Musim cuti panjang sempena Merdeka dan Hari Raya Haji yang bakal menjelma lagi beberapa hari ni, pasti ramai yang plan untuk bercuti dan balik kampung ye takk, so mane yang naik kenderaan sendiri tu dah servis ke belum kereta kereta tu??.. Maklumlaa ade yang nak berjalan jauh, so kenalahh pastikan semuanya dalam keadaan baik supaya perjalanan masing masing lancar..
Macam kami pun same, walaupun perjalanan balik kampung tak jauh mana, tapi bila dah tiba masa untuk servis kenala servis jugakk..
Biasanya kalau time servis kereta, dorang memang akan angkat kereta ni ke atas nak nengok keadaan bawah kereta ni..
So bila dah angkat kereta ni, kite pun baru laa dapat nengok keadaan bawah tu.. hihihi
Sambil sambil tu dok beritahu gaklaa ape masalah atau keadaan tak selesa bila dengar bunyi ketika drive, so dari situ baru dapat detect yang bearing nak kena tukar dan sebagainya..
Dah selesai bab kereta, kite pikir pasal motor pulak, maklumla moto ni lagi banyak penggunaannye, hari hari dok melenjan motor ni ke hulur ke hilir, dialaa yang banyak berjasa bawak kami ke merata nak mencari rezeki.. hihi
Memandangkan lepasni perjalanan pergi dan balik keje kami akan menjadi lebih jauh jaraknya, so kami memerlukan box untuk simpan barang. Bila ade box banyak sikit barang yang boleh di simpan, contohnya baju hujan..
Ni keadaan sebelum pasang box.. kalau dulu memang payah pujuk icik abam nak pasang box ni, tapi disebabkan kena berulang alik jauh, dan box memang amat diperlukan letak barang, so nak tak nak icik abam kena rela jugak bawak moto yang ade box camni hihihi..
Bila dah pasang box ni, teringat ler pulak kat first love kite si ego merah, motor yang paling banyak berjasa dari zaman bujang sampai ke dah kawen..
Salam Perkenalan,