Thursday, April 30, 2015

Restoren Pawon Pasundan, Bali


Kalau yang dah ikuti cerita aku sebelum ni, aku dah cerita perjalanan kami dari KLIA ke Ngurah Rai Airport. Alhamdulillah kami selamat mendarat seperti yang dijadualkan.


Memandangkan icik abam dah lapar so sampai je airport dah jumpa Pak Ketut terus die bawak kami ke Restoren Pawon Pasundan ni untuk makan tengah hari.


Aku rase konsep restoren ni kayu kayuan kot. Sebab korang nengoklaa menu kat restoren ni agak unik. Diperbuat dari kayu, bukan kate buku menunye je yang unik tapi nama nama menu dalam buku menu ni pun agak unik. Sampai kadang kadang tak tahu ape menu yang dorang sediakan. Hihihi Memang bahase mereka ada yang kite boleh faham tapi banyak jugaklaa yang tak bape nak faham bagi aku. Termasuklaa nama nama makanan dorang ni hihihi


So macam biasa bile makanan dah sampai, haruslaa berselfie dulu.. Time kami sampai tu cuace agak panas kat luar. So bila masuk restoren kekayuan camni terasa bahanglaa sikit. Nasib baik ade kipas so cari tempat duduk yang dekat dengan kipas.


Ni antara menu makan tengah hari kami untuk hari pertama tu. Bagi aku ni antara makanan yang best kami makan kat Bali


Flying Gurame - Rp50,000


Icik abam cakap ni ikan talapia. Nampak unik ikan ni dihias dan dibentuk berdiri macamni. Rasenye memang sedap sebab garing sungguh kene dengan selera kami. ^^


Gado gado - Rp23,637


Yang ni aku tak bape makan. Sebab ade taugeh. Tapi aku banyak bedal telor ngan kopok yang ade tu. Sedap icik abam cakap.


Yang ni pulak dah lupe ape name menunye. Nengok resit pun dah tak ingat sebab shortform sangat.. hihi


Tapi menu ni macam ala ala ayam penyet. Sambal sambal die tersangatlaa sedap. Sebab pedass.. so memang ikut selera aku. Kat Bali ni bagi aku sambal yang dorang sediakan memang semuanye sedapp.. Rase sambal die tak same dengan sambal merah kite kat sini. Pedas die lain macam..

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆



Dah abes makan, kami bergambar dalam kawasan restoren ni dulu sebelum ke tempat lain.


Kalau korang perasan kat signboard belakang tu, restoren ni adalah Restoren Masakan Khas Sunda Bali, salah satu masakan tradisional dorang kat sini.


Sebelum balik bergambar depan restoren ni dulu. Restoren ni sebelah jalan je. Sebelah jalan tu pulak ade kedai runcit, so kat situ sempat lagi icik abam beli rokok. Murah rokoknye, tapi jenama die berbeza laa dengan jenama kat sini. So dah beli rokok tunggu icik abam berasap jap dengan Pak Ketut dan driver tu. Lepas makan katekan.. sabar jelaa kennn. Hihihi


So ini resit makan tengah hari kami. Total semua Rp167,000. Mahal ke murah korang convertkanlaa kepada ringgit Malaysia.. ✌


So kalau korang ke Bali, nak makan tengah hari aku suggestkan ke restoren ni ^^



Salam Perkenalan,

Tuesday, April 28, 2015

Kami Dah Sampai Bali

Ini sambungan cerita dari entri sebelum ni. Selama 3 jam ade dalam flight akhirnya kami selamat sampai di Bali, Alhamdulillah.
Sampai je kat Bali, Pak Ketut dah tunggu kami. Kami tak kenal pun Pak Ketut tapi disebabkan die ade bawak kertas yang tertulis name icik abam kat airport tu so kami dah tahu tu laa orang yang bertanggungjawab bawak kami jenjalan kat Bali. So bermulala tugasan pak ketut haritu bersama kami.
Keluar dari airport sambil nak ke kereta kami dikalungkan dengan bunga. Barulaaa nampak sikit macam tourist kan.. hihihi

Kalau korang yang baru je sampai Bali korang mungkin akan terbau bau setanggi bile berada kat Bali ni. Maklumlaa 90% penduduk di Bali ni adalah penganut buddha. Pak ketut pun salah seorang daripadanya. So korang yang ke Bali tanpa tourist guide kene ati ati sikit dalam memilih makanan kat situ ye. Elakkan makanan yang jual kat tepi tepi jalan. Sebab kat sane dorang banyak jual ba alif ba ya. Ade yang dijadikan sate ade yang dipanggang so nak beli makanan tu tanye tanye sikit. Cari yang halal.
Macam kami pihak agensi pelancongan kat sane dah tahu yang dorang kene sediakan makanan yang halal buat kami sepanjang kat sane. So dah tak bape nak risau. Tapi kami tetap akan tanye tanye kat staf staf restoren yang kami pergi tu yang restoren ni halal. Yelaa kami ni pergi Bali 100% serahkan kat agensi so risau jugaklaa kan. Kot kot ade yang nak kenekan kami ke.. hahaha sampai camtu sekali aku pikirkannn. Yelaa risau gaklaa kan, pestaim gune khidmat agensi 100% ni. Sampai dorang pun kami tak pernah jumpa, hanya berhubung melalui call dan email aje...
Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Layanan yang kami dapat tersangatlaa tip top. So aku memang rekemenlaaa kalau korang memerlukan agensi pelancongan korang boleh hire dorang. Kalau nak ke Bali pun bole hire Pak Ketut ni, orangnya baik dan senang  nak disuruh bawak ke sane ke mari
Sebelum naik kereta yang disediakan haruslaa bergambar sikit di kawasan airport dengan kalungan bunga yang dapat tadi.. Kalung bunga tu mula mula aku naklaa simpan tapi last last die dah layu so tak jadi nak simpan lame lame. Hihihi
Lepas bergambar je icik abam dah bukak kalungan tu, pastu disangkutnye kat beg. So mane laa nak tahan kalungan bunga tu kan. Yang aku punye aku masih pakai sepanjang hari tu.. tetibe nak merasa feel pelancong katekannn hahahha
So inilaa kerete untuk kami berdua ke hulur ke hilir selama 4 hari di sana. Kebanyakkan kenderaan kat sane adalah jenis camni. Kalau untuk kami berdua kat belakang tu memang selesa sangatlaa kan. Tapi kalau pergi bershopping akan terasa sempit dahh.. hahahha
Termasuk driver 4 orang semuanya. Tapi siyeslaa bagi aku orang Bali ni cam peramah peramah. Semua bagi layanan yang baik je sepanjang kami kat sane. Dorang treat kami like a boss!! ^^
Video ni aku record time Pak Ketut bagi briefing kat kami untuk aktiviti keesokkan harinya. Kalau ikut jadual, dari airport kami terus nengok barong dance. Tapi memandangkan icik abam dah lapar, so kami cari makan dulu. 
Dah makan dah kenyang dah rase malas nak berjalan sangat. So kami tak jadi nak pergi nengok dance tu. Kami terus ke Uluwatu. So untuk review restoren ni dan aktiviti seterusnya aku update akan datang ye.


Salam Perkenalan,

Monday, April 27, 2015

Perjalanan Dari KLIA Airport Ke Denpasar Bali

Alhamdulillah arini dapat email menang contest selfie dari TM Rewards. Aku menang hadiah 2nd runner dan majlis penyampaian hadiahnye akan diadakan awal bulan depan. Kire hadiah besday in advance laa ni. 

So memandangkan hadiahnye trip ke Bali, makanye kenelaa update cerita cerita di Bali hujung tahun lepas. Banyak cerita nak update, yelaa kan merayap banyak tempat. 4 hari duduk Kuta kemain padat schedule kami. Dari pukul 7pagi breakfast sampai ke dinner non-stop berjalan... Kalau nak berjalan kat Bali memang kene keluar awal awal pagi pun sebab kat sane cepat gelap pastu pukul 6petang je banyak tempat yang dah tutup. So rugilaa kalau pergi negara orang tapi tak banyak explore kan.. 

Adehhh nak cerita panjang macam banyak dah lupe pulakk, tapi nasib baiklaa aritu dah ade update 2 entri pasal travel log kami selama 4 hari kat Bali ni, so aku akan cube cerita setiap aktiviti yang ade dan mengigatkan nama nama tempat yang pergiii. Okee makin nak cerita makin rindu pulakk dengan Bali ni. Hihihi
Seperti yang dijanjikan, aku cerita dari mula kami bertolak sehingga sampai di Ngurah Rai Airport ye. Tiket flight kami pukul 9.05pagi. Kami naik flight MAS MH715, name kapten haritu lupe dah. Hihihi Memandangkan kene standby 2jam awal kat airport so pagi tu dalam pukul 5pagi kami dah kuar dari rumah sebab tak rushing. Dah standby awal dah senang hati. Pagi tu kami terpakse minta bantuan member icik abam hantar kami kat BTS. Dari Bandar Tasik Selatan kami naik tren sampai ke KLIA. Rasenye dalam 45minit gaklaa nak sampai ke KLIA tu. Harge tiket cam dah lupe, rase cam RM30++ kot untuk sorangg Takpun RM40++ sorang.
So haritu kami subuh kat KLIA. Sampai je KLIA terus je kami check in. Pergi sane kami bawak 2 beg. Satu beg tu dah penuh dengan pakaian, satu lagi tu beg kosong. Buat standby nak bawak balik ole ole dari Bali. Tupun nasib baik satu beg kosong, kalau tak jenuh nak membeli beg kat sane nak bawak balik barang yang dirembat kat sane. Hihihi
Memandangkan kami sampai awal. So banyak mase untuk merayap rayap kat airport tu. Tu yang bergambar sakan sambil nak tunggu flight. Kat airport je aku rase dah berpuluh puluh gambar kami amek. Takde keje katekannnn. Hahahahha
Pastu nampak matahari dah muncul pun sibuk nak bergambar gak. Maklumlaa bukan selalu nengok matahari terbit kat airport ni. hahhaha
Dari duduk sampai berdiri. Hahahha semua gare gare aku nak amek gambar kapal terbang disebalik pancaran cahaya matahari Tu. Konon berseni sangatlaa kan.. hihihi
Dalam pukul 8 lebih camtu kami dah boleh masuk gate untuk naik kapal terbang. Okee nak cerita pasal pintu gate ni, pesan aku korang kene alert lebih sikitlaa gate mane patut korang masuk. Sebab pintu gate ni akan bertukar tukar macam kami aritu. Sebelum check in luggage dapat tahu gate lain bile nak masuk gate boleh lak bertukar ke gate lain. So itu korang kene alert lebih sikitlaa kang tak masal masal tertukar flight lak. Kami pun nyaris nyaris nak tertukar time tu. Nak ke Denpasar tapi pegi gate ke Negara lain lak. Nasib baik ade banyak yang kawal so tak terlepas ke flight yang lain. Hihihihi
Sebelum naik flight kene isi borang imigresen ni dulu. Kene isi siap siap nanti dah sampai kat Denpasar nak kene serahkan borang tu kat imigresen indonesia pulakk
Bab bab isi borang ni opkos aku akan suruh icik abam yang isi. Sebab kalau aku yang isi banyak soalnye kang. So biar die sorang yang isi, kang kalau salah takdelaa salah kan aku.. hihi
Ni pulak bergambar time otw nak masuk kapal terbang. Sempat lagi berselfie sebelum henpon kene off. Maklumlaa jakun nak naik kapal terbang. Hihihi
Dalam kapal terbang sebelum berlepas pun sempat berselfie. Nak buat kenangan katekan. Hihihi

Kami dapat seat tepi tingkap, so bolehlaa aku berjakun naik kapal terbanggg. Sebenarnye seat kat tingkat tu seat icik abam, tapi disebabkan isteri die ni baru pestaim naik kapal terbang so beralahlaa sikit. Bagi isteri duduk tepi tingkap, so bolelaa nengok pemandangan kat luar. Hihihi
Perjalanan kami ambil mase 3jam kalau tak silap aku. So dalam pukul 12 tengah hari camtu dah sampai Denpasar. Mase pergi tu alhamdulillah perjalanan lancar dan flight tade delay delayy. Hihihi
3 jam perjalanan tu aku tak tidur pun. Nak nengok awan katekan. Kalau naik kete jangan cakap 3 jam. 3minit masuk kete je rase dah nak terlentokkk ^^



Inilaa hasil aku tak tidur. Amek gambar awan. Siyes cantik sesangat. Kami pergi tu cuace cantik so awan pun cantik je berkepul kepul.
Mengadap luar je aku mase pergi tu. Waktu siangkannn.. cuace cerah pulak tu so memang cantik nengok pemandangan kat atas. Sungguh indah ciptaanNYA.
Ni pulak breakfast kami pagi tu. Dapat roti, snack, jelly ngan air. Untuk roti ngan air boleh pilih pilih. Aku pilih chicken dan air epal. So itulaa breakfast kami pagi tu. Kalau aku.. bile nak berjalan memang tak breakfast berat berat. Kang mahu nak ke toilet manjang. Berbeza dengan icik abam.
Ni pulak roti tuna pilihan icik abam. Kalau ikut tekak icik abam breakfast macam ni memang tak cukup. Tapi nasib baiklaa sebelum naik kapal terbang die dah ngap macam macam mase kat airport. So boleh laa buat tambah tambah untuk isi dalam perut icik abam tu. Hihihi
Ngurah Rai airpot ni betul betul atas laut. Nengok tu.. ni gambar mase mula mula mendarat. Betul betul atas laut. Tak caye boleh nengok video kat bawah ni. Aku ade record mase nak berlepas sehingga mendarat.
Alhamdulillah selamat sampai di Bali. Abaikan aje suare aku ngan icik abam.
So inilaa die Ngurah Rai Airport. Pestaim jejakkan kaki kat sini. Insya Allah nanti kami singgah lagiii ye^^
Lepas collect luggage kenelaa heret beg sorang satu nak jumpa Pak Ketut, wakil agensi pelancongan yang ditugaskan bawak kami jenjalan selama 4 hari tu
Sempat lagi bergambar sebelum lepas imigresen indonesia. Untuk cerita seterusnya nanti aku update kat entri lain ye. Dah letih jari jemari menaip. Lagi pulak mate dah kuyu nak tidur. Esok keje katekan. Sambung nanti ye. Selamat malam semuaa! Semoga esok lebih baik dari harini. Aminnn~



Salam Perkenalan,

Alhamdulillah, Ke Bali Lagikkkk!

Alhamdulillah.. rezeki ke obersi lagiii.. Thanks TM Rewards!
Kalini rezeki dapat pergi Bali 3D2N dan 400k points tm rewards.. Kalau ikut kiraan icik abam point 400k ni bole dapat barang dalam RM2k plus plus plusss! So dari petang tadi memang asik usha page tm jelaa sebab nk pikir pikir nak redeen barang ape.. Palem esaited konpem icik abam! Hihihi

Alhamdulillah, setiap kali menang memang terus nak sujud syukur je. Syukur sesangat still menjadi orang yang bertuah.. ^^


Salam Perkenalan,

Monday, April 20, 2015

Boat Noodles Icon Connaught

Sesape yang dah pekene Boat Noodles ni sekali mesti korang akan teringin nak makan lagi dan lagiii. Macam aku, mula mula niat nak mencube aje, tapi sekali dah merase perghh memang terbawak bawak dalam mimpi. Penggemar makanan thai konpem korang suke dengan Boat Noodles ni. 

Punyelaa sibuk mencari Boat Noodles yang terdekat supaya senang nak pergi, rupenye dah ade kat Icon Connaught. Memang dekat sesangat dengan rumah. So senanglaa kalau nak pergi kalau tetibe mengidam kan.. hihihi
Okee ni salah satu menu yang aku suke makan. Memandangkan aku ni susah sangat nak dipisahkan dengan nasi, so ini yang aku order. Korang kalau makan kat sini kalau tak mangkuk bertingkat tingkat memang tak sah.. sebabnye, konpem korang akan order bertingkek tingkek punyeee! ^^
Okee cam kami ni, sebenarnye niat awalnye taknak order bebanyakkk, cukup untuk nak merase nak hilangkan selera teringin tu tapiii tuptup bila dah merase semangkuk order semangkuk lagi.  Last last teroder bermangkuk mangkuk. Icik abamlaa, dah oder sekali die pegi order lagi. Tak cukup katenye! Hahaha 
Okee ni resit pertama, resit seterusnye takpayahlaa nak tunjukk. Cukuplaa satu resit ni untuk buat review kat koranggg ^^


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...