Monday, January 13, 2014

Lepas Gian Main Helikopter

 Kalau korang nak tahu, mase sebelum kawen dulu, ni lah antara salah satu hobi icik abam, iaitu maen helikopter. Nasib baik tak karat helikopter ni tersimpan aje. 2-3 hari sebelum ni icik abam asek main dalam rumah aje. Buat bising orang nak nengok tv. huhuhu
So ape lagi, hujung minggu lepas, icik abam ajak aku ke taman berhampiran rumah. Ajak teman die nak maen helikopter. Al-maklumlah, maen dalam rumah tak dapat nak terbang tinggi-tinggi ^^
 Bateri dah siap-siap charge dari rumah. Lepas amek aku dari opis, dah makan terus ke sini

 Hepi nampak...hihihi

 Okee last sekali tepek gambar tuan tanah. Konon-konon aje tu. Aku sendiri tak pandai maen pun. Jangan cakap yang 4 channel ni, yang 3 channel pun aku tak reti nak control. hihihi


[Catatan : berdua]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Movie Day Out Filem Balistik

 Semalam kami dapat 2 tiket untuk special screening Filem Balistik
Papepun nak ucap terima kasih kepada RU ^^
Filem Balistik ini mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan geng mafia. Risiko menjadi gangster telah menyebabkan Salina dan anaknya terpisah. Selepas enam tahun, Saga cuba kembali kepada Salina namun Salina kini bergelar isteri kepada Inspektor Nizam iaitu kawan baik Saga sewaktu mereka di rumah anak yatim. Antara kawan baik dan tanggungjawab kepada negara, Inspektor Nizam harus membuat keputusan samada menangkap Saga sementara Saga pula diarahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana polis yang cuba mengagalkan rancangan mereka.

Filem ni dah ade kat pawangan bermula 9 Januari 2014
Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem aksi yang menelan belanja hampir RM2.5juta termasuk 1,000 butir peluru yang digunakan dalam filem ini
[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, January 08, 2014

Kakak Qisya Masuk Pra-sekolah

Okee entri kali ini masih menceritakan kisah masuk sekolah lagi. Semalam citer pasal Pokcu Masuk Asrama kali ni cerita pasal kakak qisya masuk Pra-sekolah lak
Macam biasa, hari pertama masuk sekolah mesti ada perhimpunan, so kite capture gambar kakak mase sesi perhimpunan dulu ^^
Dah abes perhimpunan mase untuk masuk kelas pulak
Okee kakak, belajar rajin-rajin. Dapat No.1 baru makngah & pakngah bagi hadiah. ^^

Gambar-gambar yang ini pun aku dapat dari whatsapp ^^

[Catatan : sesi persekolahan 2014]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, January 07, 2014

Pokcu Masuk Asrama

Minggu lepas sekolah dah buka macam biasa. So banyak entri cerita pasal anak-anak masuk sekolah minggu lepas. Aku pulak baru hari ni sibuk nak cerita kisah yang dah seminggu lebih berlalu. hihihi
okee ini situasi kat rumah sehari sebelum nak masuk sekolah. Tahun ni pokcu dah masuk sekolah menengah, pastu kene pulak masuk asrama. So kenalah kemas itu ini untuk dibawa masuk ke asramakan.. ^^
Pagi new year pokcu dah siap untuk dihantar ke asrama ^^Pokcu masuk asrama Sekolah Sultan Muhammad. Kalau korang nak tahu, SMKA Sultan Muhammad ni antara sekolah berasrama untuk pelajar lelaki sahaja di Melaka
Memandangkan aku tak pegi anta pokcu ke asrama, so gambar-gambar ni hanya diperolehi daripada whatsapp group ^^
[Catatan : Sesi persekolahan 2014]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, January 06, 2014

Singgah Di Empangan Batu

Lepas dari Jenjalan Janda Baik icik abam nak bawak aku pegi Ulu Yam pulak. Kan tadi kite minta bantuan cik waze, so kali ni dari Janda Baik kami minta tolong lagi sekali cik waze untuk tunjukkan jalan ke air terjun Ulu Yam.

Sepanjang nak sampai ke Ulu Yam tu, cik waze ni bawak kami naik ke Genting Highlands, tapi takde lah sampai ke atas genting tu, sampai kat kabel car aje. hehehe..
So sepanjang laluan yang cik waze tunjuk kami tu macam-macam tempat perkhelahan dan riadah  kami jumpe. So alang-alang dah lalu tu, kami singgah kejap-kejap aje. Sempat gakla nengok dorang ni preng-preng motor jap.. 
Dari satu tempat ke satu tempat kami singgah, pastu terlalu pulak kat sebuah empangan. Dalam waze tu nampak tasik ni sangat besar. So icik abam ajak singgah jap
Rupanye kat empangan tu ramai yang memancing. Nengok orang memancing ape lagi. Icik abam pun gian gakla nak memancingkan.hihihi
Memandangkan alatan memancing tak bawak so untuk lepaskan gian, icik abam pose gini ala-ala tengah memancing..padahal tu kayu pancing brader-brade kat tepi tu.. hahahha
Okee dipendekkan cerita, cerita yang konon-konon icik abam nak bawak aku ke Ulu Yam tu tak kesampaian pun. Sebab ape, kami pun tak tahu, nengok-nengok dah sampai ke selayang aje cik waze tu bawak kami.

So lepas dari tu kami balik rumah aje. Sekian cerita dihujung minggu kami ^^

[Catatan : Seharian tinggal rumah]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Jenjalan Janda Baik

Ini cerita semalam, lepas breakfast tak tahu nak ke mane tetibe aje icik abam bawak ke sini

Kalau korang nak tahu, ni pestaim kami pegi Janda Baik. Memandangkan kami tak pernah pegi sebelum ni so kami minta tolong cik Waze bawak kami ke sana. Rasenye nak sampai sane semalam amek mase 45minit aje dari KL.
Dah kate tak penah pegi, so kami nengok signboard aje. Sebab kami sendiri tak tahu ape yang ade kat Janda Baik ni. Nengok-nengok ade sungai. Ape lagi, bergambar kat sungai aje la kami kan. Cekidaut ^^
 Dah kate tetibe aje icik abam bawak pegi sini, so konpem-konpem tak leh nak mandi sebab tak bawak baju.. Uwaaa.. so rendam-rendam kaki pun jadilaa kan
 Jernih dan sejuk air kat sini. Walaupun kami sampai sane tengah hari, tengah panas terik, tapi bile dapat rendam kaki kat dalam sungai ni menggigil jugakla.. sejukkk ^^
Lepas dari ni icik abam nak bawak aku pegi Ulu Yam pulak. Untuk cerita tu aku cerita next entri okee ^^

[Catatan : bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, January 04, 2014

Dinner di Risya Steak House

RISYA Steak House
Jalan Suarasa, Bandar Tun Hussein Onn, 
Cheras, Selangor.


Dibuka : 11pagi hingga 2 pagi


Kedai ni office-mate icik abam yang suggestkan kat icik abam. Katenye kedai ni baru bukak, western food die best dan murah. Tu yang icik abam bawak aku merasa tu ^^


Risya Steak house ni menyediakan makanan yang berkonsepkan steak, western dan lebih 55 menu termasuk nasi goreng dsb


Keadaan dalam kedai ni samar-samar aje. Sesuai kalau korang nak romantik-romantik dengan orang tersayang. hihihihi


Kami order 3 menu. Konon-konon takut lapar sebab tak makan nasi malam-malam. Icik abam ni mane bole tak pekene nasi malam-malam, nanti perut die meragam lak ^^


Spaghetti Bolognese RM7.90. Siyes sedap bagi aku ^^


Mix Lamb Chop RM14.90


Chicken Cordon Bleu RM11.90


Total order kami termasuk air RM40. So bagi aku ia sangat murahlah kalau nak dibandingkan dengan restoren steak house yang lain kan ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆

Aku bagi 4 bintang untuk restoren ni. Sebab makanan die sedap, menu cepat sampai, tempat bersih dan yang peting harga murah dari yang lain ^^


[Catatan : Sederet Tutti Frutti]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, January 03, 2014

Review Filem Justin Bieber's Believe

Semalam kami dapat 2 tiket wayang untuk Pratonton Filem Justin Bieber's Believe bertempat di TGV One Utama. Memang ramai peminat Justin Bieber malam tadi yang datang untuk pratonton ni. Tapi memandangkan keadaan aku tak bape nak sihat, so malam tadi lepas redeem tiket ni kami terus balik aje. Tak pegi nengok pun filem ni. So tak dapat nak bagi bape bintang untuk filem ni okee ^^
Filem ni berbentuk dokumentari yang membawa peminat kepada penyanyi pop terkenal Justin Bieber dan melihat pembikinan siri jelajah dunia "Believe" yang mendapat sambutan hangat sehingga semua tiket habis dijual. Peminat juga akan berpeluang menyaksikan footage konsert yang menampilkan lagu-lagu hitnya serta kehidupan Bieber ketika tidak membuat persembahan secara eksklusif. Selain mengikuti pengembaraan Bieber daripada seorang penyanyi yang mempunyai impian untuk mengadakan persembahan di Madison Square Garden sehingga menjadi bintang pop terkenal seluruh dunia hari ini

Filem ini sudah mula tayangkan dipawagam mulai semalam iaitu 2 Januari 2014

[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, January 01, 2014

Pengalaman Pertama Naik Beca

Lepas dari jenjalan kat Hard Rock Cafe, aku ajak icik abam naik beca pulak. Aku ni name aje orang Melaka, tapi ni pestaim nak naik beca. Tak ke jakunkan.. hihihi
Memandangkan kami berempat, so kami sewa 2buah beca. Sebuah beca RM25. Dorang bawak jenjalan ke A Farmosa. Sekejap aje perjalanannye, jadilah kan nak merasa.. ;)
Dorang bagi 5minit aje untuk bergambar. Kalau kat A Farmosa ni tadelah aku jakun sangat nak bergambar, sebab dah banyak kali bergambar. Mase kawen pun Outdoor Photoshoot kat sini ^^
Pastu kami bergambar atas beca pulak. Dorang yang rajin tolong amekkan. Tak payah disuruh ^^
Jom nengok video pendek yang sempat aku record mase naik beca aritu 

[Catatan : Total RM50]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...