Thursday, September 26, 2013

Aktiviti Hujung Minggu Kami

Rasenye dah lame sangat tak pergi mandi air terjun atau mandi manda. So tetibe je hujung minggu yang lepas teringin benau nak pegi air terjun. Bosan-bosan duduk rumah tak tahu nak buat ape, so aku ajak icik abam pergi air terjun. Mule-mule rase nak jenjalan aje, nak nengok kehijauan.. nak cari tempat tenang nak datim berdua, last-last terpikir pulak nak ke air terjun yang dah lame tak pegi tu.. hehhe
So alang-alang teringin nak pergi mandi air terjun, icik abam suggest pergi Sungai Tekala,
so kami merempit pegi sane. Syok jugak sekali sekale merempit berdua macam ni. Selalu merempit pegi tempat keje aje, tapi kali ni jenjalan, tak same okee feeling die.. hahhaha^^
Haa, kalau tak caye kami berdatim nek moto aje, ni video die, bukti.. hahhaha. Lepas amek video ni rase penin terus, mane taknye jalan die bengkak bengkok, macam ular... hukhuk

Dah sekerat jalan, nengok-nengok jalan nak menuju ke Sungai Tekala ditutup le pulak...Dorang ade buat construction sebab ade sebahagian laluan yang berisiko tanah runtuh. huhuhuhu

Tapi icik abam kate takpe, kite pegi tempat lain pulak, so icik abam bawak ke Sungai Congkak kat Hulu Langat
Sejuk gile air die okee
Rendam kaki. hahhaha
Antara gambar yang sempat diambil hari tu
Sekali sekala berdating berdua camni best jugakkkk ^^

[Catatan : minggu ni balik kampung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, September 25, 2013

Review Filem Runner Runner

Premiere screening untuk Filem Runner Runner telah diadakan malam tadi kat TGV 1 Utama
Filem ini mengisahkan seorang ahli perniagaan yang memiliki sindiket perjudian Internet mendapati hubungannya dengan anak muridnya mula tidak bersefahaman. Filem ini dibintangi pelakon Ben Affleck, Gemma Arteton dan Justin Timberlake. Filem thriller drama ini diarah oleh Brad Furman

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang. Tak bagi banyak sebab bagi aku citer ni simple. Tapi icik abam cakap citer ni best. So lain orang lain pendapat ^^
Rating : ★ ★   ☆
Esok nengok Filem Rush lak. Sape nak bole roger ^^
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, September 24, 2013

Pratonton Filem BenCinta

Ini cerita malam tadi, Majlis Pratonton Filem BenCinta yang diadakan di Sunway Piramid
Filem BenCinta ini akan mula ditayangkan dipawagam pada hari Khamis ni, 26 September 2013
Kami merupakan orang yang terawal datang. hahhaa
Filem ini adalah dibawah arahan Eyra Rahman dan penerbitnya adalah Mejar David Teo, Metrowealth

Filem ini mengisahkan sepasang pasangan yang baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal (Farid Kamil), suami yang kaya dan mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia (Nora Danish) telah melarikan diri ke Langkawi bersama anak perempuannya dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya, (Qi Razali). Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya

So nak tahu bagaimana Fathia fight dengan suaminya kenalah tonton filem ni nanti ^^
 
 Bersama Fathia a.k.a Nora Danish
Bersama Farid Kamil a.k.a Faizal. Dalam cerita ni aku rase benci sangat kat Faizal. Siyes..
 
 Bersama David Teo
 
 Bersama Adik Adrianna, memegang watak sebagai anak kepada Faizal & Fathia
 
 Shima Anuar
Selepas aje nengok movie kami bergambar bersama sebahagian daripada pelakon Filem BenCinta ^^

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang
Rating : ★ ★   ☆
[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, September 21, 2013

Semput Datang Menyerang

 Hadis Qudsi : "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"
 Alatan nak sedut gas ^^
Peace ^^
[Catatan : 2x pergi klinik]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, September 19, 2013

Qisya Homestay, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Buat semua yang bercadang untuk bercuti di Melaka dan memerlukan homestay bolehlah contact kami di talian 019-6550517

Rumah Teres 1 Tingkat, mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Lokasi di Taman Merbok Bukit Katil Melaka
Jika berminat, tempahan/booking boleh dibuat 2 minggu sebelum tarikh. Harga untuk sehari RM150
>>>>>Klik Sini Untuk Details<<<<<<
[Catatan : Jom Melawat Melaka]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Review Filem Malavita

Okee ini cerita malam tadi. Kami dapat 6 tiket untuk Preview Screening Filem Malavita di GSC Mid Valley. Filem ni akan mula ditayangkan dipawagan hari ini
Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang jugak macam Filem 2 Guns . Filem ini diadaptasi daripada karya penulis novel popular, Tonino Benacquista, filem Perancis yang mengisahkan tentang ketua keluarga mafia dari Manzonis, Fred Blake yang berpindah di Normandy, Perancis bersama isterinya dan anak perempuannya untuk melarikan diri daripada penjenayah yang telah dibelot

Memandangkan 4 tiket masih available sebab last minit member tak dapat join so kami pun bagilaa kat orang secara rawak kt Midvalley semalam.^^

[Catatan : Popcorn & Mineral free]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, September 18, 2013

Review Filem 2Guns

Malam tadi kami nengok Special Screening Filem 2Guns kat TGV Sunway Piramid.

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang. Pemenang Anugerah Akademi Denzel Washington dan Mark Wahlberg berlakon sebagai watak utama dalam filem ini.
Filem aksi ini mengisahkan tentang dua orang ejen dari jabatan berlainan yang terpaksa melarikan diri bersama-sama. Ada satu masalah besar dengan gabungan mereka. Mereka berdua tidak sedar bahawa pihak lain iaitu ejen kerajaan yang menyamar sebagai penjenayah. Ejen DEA Bobby Trench dan pegawai perisik laut US Marcus Stigman terpaksa bekerjasama untuk 12 bulan yang lalu. Mereka berdua diarah untuk menyamar sebagai ahli sindiket narkotik dan mereka tidak percayakan satu sama lain. Apabila cubaan mereka dalam mencerobohi sindiket pengedaran dadah di Mexico demi mendapatkan wang berjuta-juta dollar gagal, Trench dan Stigman dibuang kerja oleh pihak atasan. Memandangkan semua orang mahu mereka mati atau dipenjarakan, mereka hanya boleh mempercayai satu sama lain

Tarikh tayangan untuk filem ini bermula dari 19 September 2013

[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, September 13, 2013

Japanese Film Festival (JFF) 2013

Selase yang lepas kami berpeluang attend Opening Ceremony Japanese Film Festival 2013. Seperti tahun lepas, event ni diadakan di GSC Pavillion KL


 Tahun ni kami dapat 6 pass untuk join event ni, tapi memandangkan aku dah lelong punye lama kat fb pasal pass ni dan tade sape yang berhajat nak join so kami pergi berdua aje malam tu.
 Lepas register macam biasa time untuk makanlaaa kan. Name pun festival filem jepun, so sudah pasti malam tu kami dinner dengan makanan-makanan jepun. Bagi aku, tahun ni makanan die best dan sedap dari tahun lepas. hahhaha giteww, dah dapat makan free mahu komen lagi kan.. ^^
 Kalau korang nak tahu hari yang kami pergi ni, siang tu aku tak keje pun, MC sebab demam dan semput, tapi memandangkan banyak tiket yang perlu diredeem dan rase sayang kalau tak redeem aku gagahkan jugak diri pegi malam tu. Lepas makan dan bergambar sikit, terus kami balik rumah
 Ni antara suasana dan keadaan malam tu yang sempat aku snap
 Okee, orang demam pun nak jugak bergambar kan, sebagai bukti dan kenangan ^^
 Ni antara tiket-tiket free dan ole-ole yang telah diredeem malam tu. Kami bawak balik 8 tiket, so bolehla nengok 4 cerita JFF 2013.

Malam opening tu dorang negok cerita Ken & Mary, ade Zizan Razak berlakon, tapi memandangkan aku tak nengok pun cerita tu malam tu dan terus je chow balik rumah sebab tak larat nak layan movie malam tu, so tak dapatlaa aku nak bagi bape bintang untuk filem tu kan..

Tapi aku nak bagi 5 bintang untuk Filem KL Gangster 2, hahahaha tak memasalkan nak selit pulak cerita ni. :p
Rating : ★ ★   ★
Memandangkan keadaan aku yang tak bape sihat lagi ni, so rasenye cam tak sempat aje nak nengok semua cerita-cerita tu, So sebelum tiket JFF 2013 ni menjadi macam JFF 2012 yang tak sempat nak digunakan tu baiklah aku bagi kat sape-sape yang nak kan. Aku sedekahkan 6 tiket JFF 2013 ni kepada office mate aku, aku amek 2 keping aje, rase cam nak nengok cerita Ken & Mary

Berita Malam JFF 2013

[Catatan : JFF 2012 simpan dalam album.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, September 09, 2013

Besday Icik Abam Yang Ke-28

Besday icik abam jatuh pada hari selasa minggu lepas, iaitu 3hb September. Ceh, dah seminggu berlalu baru nak update kan, Ape punye wife la kan.. ekekeke

Okee2, sebelum korang mengumpat dan mengata aku macam-macam, meh sini aku ceritakan secara details pasai ape aku lambat update pasal besday icik abam ni. Alasan kenapa dan mengapa aku lambat update pasal besday icik abam ni adalah kerana..... aku tade mood nk update. Sekian. Itu je alasan yang paling bernas yang boleh aku bagi buat mase sekarang. Jika ade yang tanye kenapa aku tade mood nak update, jawapan aku adalah kerana.... mood hilang sebab icik abam tinggalkan aku 4 hari. hukhukhuk.. kalau korang tanye lagi kenapa icik abam tinggalkan aku selama 4 hari tu, jawapan aku.. nantilaaaaaa, aku update kat dalam blog lenkali. hehehhe :p
okee, ni je gambar kami berdua yang sempat diambil mase tu. Kami celebrate besday icik abam dekat dengan rumah aje, Celebrate kat Pappa Rich je
Dessert ni sebagai pengganti kek pada hari tu, aku nak beli kek icik abam tak bagi. huhuhu
Ni pulak menu makan malam kami pada malam tu

okee, tu aje nak cerita. Sungguh simple kan celebrate besday icik abam tahun ni.. ^^

[Catatan : hari ni icik abam balik]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, September 05, 2013

Review Filem Riddick

Filem ini mengisahkan Riddick menentang binatang makhluk asing dan menjadi lebih berkuasa dan berbahaya setelah dikhianati puaknya sendiri yang mana sebelumnya dia dibiarkan untuk mati di planet terpencil. Banyak pemburu upahan dari seluruh galaksi menentang Riddick tetapi mereka cuma mainan dalam rancangan Riddick untuk membalas dendam. Apabila musuhnya berada dimana dia hendaki, Riddick melancarkan serangan ganas sebelum kembali ke planet asalnya untuk menyelamatkan planet tersebut dari kemusnahan.

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang. Cerita ni penuh dengan keganasan. Nak tahu betapa ganasnye filem ni kenalah nengok filem ni nanti. 

 Tarikh tayangan bermula 5 September 2013

Icik abam nengok citer ni malam tadi sampai termimpi-mimpi. Mimpi dia jadi Riddick. Hahahhaha

[Catatan : TGV 1 Utama]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...