Friday, February 27, 2015

Aktiviti Balik Rumah Mak | Sg Sumun Perak

Macam biasa rutin bulanan kami balik kampung. Kalau tak ade ape apehal kami akan balik setiap bulan tapi kalau ade bende yang tak mengizinkan kami ade postpone ke next month. Sape yang dah lame follow blog aku ni mesti dah tahu kampung kami kat mane kan. Kalau adr masih yang tak tahu, ni nak bagitahu. Kampung kami belah mak kat Teluk Intan Perak, so sape kampung kat Menara Condong ni kire kite orang kampung! Peace sikittt ! ✌💋
Kalau balik rumah mak ni tempat nak jenjalan kat pekan Teluk Intan ni laa yang paling dekat. Kalau kat kampung Sg Sumun tu tak banyak pekan yang meriah macam pekan Teluk Intan ni, so ke sini jelaa kami kalau nak merayap tu. Hihihi
Biasa kami akan sampai kat rumah mak jumaat malam tu, tu kalau rajin nak gerak malam malam pas balik keje. Kalau agak agak letih kami gerak pagi sabtu aje. So malam sabtu tu dapatlaa pergi Pasar Malam kat pekan Teluk Intan tu. Hihihi
Kalau balik kampung belah icik abam ni kami akan bahagi dua iaitu balik Sg Sumun dan Tapah. Kalau tak terus tuju ke Sg Sumun kami akan ke Tapah camtulaa sebaliknye. Sebab kat Tapah tu ade Abah lak. So dah alang alang balik Perak opkos kene singgah dua dua destinasi tu. Barulaa adil dan saksame.. hihihi
Biase kalau pergi pasar malam Teluk Intan ni, selain cuci cuci mate kat situ, opkos akan berselfie kat Menara Condong ni. Tak waktu sianv waktu malam. Tapi aku lagi suke amek gambar waktu malam sebab lampu kat Menara Condong ni akan bertukar tukar warne. Memang sesuai untuk aku yang suke nengok lampu ni. Sentiasa batak nengok lampu walaupun dah kerap ke sini. Hahahha
Korang layan jelaa dulu gambar kami sekeluarga bile dah jumpe Menara Condong ni. Hihihi

Kat bawah ni kang aku nak cerita pasal pergi mancing. Masih lagi kat Sg Sumun. Maaflaa lame dah yang bertanye kat mane kami memancing aritu. Sebab aku dah post dulu gambar kami mancing kat IG aku. So kalau korang rajin korang follow laa IG aku, kat situ lagi cepat update kalau nak dibandingkan dengan blog ni. Hehehhe



Nengoklaa tu.. setiap kali lampu kat Menara Condong tu bertukar sekali tu kami berselfie. Hahahha.. Icik abam pun sporting melayan. Tapi kadang kadang tu buat muke gak die kalau aku ajak berselfie.. nengok mood die jugak icik abam tu. Tibe mood nyontot die datang malas jugak die nak layan aku bergambar. Hehehe
Okee inilaa tempat legend mancing kalau balik kat rumah mak ni. Mak mentua aku ni kaki pancing ni. Hari hari memancing, dari busan busan duduk rumah tulaa hobi nye. Hehehhe

Banyak lak tu dapat ikannye. Tapi seriusly aku cakap memang sonok mancing kat Sg Sumun ni, letak je umpan ikan makan, letak je umpan ikan makan. Tapi ikan kecik keciklaa. Al maklumlaa mancingvkat tepi sungai kecik je so ikan kecik keciklaa banyak. Tu yang kadang kadang icik abam tak puas nak mancing tu. Dapat ikan kecik je. Ikan besar tak dapat. Tapi bagi aku kecik kecik pun puas gaklaa makan. Eh chop.. Aku kalau mancing memang aku tak makan ikan yang aku pancing tu. Sebab aku geli. Tapi kalau mancing ikan laut masin umpan dedak ke ape okee lagi kalau nak telan. Kalau selain tu memang pakat mancing je. Dah masak memang tak makan. Suke suke je mancing layan kan hobi icik abam. Tapi bile dah ikut ikut tu aku lak dah tersawan nak memancing hehhe
Mancing ni memang sonok kalau dapat ikan. Yang tak sonok tu kalau tak dapat ikan. Tu jelaa. Tapi kalau korang yang pernah pergi mancing tu bile dapat naikkan ikan tu konpen korang tahu bertape heaven nye mase tu. Hihihi
Inilaa tempat yang sonok nak mancing bagi aku. Sungai yang tak bape kecik dan tak bape nak besar. Yang bestnye siap ade titi so senang nak duduk mancing kat tengah tengah tu.

So inilaa tempat kami memancing haritu. Cantikkan tempat die. Korang yang bukan kaki pancing pun mesti macam sonok je kalau datang tempat camni. Tenang.. cantikkk. Kalau sape sape tahu kat area KL ade tempat heaven nak mancing camni regoer rogerlaa ye. Hihihi




Orang memancing aku sibuk berselfie. Hahahha
Lebih pegang kayu selfie dari pegang kayu mancingggg. hahahha
So inilaa hasil tangkapan kami pada aritu. Kebanyakkannye ikan talapia. So mak mentua aku sonoklaa masak cekor. Sape yang tak tahu cekor tu ape, sila semak kamussss hahahha

Cekor tu kire masak gulaiii ^^ ✌



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...