Wednesday, July 18, 2012

Jom Jumpa Wawa & Lipice pada 10th Aug 2012

Jom join contest untuk menangi 2 tiket berbuka puasa bersama Wawa Zainal dan LIPICE. Untuk keterangan lanjut korang boleh klik pada gambar di atas ye! ^^
okeh, disebabkan lip ice aku pun dah nak abes, terus je aku pegi beli yang baru untuk join contest ni
yang ini pulak bukti pembayaran. ^^

So ape lagi, jom join sebelum terlambat! ^^

[Catatan : Harap-harap antara 100 org yang bertuah]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, July 12, 2012

Legend's Briyani House

 Okeh, ini tempat yang aku suggest kat icik abam untuk makan briyani. dekat Brickfields! kat sini memang banyak kedai makanan India. Mungkin disebabkan dah bergaul dengan dorang ni tiap-tiap hari, selera makan pun dah terikut-ikut. APTB!. huehuehue ^^
 Icik abam tilik menu ape yang nak di order
Dah pilih menu, pilih drink pulak! ^^
 Aku dah siap order dah! tunggu icik abam je. Peace! ^^
  Tadaaa order sampai sudah! Ini breakfast kami! ^^
 Ini yang icik abam ngapp. Nasi briyani. Heavy breakfast sungguh! ^^
 Ini pulak yang sudah masuk dalam perut aku! Aku order nasi lemak & telor goyang aje. ^^

[Catatan : Terliur tak.. ngeh3]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, July 11, 2012

Happy E-Day EimAjie

Selamat bertunang buat kalian berdua! Eima & Ajie. Nampaknye pani kite punye wedding anniversary same lah kan. Insya Allah. Tapi nak cakap awal-awal, kemungkinan besar, time korang nikah tu, aku tak dapat datang dengan icik abam. So nampak gayenye terpakse lah menumpang sape-sape yang sudi nanti kan. Hehehe

Doa aku, semoga kalian dipermudahkan segala urusan. Banyak-banyak bersabar time bertunang ni ye. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar selepas ini. Cehceh, nasihat orang macam die dulu time tunang tak wat hal ler pulak kan. hahahaha. Past is past! By the way, Ko sangat cantik mama! Tahniah lagi sekali.


Jom cekidaut gambar! ^^
Mini pelamin pun cantek sngat! ^^

Maaf! sebab datang lewat. dan maaf jugak sebab hanya gambar-gambar ini sahaje yang mampu diupload. Kamera tak canggih, seni pun tade. kalau nak lebih nengok Disini

Nengok orang tunang teringat kisah bertunang dulu, hehehe, boleh imbas kenangan Disini, Disini, Disini & Disini

[Catatan : Kualiti gambar tak cantek! :{]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Tuesday, July 10, 2012

Menang Contest ‘We Grill Champions’ Minggu Ketiga

Alhamdulillah, pagi-pagi bukak blog dapat berita gembira. Yeahh! tahniah buat diri sendiri. Dan terima kasih buat penganjur. Korang nak tahu ape yang aku menang korang boleh klik banner kat atas ye! Yeahhh Yeahhh Alhamdulillah ^^

Berita gembira ni telah diumumkan Disini. Kalau korang teringin dan teruja nak menang jugak, korang belum terlambat, korang boleh join contest Disini
Oyeh Oyehh tak sabar nak ngappp! hikhik

[Catatan : Jom cepat-cepat join!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Majlis Pra-tonton Filem 8 Jam

Ini adalah tiket yang aku menang hasil dari Peraduan Tonton 8JAM bersama Yana Samsudin dan YanaSuperFriends ! ^^
Disebabkan sampai lewat, tak sempat nak bergambar sakan. hukhuk. so korang boleh nengok Disini
Tak dapat jugak nak beramah mesra ngn YSF! huehuehue..

So, kepada sesiapa yang belum nengok Filem 8 Jam lagi tu, jom pegi tengok!! ^^
Korang boleh review Filem 8 jam Disini dan Disini

[Catatan : Lewat = Jammed + Ujan]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Saturday, July 07, 2012

Sesi Selection - Mount Kinabalu Expedition 2012

Ini cerita sabtu yang lepas, bukan sabtu hari ni tau. hikhik. tapi sabtu untuk hari ni akan diupdate lain kali ye. ^_^
Lagi beberapa bulan je lagi icik abam nak tawan Gunung Kinabalu. Insya Allah. itu pun selepas die berjaya dalam selection sesion last week. Tahniah abang!
*kene tinggal lagi la jawabnye..huehuehue :p

Sebelum aku cerita lebih panjang, korang cekidaut dulu gambar yang aku amek tempoh hari ye. ^_^
Okeh, ini suasana time kami mula-mula sampai kat tempat yang sepatutnye iaitu kat Bukit Gasing. Sesi selection di buat kat Bukit Gasing, Petaling Jaya. Dalam jadual, dorang diwajibkan berada di sini sebelum pukul 10 pagi.
Disebabkan kami sampai awal, dan masih ramai yang belum datang, icik abam buat stretching dulu.
Selang beberapa minit kemudian, sebelum memulakan selection sesion, dorang diberi briefing tentang laluan yang perlu dilalui, serta peraturan-peraturan ketika pemilihan dibuat.17 peserta lelaki & 14 peserta perempuan yang terawal sampai di check point terakhir akan layak ke Gunung Kinabalu! ^_^

Selepas selesai briefing, semua peserta diminta bersedia.
Sebelum mulekan pendakian, sempat lagi aku amek gambar icik abam. Peace! ^^
 Sebelum beratur untuk mulakan pendakian, haruslah bergambar dulu kan. :p
Sebelum barisan peserta perempuan dilepaskan, peserta lelaki sudah pun memulakan pendakian dorang. kalau tak silap, jaraknye antara 3-5minit camtu la.
Setelah 25minit berlalu, baru nampak batang hidung icik abam. masing-masing memecut untuk sampai ke check point terakhir.
Alhamdulillah, icik abam peserta ke-12 yang sampai ke check point terakhir. Sekaligus, melayakkan die untuk menawan Puncak Gunung Kinabalu nanti

(Sebenarnye, icik abam adalah peserta ke-9 yang sampai dulu, tapi disebabkan icik abam tak kuarkan awal-awal tag/nombor yang perlu diserahkan di check point, tu yang menyebabkan die menjadi orang yang ke-12 sampai)
Okeh, ini adalah schedule training yang perlu icik abam follow sebelum nak tawan puncak Gunung Kinabalu. huehuehue.. 

Jom tonton video icik abam berlari! ^_^

Sekian, terima kasih
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, July 04, 2012

Burger Celop Greenwood

Kami sudah, anda bila lagi???? Yummy3x

Burger Celop! Lain dari yang lain.
Untuk tahu kelainan nye, korang boleh baca Disini
terliur tak?? hehehe.. so ape lagi. cubelah rase utk tahu kenikmatannye! Harga burger dan map untuk ke Burger Celop, boleh lihat Disini dan Disini

Jom cekidaut gambar penggemar tegar bersama Burger Celop! ^_^
Terbaikkkk!

[Catatan : Jom serbu beramai-ramai!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Monday, July 02, 2012

Gare-gare Air Tade

Ini kali kedua aku nak cerita pasal ketiadaan air kat rumah kami. Jenuh! Jenuh! Kalau dulu, rasenye bolehlah sabar lagi nak ngangkut air. tapi sekarang aku dah tak larat da. Ceh ceh! macam aku lak yang ngangkut air selame ni kan. hahahaha. korang boleh bace cerita yang same Disini

Kes kedua tade air ni pun kes yang same, tekejut-tekejut je tade air. Nasib baik aritu ari ahad, da nak petang camtu air mule kecik patu terus tak keluar! Pihak pengurusan beritahu, air akan ada tengah malam, so kteorang cume tumpang mandi petang tu kat rumah abang icik abam kejap then balik rumah balik.
Keesokkan arinye nak pegi keje, air masih tade! alahai, bikin panas betol leee! Disebabkan pagi tu masing-masing nak cepat nak pegi keje, air pulak tade, kami buat keputusan Check In hotel je! hahahaha. 

Jenuh pusing cari hotel, ade yang full lah, ade yang kena check in tengah hari lah, yang paling best tu, ade hotel yang tak bukak lagi! aduyaii, pagi la katekan.. huhuhu. Jenuh gak la mencari time tu. Da buat sesi cari-mencari tu, konpem-kompem lah kami berdua masuk opis lambat kan. Sume gare-gare air tade nak mandi! :(

Tapi akhirnye, dapat gaklah hotel, tak terlalu murah tak terlalu mahal! dah tade pilihan amek jela kan. huhuhu. ok. sebelum aku siap-siap nak pergi keje, sempat lagi aku amek gambar. Yelah kan, sebelum icik abam latam kat atas katil tu, baik aku amek gambar dulu. Cekidaut! ^_^
Dari bilik kami, boleh nampak dugong! so tadelah risau sangat nak tinggalkan dugong kat bawah kan. ^_^

Bilik kami di tingkat 2. Aku suke dengan hotel ni, sebab kawasan dalam nye sangat cantik! Penuh dengan wall paper yang sangat menarik. Jom cekidaut!
okeh, ini kami dah nak check out da! ^_^

[Catatan : Sila jangan politikkan isu air!]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Pertandingan Akhir Pencarian Model Pewarna Rambut Shurah

Okeh, ini cerita akhir bulan lepas iaitu pada 24 Jun 2012. Dapat je Invitation Card dari pihak Jetaine terus call icik abam beritahu perkara ni. Time tu icik abam outstation seminggu ke Kuantan. tupasal call die utk beritahu yg 24haribulan tu dah ade program untuk pergi ke Karangkraf.  ^_^

Macam mane aku dapat Invitation ni, korang boleh baca Disini
sampai je kat Karangkraf tu, aku terus register diri.
Selesai je register, kami dikehendaki duduk di table No. 7! ^_^
time kami sampai tu, para peserta tak tukar baju lagi, dorang tengah sibuk rehearsal sebelum pertandingan bermula
Selang beberapa minit kemudian, pertandingan pun bermula. Korang boleh nengok video di atas 14 Finalis Pencarian Model Pewarna Rambut Shurah. 

Sebelum pertandingan bermula, acara pada hari tu dimulakan dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa terus bermulanya pertandingan.
Majlis pade hari tu dimeriahkan lagi dengan persembahan Awi Rafael dan Asmidar. Selepas persembahan dari mereka berdua, para tetamu dijemput menjamu selera. Makanan yang disediakan Ala Bufet. Disebabkan ramai yang beratur, tak sempat nak amek gambar makanan. terus makan je ^_^

Eh chop, lupe nak beritahu, emcee pade aritu adalah Haiza, penyanyi Dag Dig Dug tu. ^_^

Okeh, aku sambung cerita dengan penyampaian hadiah bagi 10 pemenang Peraduan Undi & Menang. Cekidaut!
Eh eh.. Aku lah tu.. hehehe.. aku antara 10 pemenang dan dapat Hamper barangan Shurah bernilai RM100! Alhamdulillah! thanks shurah!
selesai amek hadiah, masing-masing kene cabut satu envelop yang dipegang kakak baju hijau tu.. jeng3x
Video acara membuka envelop bole lihat dibawah ye! ^_^
Selesai je penyampaian hamper utk kesepuluh pemenang, masing-masing diminta membuka envelop yang dicabut tadi! Alhamdulillah! aku dapat wang tunai bernilai RM100. Dah sudah sesi bergambar bersama pemenang Undi & Menang, dorang umumkan pulak pemenang bagi Pertandingan Akhir Pencarian Model Pewarna Rambut Shurah. Jom cekidaut!

Meh nengok video di atas.
Juara!
Inilah pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga! tahniah!

Selesai sudah majlis pencarian model pewarna Shurah!. Jom cekidaut gambar dan hadiah-hadiah yang dibawak pulang oleh tuan blog! ^_^

 Masa utk tebus duit! jom cekidaut!
 akhir entry, terima kasih lagi sekali buat Shurah! ^_^

[Catatan : Maaf, kualiti gambar kurang menarik!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...