Pestaim ni nak merasa naik Cable Car Langkawi, memang jakun sungguhlaa time memulaa nak naik tu.. seriau pun ade jugakkk hihihi
Kereta kabel Langkawi ni memang menggerunkan, tapi nak tak nak sekali seumur hidup mesti nak gak mencubaaa.. hihihi
Dengan menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ni akan membawa korang semua sejauh 1.7km sebelum singgah di stesen tengah.
SkyCab ni akan membawa penumpang dengan menaiki kawasan curam sehingga 713m dari atas paras laut hingga ke puncak kedua tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Mat Chinchang.
Dari atas tu korang boleh menikmati pemandangan pulau pulau di sekitarnya yang sangat cantik. Selain tu, boleh jugak nengok pemandangan flora di lereng bukit dan air terjun..
Ohhyee, terdapat tiga jenis gondola yang korang boleh pilih untuk SkyCab atau Cable Car di Langkawi ni, iaitu sama ada gondola biasa, gondola berkaca kristal atau gondola VIP..
Yang kami naik ni gondola biasa aje. So setiap gondola berbeza harga mengikut jenis ye..
Ni antara video yang sempat kite record masa ade dalam gondola..
Dari ape yang kite google, cable car ni mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005..
Ia bagi memudahkan pengunjung tiba ke puncak gunung setinggi 713m
Ni pulak pemandangan dari stesen tengah, sambil tunggu turn nak naik cable car untuk ke puncak, kite boleh menikmati pemandangan yang menghijauuu kat siniii
Dari stesen tengah ni kite boleh nampak stesen puncak untuk ke Sky Bridge Langkawi
nak ke Sky Bridge Langkawi ni korang boleh buat pilihan samada nak berjalan sahaja atau nak naik tren.
Kalau ikutkan kite, kite nak je naik tren sebab malas nak berpeluh peluh naik tangga bagai.. tapi icik abam pulak gatal gatal pilih nak berjalan. Dengan alasan dapat amek gambar dengan banyakkk.. huhuhu
Sky Bridge Langkawi ni adalah jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang.
Ia adalah jambatan gantung yang dipegang oleh hanya satu tiang besi..
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Sambil berselfie tu sebenarnye tengah rasa gayat ade kat atas tu... hihihi
Dah puas bergambar kat atas tu, masa untuk turun ke bawah..
Bila nak turun ni lagi laa rase serun sebab kita rasa die cam menjunam aje.. hihihi
tapi siyes, bila korang nampak pemandangan yang cantik dari atas tu hilanglaa rase gemuruh tu sekejappp.. hihihi
Otw nak turun ni siap cakap kat icik abam, ni jelaa last naik, hahaha mane taknye mase turun ni lagi nampak betapa tingginye kite ade kat atas tu..
pastu pulak kat bawah tu cuma ade pokok pokok je.. so dah macam macam pikir dah time tu, tapi bila diajak selfie senyum tu tetap kena tunjukkk hahaha
Tapiii.. bila nengok balik gambar ni sambil nak story ni rase rindu pulak kat Langkawi, macam nak naik je lagiii nihaa hahahha
Okee kat atas tu nanti memang akan banyak gambar korang dorang amek, nak ke taknak je beli tu nantii.. hihihi
Salam Perkenalan,
8 comments:
skybridge tu tk pernh singgah...tp naik cable car pernh la...hehe
bestnya.. lama tak ke langkawi..
Waaahhhh seronoknyaaa....view pun cantikk...
done followback.. :)
Teringin tp takut
@mama tisya bole try kak
@Miera Hassan bole plan dah ni hehhe
@Farahin Esa cantik mmg cantikk.. tp akk gayat hihihi
@noorhaidaz eyda samelaa kite, tapi berjaye gakla sampai hehe
Post a Comment