WARNING!!! Stalkers Not Allowed.
LizNir

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Tentang Suka Duka & Kenangan Milik Sendiri

Followers SinarCintaKu

Thursday, May 24, 2012

Gangguan Bekalan Air Di Taman Mega

Ni adalah notis dari pihak pengurusan kat rumah kami. Aduyai, abes je bace notis ni aku ngn Icik Abam terus mengeluh. Mane taknye, air takungan kat rumah tu hanya cukup kami mandi untuk malam tu je kot. so kalau ketiadaan air ni berterusan jawabnye  tak mandi la kami nanti kan. hukhuk.


Eh chop chop! jangan cepat membuat andaian ape-ape. Kami mandi tau walaupun air tak ada. Sebab????






Haa, sebab ni lah, lori tangki air datang tiap-tiap malam bagi air kat kami-kami  yang terlibat dengan ketiadaan air. Yeah, Alhamdulillah, boleh la simpan air banyak-banyak. Risau jugak kalau gangguan air ni berpanjangan kan.So kene lah keluarkan segala bagai tong yang boleh diisi air. ^_^



Jenuh Icik Abam mengangkat air dari bawah sampai ke atas. Aku nak tolong angkat die cakap tak payah pulak, duduk dalam rumah, jage rumah je. huhuhuhu


Ok. tu cerita hari isnin. so bile balik kerje hari selase tu, kami ingatkan air dah ade lah kan, sebab mengikut notis yang ditampal tu kemungkinan gangguan air berlaku dari hari isnin sehingga selasa je. Tapi hari selase tu, still tak ada air jugak.


Alahai, terpaksa lah Icik Abam mengangkat/memikul air lagi malam tu.


Tapi selepas je jenuh pikul air, tetibe air ade pulak. Alhamdulillah, so kami biarkan jela air yang dah angkat tu, kami mandi gune air paip macam biasa. Bile je mangun pagi hari rabu tu pulak, nengok-nengok gangguan air berlaku lagi! haishh, nasib baik lah air yang dipikul malam tadi ade lagi. Selesai mandi, kami pergi kerja macam biasa. huhuhu



Tapi bile balik dari opis petang tu, nengok ade lak tambahan notis kat bawah. Gamaknye tak ade air lagi la kan. Alahai, mengeluh Icik Abam, mane taknye, jenuh jugak kot nak kene pikul air tiap-tiap hari. huhuhuhu.


Disebabkan jenuh dah nak memikul air, Icik Abam try pulak nak mengheret! Camne? camni Icik Abam buat



Icik Abam ikat tali untuk mudah tarik tong yang berisi air nanti



Risau air terpercik keluar bila di tarik nanti, Icik Abam bawak sekali penutup tong ke bawah. Mudah-mudahan masalah gangguan air ni cepatlah selesai, tak tahu ape masalah sebenar sehingga 4 hari tak ada air.. Call Puspel asek busy memanjang! Haish, geram! :(


Malam ni kalau balik rumah tak ada air lagi, Icik Abam cakap dah tak nak dah pikul air, dah letih. Nak tumpang je mane-mane rumah yang ade air. hehehe Sekian! ^_^

[Catatan : Penat Icik Abam!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Comments
2 Comments

2 comments :

Mariyam Nabella Ishak said...

apesal xg umah mahkota je ..kn lagi senang..xde penat2 angkut air..hurmm

Norliza Nordin said...

tam ckp jauh nau mahkota cheras tu, kalau tak dah pegi dah. dengan jem lagi kang. same penat je dgn nk mgangkut brg. tp xtahu la mlm ni cmne. hehehehe