kalau trip yang pertama dulu tu memangla ade lalu di Ubud ni, nampak dari jauh je kehijauan sawah tu. now, baru berkesempatan datang dan melihat dekat dekat sawah di Bali ni.
Sawah kat sini agak berbeza sikit kalau nak dibandingkan dengan sawah padi kite kat Malaysia. Sawah dorang terletak dibukit dan sawahnye bertingkat tingkat macam dalam gambar ni.
Tegalalang Rice Terrace ni adalah salah satu tempat pelancongan terkenal di Bali. Ia terletak di Tegalalang Desa Utara Ubud di Bali. kat sini korang boleh menikmati kehijauan sawah yang bertingkat yang sangat unik.
Selain korang boleh bergambar sepuas puasnye kat sini sambil menikmati suasana dan pemandangan yang cantik dari tepi tebing, korang jugak boleh memahami bagaimana cara seorang petani tempatan kat sini menuai padi disini.
Tempat ni sering dikunjungi oleh pelancong sebab lokasinye dekat dengan tempat tempat pelancongan yang lain seperti Ubud, Gunung Kawi Tampaksiring, Tirta Empul, Gunung Kawi Sebatu dan banyak tempat lagi. Kami pun lepas dari Kintamani lalu kat sini tu yang boleh singgah sekali.
Bawah ni antara video yang sempat kami record ketika berada disini
kalau ikut icik abam memang die nak saje pergi sampai ke atas bukit tu, tapi akulaa cam tak larat nak naik turun bukit bukit yang ade tu. Memang nampak macam dekat dan rendah aje bukitnye... tapi bila dah turun nak naik balik memang boleh patah kaki, lenguhhh oiii hahaha
Nak kena lalu tangga buatan macam ni. Dahla kecil dan banyak jugak anak tangganye. Aku ni kalau bab nak kena panjat anak tangge memang idak ler, tak mampu rasenye. Setakat dua tiga tapak mampu lagi hahahha
So bila dah tak mampu nak pergi tempat yang orang dok panjat panjat tu, aku berposing kat sini jelaa, same je pemandangan yang ade.. hehehe
nengok tu, mendak je nengok aku nak panjat anak tangge yang ade tu kan. Ni baru sikit pun cam dah tak larat. hahahaha
Mase nak naik naik tu, nenek ni dok ngajak amek gambar, so aku bergambarla bersama. Lepastu hulurlaa sikit sebagai tips bergambar bersama, sebab kat situ dorang memang ade gakla minta minta tips kalau dah lepas bergambar tu. so paham paham sudey ye..
Seterusnye korang layan jelaa gambar kami ni, maklumlaa jakun bila dah sampai sini, tu yang banyak bergambar tu. Eh?? kalau tak pestaim datang pun memang jakun bergambar jugakkk! hehehe
Selain nengok pemandangan dan kehijauan yang ade, ade jugak ole ole yang boleh dibeli kat sini. Tapi kami tak beli pun.. hehehe
Jalan yang ade agak sempitlaa kat kawasan ni, nak cari parking pun susah time ni. Tapi nasib baiklaa supir yang bawak kami tu turun kan kami siap siap, so takyah nak berjalan jauh sangat.
Dah selesai berjalan kat Tegalalang, kami teruskan perjalanan lagi..
Sambung bershopping kat Agung Bali, supir yang bawak kami tu suggestkan beli t-shirt kat sini pulak sebab dulu dah pernah pergi Krishna.
So sebelum balik villa bergambar berdua dulu, pestaim ke sini kannn
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment