Monday, June 29, 2015

Lepak Minum Sambil Nengok KLCC, KL Tower di Helipad

Pestaim jejak kaki kat Helipad. Tahu tempat ni pun dari blogger blogger yang buat review pasal tempat ni. So tu yang teringin nak pergi tu
Sebelum nak naik nengok pemandangan kene order air dulu. Kalau tak order air ke ape, tak boleh naik. Dah dapat air baru boleh naikkk
Segelas air ni RM25. Kot korang ade nak order air mineral ke ape tade ye. Minimun harge air kat situ nilaa hargenye.. hihi
Pastu tak boleh kongsi kongsi ye. Kalau naik dua orang, so kenelaa order dua air.
Bilaa dah dapat naik opkos berselfie jelaa kan..
Video pun aku ade record
Cerita ni dah lame ye. Bukan di bulan pose. Cume baru arini nak update, so jangan cakap aku tak pose lak ye.. hihi
Tempat ni dah boleh naik dari pukul 6petang. Mase kami nak naik tu tersangatlaa ramai. Yang ramai tu foreigner je.
Eh lupe nak bto.. Helipad ni bukak setiap hari kecuali ahad kalau tak silap. 

Dari atas korang boleh nengok KL. Seriusss cantik bile waktu malam.


Okee mane yang tahu tu, dan teringin nak pegi. Helipad ni terletak di tingkat 34 kat Menara KH ye
Kalau pakai waze tu korang type je Menara KH. Nanti dah sampai korang parking kat bawah bangunan. Tu murah sikit kalau nak dibandingkan parking kat depan pintu masuk Menara KH tu.
Kami pergi malam minggu. So nak balik rumah pastu cam busan, balik dari Helipad kami ke Bangsar lak. Cuci mata kat situ. Sambil sambil cari dessert. Situ kan banyak cafe.. 



Salam Perkenalan,

Sunday, June 28, 2015

Ke Genting Lagi| Menang Contest

Alhamdulillah tahun ni je dah dua kali pergi Genting. Dua dua hasil menang contest. Haritu kami dapat bilik kat First World Hotel wing lame. Tapi kalini dapat bilik baru. Kat new wing First World Hotel.
Macam biasa kami kene check in kat counter 30. Dah dapat kunci, kami naik ke bilik. Nak nengok camnelaa keadaan dalam bilik baru ni kan.. hihi
Dalam lif pun sempat berselfie. Maklumlaa tinggi pulak tingkatnye. So sempatlaa nak berselfie
Dah sampai dah bilik kami. So inilaa nombor bilik yang kami stay haritu.
Kalini kami menang penginapan 2D1N dan empat tiket VIP untuk nengok show Iluminate kat Genting International Showroom.
Macam biasa kalau masuk bilik lepas check in opkos ade dua tiga gambar untuk buat review keadaan bilik. 
So nilaa keadaan bilik baru ni new wing ni. Nampak macam besar sikit bilik ni.
Macam biasa memang ade dua katil. Menang sesuai untuk tidur empat orang dalam satu bilik ni
Yang best bilik baru ni kite boleh nampak pemandangan luar bilik. Boleh nampak kabus kabus sejuk kat Genting
Cume yang tak bestnye kalau duduk dalam bilik ni macam tak bape nak ade line telefon kat henpon. Line tenet lagilaaa. Memang takpat nak ngadap fesbuk ke ape..huhuhu..
Ni video yang aku record 

Macam biasa, pergi Genting mesti bawak bekalan. Senang kot lapar malam malam kan. Maklumlaa tempat sejuk kan. Mudahlaa laparnye.. hehehe
Walaupun ade bekal tapi tetap nak cari nasi. So kami makan kat Marrybrown aje. Nak ke kepci malas pulak nak berjalan.
So ni antara makanan yang kami order
Bawah ni pulak keadaan lobi hotel kat new wing ni
Malam pulak baru kami ke Genting International Showroom untuk nengok show Iluminate.
Memandangkan cerita ni bulan April haritu, so ni dah bulan Jun, nak cerita banyak pun dah takde idea nau. So korang cekidaut ajelaa gambar kami kat sane ye

Dapat seat depan depan, memang pus ati nengok show! 

Dah abes show jalab kat luar bangunan amek angin malam macam biasa. Sejukkk..
Tak larat nak berembun malam malam tu. Dengan sejuknye lagi so kami terus balik bilik je. Tak jenjalan pun, sebab sebelum ni kan dah sampai, so dah pegi indoor sume. 
Keesokkan harinye selepas check in berselfie lagi tempat malam tadi. Kalini tadelaa sejuk sangat kan..
So yang belakang warna warni tulaa First World Hotel. Tempat kami stay untuk dua haritu.


Salam Perkenalan,

Thursday, June 25, 2015

Rezeki ke Macau Pulak!!!

Alhamdulillah.. rezeki melancong dibulan puasa lagi. Tahun lepas bulan puasa gak dapat tahu menang hadiah pelancongan. Alhamdulillah, berkat bulan ramadhan, bulan yang mulia..
Baru dapat tahu harini yang menang dah boleh ke Macau ahad ni. Adoii, terkejut sungguh.. tapi hati ni macam berbelah bahagi nak pergi ke tak ni. Kot korang berminat bolelaa aku transfer hadiah ke Macau ni kat sape yang nak.. huhuhu

Memandangkan sekali dah update pasal menang contest ni, aku selit gaklaa hadiah hadiah yang aku menang contest dalam bulan ni. Alhamdulillah dapat 3 contest menang.
Hadiah Shampoo Clear dari Bella Ntv7
Dapat voucher RM50 untuk karaoke. Ni hadiah penyertaan je. Result sebenar belum keluar lagi.. Harap dapatlaa hadiah utama. Aminnnn
Dan yang ni, fridge magnet dari tupperware. Pestaim ade frigde magnet gambar sendiri camni. Besar lak tu.. hihi

Alhamdulillah.. masih ade rezeki kami. Doakan aku murah rezeki lagiiii ✌


Salam Perkenalan,

Tuesday, June 23, 2015

Lepak Tasik Titiwangsa Sambil Main Belon

Ni sambungan dari cerita lepas makan eskrem kat Magnum Cafe. Memandangkan budak debot sorang tu dah tak boleh duduk diam kat shopping mall, so masing masing ajak keluar dari shopping mall tu.
Tak boleh duduk diam. Dibantai berlari je dalam Midvalley tu. Tak terkawal langsung perangai debot ni. So nak berlari sangat kan.. tu yang bawak ke Tasik Titiwangsa lepastu.
Nidiaaa budak debot yang tak reti dok diam tu. Bilaa dapat dapat pijak pasir, tempat luas tade lak nak berlari sane sini.. hehehe
Ajak nengok tasik kene pijak rumput sikit pun takmauu.. apelaa.. 
Nengoklaa tu nak berdukong je. Tak mau pijak rumput langsunggg. Geli gamaknye.. huhu sabar jelaaa.. 
Atas jalan yang bersimen bagai okee, baru takmau kene dukong, siap nak berjalan sendiri. Suh lepas tangan bagai.. haishh macam macam peel debot ni..
Sambil lepak sambil meragakan baju konvo adik aku. Sebab keesokkan harinye dia nak konvo. So saje saje jelaa bergambar dengan baju konvo die tu dulu.
Yang over melaram baju konvo tu konpemlaa aku kan.. hahaha..
Alaa ape salahnyekannn.. sekali sekale je. Maklumlaa dah lame tak pakai jubah konvo. Hihi
Nilaaa adik aku yang nak konvo tu. Tahniah dik.. sori tak pat nak join time konvo ritu. Tengah nak jimat cuti katekann.. hihi
Pokcu dah lagi tinggi dari makcik.. 
Konon konon dok main baling baling topi tu hahaha
Pokcu pun same nak melarammm.. Insya Allah nanti Pokcu pun pasti merasa pakai jubah konvo.. ✌
Dah berkumpul ramai ramai opkoslaa bergambar bersama kan. Time ni kami berkumpul dengan adik beradik tiri kami. Santai petang bersama, pastu dorang ikut balik rumah aku. Chef nak masak siakap 3 rasa untuk dinner malam tu.. 
Gopro tadi kan dah abes bateri, so pakai ajelaa kamera icik abam dengan lens yang terlalu dekat ni. Ade yang masuk ade yang tak masuk gambarnye.. hihi
Seterusnyaa korang cekidaut jelaa gambar gambar kami kat sane ye. Dah puas makan nasi goreng dengan mee goreng bagai tu, dok main belon lakkk..
Nampak cam rileks je main belon ni kann.. padahal letih dan berpeluh jugaklaa nak menghabiskan air sabun tu..
Bukan budak aje yang main.. makcik budak pun suke main belon.. 





Icik abam mula mulaa tu dok ngambek gambar je. Lame lame nengok kami main, die pun same nak join..
Kami tak cukup korum time ni. Kak long ngan family tak join, maklumlaa dalam pantang lagiii.. hihi


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...