Thursday, September 03, 2015

Naik Glass Bottom Boat ke Turtle Island, Bali

Memandangkan sekarang kat Bali dan cerita trip ke Bali 8bulan yang lepas masih tak khatammmn. So continuelaa update mane mane aktiviti yang tertunggak ni. Aku pick random jelaa, cerita dah tak tersusun dah.. Maklumlaa dah lame.. So mane rase nak update dulu baru aku update ye.. Hikhik ✌
Kalau nengok balik tentatif aktiviti kami di Bali, hari ketiga aktiviti kami full dengan water sport untuk satu hari tu.
Termasuklaa dengan menaiki glass boat ni. 
Kami dari Pantai Jimbaran nak ke Turtle Island. Lebih 30minit perjalanan rasenye.
Sepanjang nak sampai ke Turtle Island tu kami boleh nengok dalam dasar laut ape yang ade melalui glass yang tersedia atas boat tu
Hari yang kami pergi tu, hujan sekejap. So tu yang tak bape nak nampak dasar laut tu. Nampak berkeroh je.. Hukhuk
Sambil nengok dalam dasar laut sambil bagi ikan makan. Time ni roti kat tangan dah abes. So nengok je ape yang nampak kat bawah tu
Nak tahu ape yang nampak, korang boleh nengok video yang kami record ni
Ni je mampu dirakam. Nampaklaa sikit sikit ikan kat dasar laut tu
Seterusnya korang cekidaut jelaa gambar gambar kami mase naik Glass Bottom Boat ni
Gambar gambar yang dah start aku pegang gopro ni maknenye kami dah otw balik dari Turtle Island. Story pasal kat Turtle Island akan di update di entri lain. Kalau nak combine combine cerita cam tak bape best. Nanti banyak nau gambar lakkk.. 


Ni ole ole yang dibeli icik abam mase kat Turtle Island. Layang layang bentuk kapal layar. Warne hitam merahhh.. Konon nak main kat tepi pantai bile balik balik kampung. Semangat benaulaa nak mainnye pun... Tapi sampai skang benda tu tak dimain jadi perhiasan je. Hihihi
Aktiviti naik Glass Bottom Boat ni adalah penutup aktiviti water sport kami. Dah puas main air, perut dahhh lapar. Sebab tak lunch, konon tak mau makan dulu takut kang termuntah dalam air. Yelaa nak snorkling bagailaaa..
Tapi sebelum tu dah makan roti buat alas peruttt. Tu leh bertahan sikit perut tu dari pagi sampai ke petang tak dapat nasi. Dalam pukul 4 petang lebih camtu baru dapat jumpa nasi. Alhamdulillah kekenyangan pulak lepas tu, nengoklaa punye banyak lauk sampai penuh meja.



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...