Sunday, July 15, 2018

Buat Produk Jenama Sendiri Bersama Servis ZY East Coast (Cawangan Kelantan)

Korang pernah dengar ZY Phyto? Okee mane yang tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama syarikat "One Stop Centre" yang jual produk jenama sendiri ni, kita terangkan dulu sedikit sebanyak latar belakang syarikat ni ye. 


ZY Phyto merupakan syarikat milik muslim bumiputera secara keseluruhannya yang menjadi pusat kontrak pengilangan OEM dan perunding untuk produk kesihatan dan kecantikan. ZY Phyto East Coast Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb September 2016 dan berlokasi di Lot 122, Seksyen 1, Jalan Masjid Lama Pasir Mas, 17000 Pasi Mas, Kelantan. Syarikat ini mempunyai lima orang pengarah iaitu Zaidi Yusoff, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly, Rozaidi Abdullah, Dr Mohd Termizi Mamat dan Dr Ahmad Sumardie Shan Hassan.


Di ZY East Coast menjalankan production produk produk makanan sahaja, akan tetapi kalau korang nak buat produk kosmetik, korang boleh walk in terus ke ZY East Coast untuk rundingan dan production hanya akan dijalankan di ZY Cosmetics di Puncak Alam. Jadi orang Pantai Timur tak perlulaa nak datang jauh jauh ke Puncak Alam semata mata nak buat produk sendiri sebab ZY East Coast akan deal direct dengan ZY Holdings Sdn Bhd sebagai HQ.



ZY East Coast ditubuhkan untuk membantu syarikat perusahaan kecil atau usahawan usahawan dengan modal serendah RM5000. Orang Pantai Timur terutamanya di Negeri Kelantan memang ramai yang menjalankan perniagaan. Maka, ZY East Coast telah bertapak untuk merealisasikan impian golongan golongan yang berhajat untuk membuat produk jenama sendiri.


so kepada yang berminat bolehlaa hubungi person in charge dibawah:
Nama : Rozaidi Abdullah
No.Tel : 019-4741898
Email : zyeastcoast@gmail.com


Untuk sesiapa yang berminat nak bekerjasama atau mendapatkan servis dari ZY East Coast, bawah ni disertakan beberapa maklumat mengenai kilang dan produk :

1. Minimum Order Quantity (MOQ) terendah ialah 250 unit yang berbeza dengan MOQ yang ditawarkan di HQ iaitu 1000 unit jika ingin membuat produk OEM. Ini kerana skala operasi di sana lebih kecil berbanding di HQ

2. Syarikat mempunyai kepakaran membuat produk tablet dengan 11 jenis pilihan bentuk termasuk bintang, bunga, bulat dan banyak lagi..


3. Produk utama yang boleh dilakukan di kilang ZY East Coast adalah produk berbentuk jus, liquid dan jelly liquid dengan pilihan pembungkusan menggunakan botol, liquid sachet atau powder sachet. contoh produk yang boleh didapati ialah produk whitening, minda, sendi, slimming, dalaman wanita, gout dan lain lain.

4. Syarikat merupakan one stop centre bagi usahawan usahawan produk yang berpusat di Pantai Timur termasuklah dari Terengganu dan Pahang.

5. Free consultation bagi bakal bakal usahawan yang berminat untuk membuat produk. Consultant yang dilantik merupakan pakar dalam bidang marketing secara online dan juga offline.

6. Tidak perlu membuat temujanji. Hanya walk in ke gallery sahaja 


Mudah dan senang rupanya kan nak buat produk jenama sendiri camni?  ZY Phyto akan bantu korang dari A-Z.. Lagi pulak korang tak perlu bimbang akan keaslian atau mutu produk tersebut, semua diperakui dan mempunyai sijil sijil yang berkaitan serta diluluskan..


Okee kite yang menulis ni pun tetiba rase terpikir nak buat produk jenama sendiri kalau macam ni.. hahaha so korang yang berminat apelagi kannn cepatlaa bertindakk 


Salam Perkenalan,

2 comments:

Dura Norell said...

memang bagus buat cawangan pantai timur, Mudah dorg kat sana berurusan

Nadia Johari said...

terbaikla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...