Wednesday, February 25, 2015

Genting Champions Challenge 2015

Genting Champions Challenge ni berlangsung pada 8haribulan aritu bertempat di Arena of Star Genting Highland. Kami dapat penginapan dan tiket percuma untuk menonton semua permainan sempena Genting Champions Challenge ni. Alhamdulillah tu semua rezeki menang contest. ^^

Bila icik abam dapat tahu je aku menang penginapan 2 hari 1 malam kat First World Hotel Genting Highlands kemain suke tak ingat. Hahahha Yelaa kami berdua tak pernah lagi bermalam kat Genting tu. Datang saje saje pernah laa, dekat je dari rumah katekan. Tu yang boleh sampai tanpa tido kat situ tu.
Sampai je Genting aritu terus kami pergi check in kat First World Hotel dulu. Yelaa dah bawak beg bagai tu tak kan taknak simpan dulu. Takkan nak heret ke hulur ke hilir kannn. Hihihi Dah letak barang semua dalam bilik barulaa kami pergi redeem tiket perlawanan untuk perlawanan tempat ketiga. Mase tu kami sempat nengok perlawanan dah mase kedua. Sebab kami sampai lambat, pagi sabtu tu sebenarnye aku keje. So icik abam amek aku kat opis tu terus naik Gentinggg ^^
Untuk tempat ketiga berlangsung pada hari sabtu. Untuk finalnye pulak berlangsung pada hari berikutnye, hari ahad pada pukul 2 petang camtu. Puchong United BC lawan Cheras BC. Untuk final game tu rasenye Puchong United BC yang menang. Cerita dah lame baru ni nak update, tupasal ingat ingat lupe tu hihihi
Yang game bergu ni game pada hari sabtu. Walaupun nengok dah saat saat akhir perlawanan sempat gaklaa snap dua tiga keping gambar mase tu
Masing masing terer je main aku nengok. Untuk game ni masuk kat astro live tau. Siaran bape aku dah tak ingatt. Hihihi
So alang alang dah nengok game tu, opkoslaa berselfie sebagai bukti nengok kan. Untuk game tempat ketiga ni tak penuh nau pun hall tapi untuk yang final keesokkannye memang tersangatlaa penuh. Game start pukul 2 petang tapi orang ramai dah beratur sejam awal untuk masuk dalam hall
Ni dia tiket tiket yang dah diredeem untuk setiap perlawanan yang ade. Tapi kami sempat nengok dua game je, yang selebihnya kami dok memerap dan merayap kat hotel. Hihihi

Mase kami pergi Genting ni kemainlaa sejuk cuacenye. Padahal mase pergi tu kat KL kemainlaa panas terik, naik je atas sejuk tak ingatttt. Dengan cuace sejuk tak ingat tu sempat gaklaa aku semput sekejap. Seb baik tak tertinggal inhaller, so pam dua tiga kali okee dah ✌ so sambung berjalan lagi. Ngadu sejuk sejuk ajak berjalan jugak aku. Geleng kepala je icik abammm hihihi

Untuk cuace sejuk dan ape aktiviti kami kat sane tu, nanti aku update kat entri lain eh. Harap cuti seminggu ni dapatlaa selesai update cerita cerita yang dah berkurun kat dalam draf ni. Dah rase semak daa nengok tak update update. Hihihi ^^
Setiap tiket tu kite kene fill up details untuk lucky draw. Bab bab lucky draw ni aku memang sentiasa failed tapi papepun try and error laa jugak aritu, mane tahu ade rezeki. Tak rugi mencuba nasib, yang rugi kalau tak mencuba. Bende senang aje. Macam aku menang tiket penginapan dengan tiket perlawanan ni gaklaa. Siyes senang dah simple je care menang die. Kat FB Li-Ning Malaysia dorang suruh komen kalau nak kan tiket tiket ni. So aku komen tu yang dapat tu. Tak ke kemain senang dan simple ajekan contestnye tu Hihihi ✌
Dah selesai isi details semua tu baru kami boleh masuk hall. Yang gambar atas ni aku snap sebelum nak nengok game tempat ketiga dan tempat keempat. Untuk final game tu kami tak sempat nak amek gambar sangat sebab sesak dengan orang time tu. 
Last dah balik rumah baru sempat nak snap goodies yang dapattt. So bag raket dah ade, pasni bolehlaa beli raket untuk beriadah. Lame gak tak main badminton ni. Hihihi


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...