Saturday, July 07, 2012

Sesi Selection - Mount Kinabalu Expedition 2012

Ini cerita sabtu yang lepas, bukan sabtu hari ni tau. hikhik. tapi sabtu untuk hari ni akan diupdate lain kali ye. ^_^
Lagi beberapa bulan je lagi icik abam nak tawan Gunung Kinabalu. Insya Allah. itu pun selepas die berjaya dalam selection sesion last week. Tahniah abang!
*kene tinggal lagi la jawabnye..huehuehue :p

Sebelum aku cerita lebih panjang, korang cekidaut dulu gambar yang aku amek tempoh hari ye. ^_^
Okeh, ini suasana time kami mula-mula sampai kat tempat yang sepatutnye iaitu kat Bukit Gasing. Sesi selection di buat kat Bukit Gasing, Petaling Jaya. Dalam jadual, dorang diwajibkan berada di sini sebelum pukul 10 pagi.
Disebabkan kami sampai awal, dan masih ramai yang belum datang, icik abam buat stretching dulu.
Selang beberapa minit kemudian, sebelum memulakan selection sesion, dorang diberi briefing tentang laluan yang perlu dilalui, serta peraturan-peraturan ketika pemilihan dibuat.17 peserta lelaki & 14 peserta perempuan yang terawal sampai di check point terakhir akan layak ke Gunung Kinabalu! ^_^

Selepas selesai briefing, semua peserta diminta bersedia.
Sebelum mulekan pendakian, sempat lagi aku amek gambar icik abam. Peace! ^^
 Sebelum beratur untuk mulakan pendakian, haruslah bergambar dulu kan. :p
Sebelum barisan peserta perempuan dilepaskan, peserta lelaki sudah pun memulakan pendakian dorang. kalau tak silap, jaraknye antara 3-5minit camtu la.
Setelah 25minit berlalu, baru nampak batang hidung icik abam. masing-masing memecut untuk sampai ke check point terakhir.
Alhamdulillah, icik abam peserta ke-12 yang sampai ke check point terakhir. Sekaligus, melayakkan die untuk menawan Puncak Gunung Kinabalu nanti

(Sebenarnye, icik abam adalah peserta ke-9 yang sampai dulu, tapi disebabkan icik abam tak kuarkan awal-awal tag/nombor yang perlu diserahkan di check point, tu yang menyebabkan die menjadi orang yang ke-12 sampai)
Okeh, ini adalah schedule training yang perlu icik abam follow sebelum nak tawan puncak Gunung Kinabalu. huehuehue.. 

Jom tonton video icik abam berlari! ^_^

Sekian, terima kasih
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...