Sebelum ni dah update pasal cerita hari pertama dan hari kedua di Bali, so harini sambung lagi cerita.. masih hari keduaa. Kami nengok Barong Dance di Sahadewa Bali.
Barong Dance ni ade ceritanye. so nak nengok Barong Dance ni ade waktu waktu tertentu. Memandangkan sebelum ni tadi banyak abeskan mase kat Bidadari Batik dok buat t-shirt anniversary tu, tu yang terlambat sikit sampai ke Sahadewa ni. Tapi nasib baiklaa masih awal persembahan. So bolelaa masuk lagi.. hehhehe
Sebelum sampai ke Sahadewa ni Pak Ketut dah ceritakan sedikit pasal kisah tarian barong dan keris ni. Mane yang tak larat nak bace sinopsis, meh nengok je video kat bawah ni. Antara yang sempat aku record mase dalam perjalanan nak ke Sahadewa.
Tarian barong ni mengisahkan pertarungan antara "Kebajikan" melawan "Kebatilan". Barong adalah makhluk mithologi yang menggambarkan "Kebajikan" dan Rangda adalah yang maha dasyat menggambarkan "Kebatilan"
Kisah tarian ni bermula dengan Barong dan Kera yang sedang berada di dalam hutan yang tebal, kemudian datang tiga orang bertopeng yang menggambarkan sedang membuat keributan dan merosak ketenangan hutan. Mereka bertemu dengan kera dan akhirnya berkelahi dimana kera dapat memotong hidung salah seorang dari mereka.
Bawah ni video babak babak dalam tarian barong ni..
Dua orang penari muncul dan mereka adalah pengikut pengikut dari Rangda sedang mencari pengikut pengikut Dewi Kunti yang sedang dalam perjalanan untuk menemui patihnya.
Babak Kedua....
Pengikut pengikut Dewi Kunti tiba. Salah seorang pengikut Rangda berubah menjadi setan. (Semacam Rangda) dan memasukkan roh jahat kepada pengikut Dewi Kunti yang menyebabkan mereka menjadi marah. Keduanya menemui Patih dan bersama sama menghadap Dewi Kunti.
Babak Ketiga...
Muncullah Dewi Kunti dan anaknya Sahadewa dan Dewi Kunti telah berjanji kepada Rangda untuk menyerahkan Sahadewa sebagai korban. Sebenarnya Dewi Kunti tidak sampai hati mengorbankan anaknya Sahadewa kepada Rangda. Tetapi setan (semacam Rangda) memasukkan roh jahat kepadanya yang menyebabkan Dewi Kunti menjadi marah dan berniat mengorbankan anaknya serta memerintahkan kepada Patihnya untuk membuang Sahadewa ke dalam hutan. Dan Patih itupun tak luput dari kemasukkan roh jahat oleh setan ke dalam hutan dan mengikatnya di muka Istana Sang Rangda.
Babak keempat...
Turunlah Dewa Siwa dan memberikan keabadian kepada Sahadewa dan keabadian ini tidak diketahui oleh Rangda. Kemudian datanglaa Rangda untuk mengoyak ngoyaaak dan membunuh Sahadewa tetapi tidak dapat dibunuhnya kerana kekebalan yang dianugerahkan oleh Dewa Siwa.
Rangda menyerah kepada Sahadewa dan memohon untuk diselamatkan agar dengan demikian dia boleh masuk Sorga, permintaan ini dipenuhi oleh Sahadewa dan Sang Rangda mendapat sorga.
Babak Kelima...
Kalika adalah seorang pengikut Rangda menghadap Sahadewa. Penolakan ini menimbulkan perkelahian dan Kalika merubah rupa menjadi "Babi Hutan" dan didalam pertarungan antara Sahadewa melawan "Babi Hutan" Sahadewa mendapat kemenangan kemudian Kalika (Babi Hutan) ini berubah menjadi "Burung" tetapi tetap dikalahkan.
Dan akhirnya kerana saktinya Rangda ini maka Sahadewa tidak dapat membunuhnya dan Sahadewa berubah rupa menjadi Barong.
Kalika adalah seorang pengikut Rangda menghadap Sahadewa. Penolakan ini menimbulkan perkelahian dan Kalika merubah rupa menjadi "Babi Hutan" dan didalam pertarungan antara Sahadewa melawan "Babi Hutan" Sahadewa mendapat kemenangan kemudian Kalika (Babi Hutan) ini berubah menjadi "Burung" tetapi tetap dikalahkan.
Dan akhirnya kerana saktinya Rangda ini maka Sahadewa tidak dapat membunuhnya dan Sahadewa berubah rupa menjadi Barong.
Sempat gak berwefie bersama pelakon pelakon Barong Dance.
*babak babak ni aku copy paste dari pamplet yang dapat mase nengok barong dance ni, tu yang bahase ala ala orang Bali tu 😂😂😂
Salam Perkenalan,
No comments:
Post a Comment