Tuesday, September 15, 2015

Melawat Istana Ubud (Puri Saren) Bali

Masih nak cerita kisah kami di Bali, kalini cerita pergi ke Istana Ubud.
Istana Ubud atau lebih dikenali sebagai Puri Saren. So inilaa kawasan sekitar istana tu.
Istana ini merupakan istana diraja dimana didiami oleh raja raja yang memerintah.
Sesape yang datang istana ni boleh bergambar diluar istana. Seberang jalan pulak terdapat Pasar Seni Ubud di mana boleh membeli barangan kraftangan. Tapi, time kami pergi tu kann raye galungan & kuningan, so pasar seni tu tutup. Nasib baiklaa yang pergi terbaru aritu dapat gak pergi pasar tu. Hihihi 
Ni berwefie depan pintu masuk ✌
Ni pulak kawasan sekitar istana ni, time ni duduk tepi jalan tunggu driver datang amek.
Haa gambar ni baru nampak Pak Ketut. Pak Ketut memang sentiasa bersama kami. Kejenye escort kami je untuk empat hari ade kat Bali.
Okee, sambung balik pasal Istana Ubud ni. Istana Raja Puri Saren ni terletak ditengah tengah pekan Ubud. Puri Saren Ubud ni masih dipertahankan kerana ia merupakan peninggalan budaya di Bali. 
Puri ni dibangunkan oleh Ida Tjokorda Putu Kandel yang memerintah sekitar tahun 1800-1823M. Puri Saren berfungsi sebagai pelindung utama kesenian, tarian dan sastera Bali. Puri ni sangat unik kerana memiliki benda benda yang sarat dengan estetika yang tinggi. Bangunan tradisionalnye yang cantik dan artistik. Puri ni juga dilengkapi dengan auditorium/wantilan sebagai tempat berkumpul dan perjumpaan.
Dan ni video yang sempat direcord mase kat Istana Ubud ni.



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...