Okee ini kisah hujung bulan January aritu, 28 haribulan tu aku dah start cuti nak ikut icik abam pergi outstation kat Kuantan.
Alang alang icik abam nak outstation pastu weekend tu nanti kami nak ke JB, so aku pun follow laa sekali, amek cuti awal nak ikut icik abam.
Kat Kuantan ni kami duduk semalam je kat The Zenith Hotel.
Walaupun dah beberapa kali menginap kat sini, ni baru pestaim kami merasa mandi kat swimming pool hotel ni.
Selalu cam tak sempat je nak swimming swimming bagai, so kalini kami betul betul cari masa supaya boleh berendam dalam swimming kat sini.
Bila dah dapat mandi, macam macam aksilaa icik abam buat dalam air tu. Memang suke benau swimming icik abam tu, pantang nampak pool memang nak berenang saje.
Aku lak baru berjinak jinak mentenggelam kan diri dalam air, sebelum ni memang tak berani, tapi disebabkan dah ade google, so beranikan laa diri. Yelaa orang tak pandai berenang kan.. bila tade semua alatan macam tu rase nebes nak tahan napas dengan nk tutup mate bagai sebab takut pedih. So skang boleh fokus tahan nafas je, mata bole buka, so tadelaa nebes sangat dalam air tu hahaha
Bila dah boleh bertenang, bolehlaa berselfie bebanyak dalam air tu.. hehehe
Dah bergambar kat swimming pool, aku tunjuk pulak gambar dalam bilik kami di Zenith Hotel ni.
Walaupun dah pernah buat review bilik bilik kat sini, tapi kalini datang amek gak gambar untuk kenangan. Yelaa bilik yang kami menginap lain lain kannn, so ameklaa sikit buat review. hehehe
Korang abaikan ajelaa gambar icik abam duduk camtu, aku nak amek gambar die sibuk ade situ, bebel aku asek amek gambar bilik padahal kan dah penah buat review katenye.. biarlaa kannnn.. hahaha
Bilaa icik abam ade meeting pagi tu, aku jelaa yang breakfast kat bawah tu. Makan sensorang.. huhu
Bila dah sensorang pun selfie tetap selfie kannn.. hehehe
Bila pagi sampai ke petang sensorang kat hotel tu, so malam baru icik abam bawak aku pegi makan kat luar. Cari kedai makan area bandar Kuantan je, yang tak jauh dengan hotel.
So alang alang dah keluar malam tu, icik abam bawak pegi jenjalan kat tepi pantai Teluk Cempedak. Sebelum ni memang dah pernah pergi teluk cempedak ni, tapi pegi siang siang aje, so try pergi malam, meriah jugak, sebab ade jualan kat tepi pantai tu.
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment