumpul di Pusat Sains Negara. Sebanyak 110 kumpulan yang menyertai Treasure Hunt ni. Minimum ahli kumpulan untuk satu kumpulan adalah 4 orang.
Ini ahli-ahli kumpulan icik abam pada hari tu. Termasuk Icik abam 4 orang semuanya. ^^
Seterusnya jom review gambar-gambar sepanjang Treasure Hunt tu
Eh lupe pulak nak cerita, Treasure Hunt dorang ni bermula dari KL sehingga ke Pulai JB
Kereta ni accident betul-betul sebelah dugong. Dorang tengah berhenti kat tepi jalan tengah mencari klue jawapan. Oh alhamdulillah, nasib baik tak terlanggar dugong.. nyaris2 je tu.. hukhuk
Kat bawah ni pulak antara klue-klue dan soalan-soalan dalam Treasure Hunt.
Penin gaklah nak pikirkan jawapan time tu.. hehehhe
Hadiah Pertama : RM5,000
Hadiah Kedua : RM4,000
Hadiah Ketiga : RM3,000
Hadiah Keempat : RM2,000
Hadiah Kelima : RM1,000
Tu antara habuan yang berjaya di bawak pulang oleh kumpulan-kumpulan yang menang. Tahniah buat yang menang! Kumpulan icik abam tak berjaya hari tu. Adat pertandingan lah kan ade menang dan ade yang kalah. hehhehe
Sekian
[Catatan : Kos >RM500]
Salam Perkenalan,
With Love
With Love
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
2 comments:
ala tak menang pun tak pe. tapi klau menang tu kira bonus la. Yang best tu bila boleh join menda menda mcm ni. memang la time bertanding tu ada yang angin. ada yang letih bak kata banyak songeh pun ada..
Tapi bila di kenang kembali memang best. bukan senang nak gain experience tu tau.
tulaa.. xde rezeki hari tu.. dapat suke suke ok lah kan.. hehhee
Post a Comment