Wednesday, March 30, 2016

Usha Tempat Retreat Di Sahom Valley Agro & Eco Resort, Kampar Perak

Kami kesini hasil suggestion pak mentua aku.. icik abam cakap tempat ni memang penah viral kat fesbuk tapi aku tak tahu pun, so bila balik kampung ritu tak tahu nak pegi mane, tetibe abah icik abam sebut name tempat ni..


teruja gile mase sampai sini, mula mula nak pergi tempat ni rase cam takut dan risau gaklaa, betul ke idak jalannye. Maklumlaa jalan nak ke sini macam lengang dengan kenderaan, tu yang rase samar samar dengan tempat yang nak dituju ni..


bila dah sampai abes semua tempat kami teroka, memang cantik dan sesuai nak buat familyday kat sini..


Sahom Farm Retreat ni terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sahom. Kat situ ada sebuah kawasan seluas 50 ekar dijadikan tempat menjalankan aktiviti ternakan dan perladangan. Ladang ni pulak adalah projek usahasama antara Sahom Farm dengan Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad.


Dengan kawasan yang luas dan berpotensi begitu, Sahom Farm Retreat telah diwujudkan bagi menyediakan tempat percutian yang berlatarbelakangkan ladang ternakan dan perladangan. Kemudahan kemudahan yang disediakan membolehkan tempat ni menjadi salah satu tempat percutian bersama keluarga atau rakan rakan yang akan dikunjungi ramai. Seminar dan kem motivasi juga sesuai diadakan disini.


Terdapat villa yang dinamakan Kampung Warisan. Disini terdapat kemudahan sebuah bilik tidur berkeluasan 800kp, ruang tamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan, ruang dapur, kolam renang, pondok rehat, kolam hiasan ikan koi dan dataran riadah.


Villa ni diberi nama Kampung Warisan kerana kebanyakan hiasan dalamannya terdiri daripada barangan antik hasil peninggalan arwah Hjh. Rahmah bt Abdullah (ehhh sebijik nama ibu aku) yang dipindahkan dari rumah asalnya di Kampung Bata, Malim Nawar, Perak.


Antara barangan antik yang dipamerkan adalah katil besi, almari solek, almari gantung baju, mesin jahit dan sofa rotan. Selain tu terdapat jugak barangan antik yang diperolehi dari sumber lain termasuk mesin getah, pengisar ais, pump air tanah, lesong beras, penggilik cili, motorsikal buatan 1980an dan macam macam lagi.


Dengan adanya barangan antik seperti yang disebut tadi, menjadikan Villa Kampung Warisan ni seperti muzium hidup. Dalam villa ni juga terdapat satu katil antik king sized. Disebabkan villa ni luas, so ia mampu menampung lebih 10 orang pengunjung dalam satu masa.


Binaan bangunan pulak diperbuat daripada kayu dan batu sungai yang diperolehi sekitar kawasan ladang yang berhampiran. Tiang tiang bangunan jugak menggunakan batang pokok jenis kayu keras, manakala dinding bata disalut dengan batu sungai. Rekabentuk bangunan yang berkonsepkan keterbukaan dan bersantai ni akan memberi keselesaan dan pengalaman yang berlainan kepada pengunjung.


Disini pengunjung boleh bermandi manda di swimming pool yang disediakan seperti ni, takpun boleh berkelah di tepi sungai yang mengalir merentasi ladang ni. Nak memancing ikan pun disediakan jika ade yang berminat nak memancing. Selain tu macam macam aktiviti jugak disediakan seperti masuk hutan Gunung Bujang Melaka bersebelahan dengan kawasan ni, berbasikal sambil melawat perkampungan orang asli atau hanya bersantai di dalam suasana kampung yang tenang dengan kabus pagi yang sejuk, udara yang segar dan nyaman.


Pengunjung jugak boleh berjinak jinak dengan haiwan ternakan seperti rusa, landak, lembu, kambing dan burung unta di sini. Takpun boleh melihat sendiri aktiviti kebun kelapa sawit dikawasan sekitar yang ada.


Selain di Kampung Warisan terdapat jugak villa yang dinamakan Kampung Tepian Sungai dan tempat perkhemahan yang dinamakan Kampung Kembara.


kampung Tepian Sungai ni terletak ditebing sungai memudahkan pengunjung untuk bermandi manda dan berkelah di sungai tersebut. Villa ni menyediakan kemudahan lima bilik tidur, bilik persalinan lelaki dan perempuan, ruang tamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, ruang makan, pondok rehat dan kolam hiasan ikan koi.


Manakala Kampung Kembara juga terletak ditebing sungai dan terdapat kolam ikan yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kem motivasi, seminar dan aktiviti lasak seperti paintball, kayak, white water rafting dan mountain biking.


Mase kami datang kesini, kami menggunakan waze aje, so memang terus sampai ke sini. Tapi kalau ade yang nak address ke sini bawah ni alamatnye:


Sahom Farm Retreat, Kampung Sahom
31900 Kampar Perak


Mana yang nak tahu kawasan berhampiran yang terdapat dengan kawasan ni, bawah ni senarai yang dapat aku cari;

- air terjun Lata Kincang - 8km
- Gua Tempurung - 15km
- Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang - 18km
- Muzium Gopeng - 20km
- Padang Golf Clear Water - 25km
- Taman Tema Air Tambun Lost World - 25km
- Pusat Peranginan Cameron Highland - 50km


ni video yang direcord mase berada kat kawasan tepian sungai.


alang alang dah nampak sungai macam ni, air sungai tu pulak jernih, memang memanggil manggil ajak berendam jelaakannn hehehe


tapi kami tak mandi pun, sebab aku malas nak tukar tukar baju. Yelaa dah nak balik KL, malas nak bersiap lagi sekali je.. hehehe


Bawah ni pulak pakej yang disediakan..







Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...