Wednesday, October 26, 2016

Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah Kg Limbongan Melaka

Semalam kite offday sebab ikut icik abam outstation. Alang alang dah sampai Melaka tu ajaklaa pekena Kuih Keria Antarabangsa yang femes kat Melaka ni. Name je orang Melaka kan.. tak pernah try pun sebelum sebelum ni.


Nengok review pasal tempat ni, kalau nak beli kuih keria tu memang biasanya kena Q, ade sampai dua jam dan ade yang lebih. So semalam ingat weekdays takyah kena beratur bagai. Tapiii kena jugak rupanye.. Tupun nasib baik ade rezeki antara 15 orang terawal aje dapat. Sorang bole beli 10 ketul je tak boleh lebih.. Siap ade limit tu.. nampakkk.. makin teruja kite nak makan.. hihihi


Ni suasana kat dalam kedai. Nak makan kat kedai bole, nak tapau pun boleh. 


Mane yang tak tahu lokasi kedai ni, kedai ni terletak di tepi jalan menuju ke Klebang.


Harga sebijik kuih keria 60 sen.


Dah tinggal sikit dah kuih keria tu, tapi nasib baik dapat gak.. Yang beratur belakang tu macam dah tade chance nak dapat dah tu..


Dah beratur panjang panjang, lame pulak tu, haruslaa bergambar puas hati kat situ.. hahaha


Amboi kemain muke banyak senyum.. tunggu dalam kereta je icik abam ni..


Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Salam Perkenalan,

1 comment:

mama tisya said...

yg femes tu keria hj jalil 50 sen...terliur nk try keria yg femes kt melaka ni..dlu pegi tk buka lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...