Thursday, March 31, 2016

Lata Kinjang Waterfall, Tapah Perak

Selalu sangat nampak air terjun dari tepi highway kalau nak ke utara... Dari jauh dah nampak air terjun yang putih bagaikan kapas menghiasi Banjaran Titiwangsa tu. Kalau dari tepi jalan tu memang nampak cantik sangatttttt... Air terjun Lata Kinjang ni terletak di daerah Chenderiang, kira kira 18km dari pekan Tapah.


Air terjun ni diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850m. Menurut cerita orang tempatan, dinamakan Lata Kinjang kerana dulu dulu terdapat banyak kijang di kawasan itu, orang Inggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan tu dengan "Kinjang", tu yang kekal sampai sekarang nama tu.. betul ke tak cerita tu tak tahulaa.. hehehe


Selain tu ade jugak yang bercerita, terdapat seorang wanita cantik yang dipercayai puteri bunian pernah menjelma di kawasan air terjun ni sehingga menarik perhatian seorang hartawan Inggeris. Cerita puteri bunian ni hanya cerita lagenda yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang dulu dulu..


kat kawasan air terjun ni ada perkampungan orang asli. Mereka telah lama tinggal di kawasan tersebut.


Selain mandi manda, kat situ korang boleh menyusuri tebing untuk ke bahagian atas air terjun. Ada anak tangga disediakan tapi kena berhati hati sebab anak anak tangga pasti licin.


ni antara kawasan sekitar nak menuju ke air terjun.. pengunjung boleh menikmati keindahan alam yang hijau sambil mendengar bunyi unggas rimba..


ni pulak pemandangan dari bawah air terjun. nak naik ke atas tu tak larat.. so bergambar dari bawah aje.. hehehe


tengah cuace panas macam ni kalau dapat mandi air terjun, berendam dalam airnya yang sejuk memang bestlaaa haaiii kannn.. hehehe


nak tahu camne keadaan kawasan kat sini korang boleh nengok video kat bawah ni ye..


Seterusnya gambar kami berdua jelaa.. posing posing sikit sebelum balik..








Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...