Showing posts sorted by relevance for query atikah. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query atikah. Sort by date Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Pratonton Filem Gudang Kubur

Tiket ke Malam Pratonton Filem Gudang Kubur ni aku dapat lebih, so bolehlaa bawak adik adik dan kakak kat opis yang rajin nengok wayang tu. hihihi
Pratonton untuk Filem Gudang Kubur ni berlangsung pada 9haribulan hari tu, patutnye lepas je nengok pratonton filem ni  dah boleh update review untuk filem ni, tapi boleh pulak aku terlupe. Kuang3
Malam pratonton filem Gudang Kubur ni berlangsung di Cathay e@Curve Damansara. So ramai artis yang hadir untuk menjayakan malam pratonton filem ni termasukla pelakon pelakon utama dalam filem ni. Macam biasa, sebelum dapat masuk hall mestilaa berselfie dengan banner filem ni dulu, baru orang tahu kite pergi pratonton malam tu. Hahahaha :p
Filem Gudang Kubur ni adalah filem ketiga terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd yang menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan ramai lagi. Filem ni bergenre seram dan dibawah arahan pengarah "Pengantin Malam" iaitu Eyra Rahman
Filem Gudang Kubur ni dah mula ditayangan di pawagam bermula 12 Februari aritu. Filem ni mengisahkan cerita sepasang suami isteri, Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh "sesuatu" yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumahtangga mereka goyah. Nak tahu kesusahan cerita dalam filem ni, korang kenelah nengok sendiri ^^

Memandangkan filem ni dah mula ditayangkan dipawagam bermula 12 haribulan aritu, so kite layan jelaa dulu sedikit sebanyak gambar sekitar Malam Pratonton Filem Gudang Kubur! ^^
Bersama pelakon utama filem ni, Atikah Suhaime. Dah makin popular dah Atikah Suhaime ni. Mane taknye, lakonannye pun boleh tahan mantap, cantik pulak tu, opkos makin ramai yang suke pelakon dari singapura ni ^^
Dan yang ni pulak opkos hot mama Nora Danish, tak kan tak kenal kan, malam tu agak kecewa gakla tak sempat nak berselfie dengan pelakon utama ni, wartawan lebih cepat tangkap so memang tak dapatlaa nk ajak berselfie, so snap aje gambar pelakon ni mase die kene interview. huhuhu
Dan yang ni pulak pelakon cantik manis, Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok. Serius suke nengok muka adiba ni kalau berlakon, tapi untuk filem ni, Adiba Yunus ni tak berlakon pun, cuma datang beri sokongan kat kawan kawan perjuangan je kot hihihi
Ni pulak Epy Kodiang, dalam filem ni, watak die yang membuatkan kami terhibur ^^
Tu jelaa pelakon yang dapat berselfie bersama sama, pastu kami dah boleh masuk hall
Dalam hall berselfie lagiii ^^
Dah abes wayang nak kuar hall, baru dapat berselfie dengan pelakon otai yang merupakan pelakon utama Filem Gudang Kubur ni, Faizal Hussein, kemain tinggiiii.. hihihi. Tapi serius abang Faizal Hussein ni sporting aje bile diajak berselfie ^^

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang, bagi aku filem ni seram dan kelakar. Kalau bace dari review orang orang yang nengok selepas 12 Februari yang lepas, katenye sambutan amatlaa menggalakkan. So sape sape yang belum menonton Filem Gudang Kubur ni bolehlaa korang nengok di pawagam, minggu ni kan cuti panjang so bolehlaa nengok wayang.. hihihi


Salam Perkenalan,

Tuesday, October 29, 2013

Pratonton Filem Highland Tower

Malam tadi bertempat di Cathay e-Curve berlangsungnya malam Pratonton Filem Highland Tower yang dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Mikail Andre, Shima Anuar, Adiba Yunus, Atikah Suhaimi, Niezam Zaidi dan ramai lagi
Filem Highland Tower ni adalah dibawah arahan Piere Andre. Seperti semua sedia maklum, Highland Tower merupakan salah satu sejarah hitam yang pernah terjadi di Malaysia. Kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 1993 yang membabitkan bangunan kondominium di Ampang yang telah meragut 50 nyawa setelah ianya runtuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh. Sehingga kini, tempat tersebut terbiar tak berpenghuni dan seringkali dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik dan menakutkan. Nak dijadikan cerita, ada satu team budak-budak remaja yang dengan beraninya cuba untuk menyingkap misteri di sebalik Highland Tower ini bersama dengan dana yang diberikan oleh pihak MiG, mereka sekumpulan pun pergi ke Highland Tower. Malang tidak berbau, masa mereke pergi ke sana tidak sesuai makanya terjadi lah peristiwa misteri dan menakutkan yang membuatkan ada di antara mereka yang diterima musibah.

Untuk tahu kisah selanjutnya tontonlah filem ini dipawagam berhampiran anda mulai 31 Oktober 2013 ^^
Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Filem ni serious seram, rasenye tak ade sape yang berani nak pergi Highland Tower. Tapi kalau korang nengok filem ni secara automatiknya korang memang dah berada kat Highland Tower. Hohoho. Warning: Sape yang lemah semangat tidak digalakkan untuk tengok cerita ini ^^
Papepun nak ucap tahniah kepada Mig untuk Filem yang ke 84 ini

Seterusnya korang layan jela gambar kami semalam okee ^^
Bersama Niezam Zaidi
 Bersama Shima Anuar
 Bersama Fadlan Hazim
 Bersama Eddy Rauf
 Bersama Azwan Kombos
 Bersama Nad Zainal
 Bersama Nina Iskandar (Brunei)
 Bersama Atikah Suhaimie 
 Bersama Mikail Andre
 Bersama Shah Iskandar
Bersama Adiba Yunus

Malam tadi ramai artis muda yang datang untuk menyokong filem ini antaranya Erin Malik, Arja Lee, Pablo Amirul, Teh Nadira dan ramai lagi ^^

Klik Untuk Lihat Video Kejadian Sebenar Highland Tower
[Catatan : 6 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, January 15, 2014

Pratonton Filem Mukasurat Cinta

 Isnin aritu kami pegi pratonton filem mukasurat cinta. So entri ni aku buat untuk review filem ni
Filem ini merupakan filem ke-88 keluaran MIG dan merupakan filem romantik ke-4 arahan Pierre Andre yang dibintangi oleh adiknya sendiri Mikail Andre dan digabungkan dengan pelakon-pelakon dari Brunei dan Singapura iaitu Nina Iskandar dan Atikah Suhaimie. Filem ini mengisahkan perkahwinan Putra dan Luna yang sudah menjangkau usia setahun, tetapi hubungan mereka seperti sudah menuju kegagalan. Putra seperti kehilangan dirinya dalam mencari sumber inspirasi untuk menulis novel seterusnya. Namun pada satu hari, Putra tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang gadis dalam sebuah novel yang dipinjamnya sehingga membuat keputusan untuk mencari penulis tersebut.
Rating : ★ ★ ☆ ☆ ☆
Filem ni aku bagi 2 bintang aje. Memandangkan filem ni adalah filem pertama yang aku bagi bintang paling sikit so aku taknak komen banyak-banyak. Seterusnya cekidaut aje gambar kami semasa pratonton tempoh hari ^^
 Nina Iskandar
 Fadlan Hazim dan Azwan Kombos 
Atiqah Suhaimie
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, March 05, 2013

Pratonton Filem Cerita Kita

 Okee, untuk entri kali ni aku nak mulakan dengan 2 rangkap pantun

Ade Motor Ade Kereta
Saksikan Cerita Kita
-Mejar David Teo
Filem romentik ini mengisahkan Kamal yang pernah bekerja sebagai pencuci kereta untuk menyara diri, mengambil keputusan untuk mengubah nasib diri. Dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Ika dan mengikut nasihatnya untuk mengubah nasib diri. Dia mengambil risiko dan membuat pinjaman haram untuk membuka sebuah gerai burger tanpa pengetahuan Ika. 

Rating : ★ ★ ★ ☆ ☆
Untuk Filem ni aku bagi 3 bintang sebab ia ada unsur romantik dan kelakar. Dan ending die ade rase nak menanges dan auto akan menjadi sebak. So kalau korang nak rase semua perasaan tu korang boleh lah nengok filem ni di pawagam berhampiran korang mulai 7 Mac 2013. 

Ni ade beberape gambar yang berjaya aku "tangkap" malam tadi
Bersama Pierre Andre
Bersama Perkin Ibrahim
Bersama Atikah Suhaime 
Bersama Shima Anuar

Okee, disebabkan kami ade 6 tiket wayang free, maknenye 4 tiket lagi terlebey, so icik abam ajak opismate die..

*xsempat nak bergambar dengan Yana Samsudin dan Fedzul Khan kali ni, lagi pulak badan xbape nak sehat.. hukhuk
 [Catatan : 2 lelaki 2 perempuan.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, November 04, 2014

Pratonton Filem Kelibat

 Semalam berlangsungnya malam pratonton Filem Kelibat yang dibintangi oleh Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi, Niezam Zaidi, Ellie Suriaty, Atikah Suhaimie dan Shima Anuar
 Filem ni merupakan filem seram dibawah arahan Hashim Rejab. Filem ni adalah filem ke-97 keluaran Metrowealth
 Memandangkan ade lebih tiket so ajak opismate join sekali
 Ni tengah beratur nak collect tiket  
Sebelum movie start haruslaa bergambar dulukan ^^

Filem Kelibat ni mengisahkan sebuah keluarga yang mendiami sebuah rumah yang mana sering sahaja diganggu oleh kelibat misteri yang menyeramkan, kelibat tersebut bukan sahaja muncul di depan mata mereka malah turut muncul dalam telefon bimbit mereka. Karya terbitan Metrowealth ini dibintangi oleh Fauzi Nawawi dan Ellie Suariati sebagai teraju utama.

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk keseluruhan cerita ni aku bagi 4 bintang. Tarikh tayangan: 6 November 2014


Salam Perkenalan,

Friday, March 18, 2016

Pratonton Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Selase yang lepas, bertempat di Cathay ecurve Damansara telah berlansungnye malam pratonton Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi. Filem terbitan Metrowealth di bawah arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan ramai lagi


Filem komedi ni mengisahkan Sapura seorang peguam yang bercinta dengan seorang pelakon bernama Eddie. Dunia mereka berbeza membuatkan Sapura rasa tergugat apabila Eddie sering digosipkan dengan pelakon wanita bernama Maya.


hubungan cinta Sapura pulak tidak disenangi oleh adik beradiknye yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah. Sementara tu, Hisham yang merupakan sahabat Sapura sejak kecil menyimpan perasaan terhadapnya.


Pada malam hari jadi Sapura, Eddie telah tersasul menyebut name ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dan telah membuat Sapura marah. Dia membawa dirinya ke kampung dan Eddie berusaha untuk memujuk kekasihnye itu tapi adik beradik Sapura ade rancangan lain untuk merosakan hubungan mereka.


Apepun, kalau korang nak nengok filem ni ia telah mula ditayangkan semalam di pawagam pawagam berhampiran.


Sempat lagi berselfie dengan barisan pelakon filem ni. Ni pestaim ni jumpa Tok Daddy Rani Kulup..


Rating : ★ ★ ★ ★ ☆



Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...