Tuesday, July 18, 2017

SBK Underground Stations Hopping Tour

Adehhh tak sempat gak rupenye nak update entri ni sebelum MRT Sungai Buloh-Kajang Line Launch semalam..


Tarikh semalam cantik 17.07.2017 tu yang dorang pilih date tu kot.. hihihi


Pasni Insya Allah, line 2 pulak maybe akan open for public pada 2022.. Tapi time tu tak tahulaa masih ade peluang join launching macam semalam ke tak kann hihihi


Line 2 pulak adalah Jajaran Sungai Buloh - Kajang - Putrajaya. So pasni senang pulak laa nak ke Putrajaya naik mrt je.. :)


Tujuh bulan lepas iaitu pada 16 Disember 2016, fasa pertama MRT laluan Sungai buloh ke Kajang dah pun dilancarkan. Semalam pulak merupakan pelancaran penuh MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km termasuk underground dan elevated secara keseluruhannya.


Semalam bermula dari TRX Station, PM ke Stadium Kajang selepas merasmikan pembukaan kesemua 31 stesen bagi sistem rel yang paling moden dan terbaru ni. Lepas ni, seluruh rakyat pasti rase senang dan mudah untuk ke KL terutamanye pengguna pengangkutan awam dari Kajang yang dulunye agak susah nak dapatka public transport ke situuu..


Bagi pengguna yang tak tahu lagi, semalam kalau korang naik mrt, korang tak perlu bayar, sebab semua laluan free dari pukul 4 petang sehingga 10 malam. 


Hari ni sehingga National Day nanti, semua LRT, MRT dan monorail dapat half price.. So kalau korang berhajat nak try naik mrt ni, bolehlaa plan hari hari korang untuk naik mrt hihihi


Mane yang tak tahu lagi stesen stesen serta jajaran laluan SBK ni korang boleh dapatkan pamphlet peta transit di kaunter stesen. tak pun korang google je lagi senang..


Laluan SBK dengan panjang jajaran 51km ni akan membawa penumpang dari Sungai Buloh ke pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan mengambil masa lebih kurang 40minit, atau terus ke Kajang dalam masa 88minit.. satu stesen ke stesen seterusnya amek masa dalam 2-3minit je..


Laluan SBK berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Sri Petaling di Pasar Seni, Merdeka dan Maluri. Pengguna boleh bertukar dari MRT ke LRT atau sebaliknya tanpa perlu membeli tiket baru.


Laluan SBK ni jugak berintegrasi dengan perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS di Sungai Buloh dan Kajang. Manakala dari stesen mrt Muzium Negara, penumpang boleh berjalan kaki dengan menggunakan laluan pejalan kaki yang cukup selesa untuk sampai ke KL Sentral. Kat situ korang boleh naik KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk ke KLIA, Putrajaya dan stesen stesen lain seperti KTM, LRT dan Monorel.


Selain tren, bas perantara mrt juga beroperasi dari stesen ke stesen sebagai memenuhi keperluan penumpang untuk sampai ke sesuatu destinasi yang nak dituju.


Bagi mereka yang nak membawa kereta, kesemua kemudahan tempat kereta "park and ride" juga disediakan. Tapi untuk tempat letak kereta ni tak semua stesen ade kemudahan gini ye, nengok tempat.. so nak lagi details korang nengok peta transit yang ada untuk memudahkan korang tahu fasiliti setiap stesen yang korang naik tu..


Kalau dulu sebelum involve dalam projet mrt ni, kite join project double track, ni kire first job lepas graduate dululaa ni. Tapi tu pun tak sampai abes projek pastu dah lari ke sini. Sebab dulu untuk projek double track tu kite join Team Land & Planing, so kite involve dalam land acquisition je, then bila dah penghujung project, isu land kebanyakkannye dah setel, so keje yang related dah tak banyak.. tu yang boring sikit tu yang lari ke tempat lain.. hihihi


Untuk projek mega ni, MRT Corp berganding bahu dengan MMC Gamuda KVMRT PDP Sdn Bhd dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam merancang dan berusaha membina projek ni.


Dua tahun lepas, kite ade gak join team elevated, pastu bertukar arah ke underground pulak.. Mane yang tak tahu atau konpius antara kami ni, meh kite terangkan secara ringkas ye.. PDP merupakan Rakan Pelaksana Project ataupun, Project Delivery Partner yang mana kebanyakannya involve dalam elevated. Manakala Team MGKT ni pulak merupakan kontraktor kerja bawah tanah yang telah melakarkan sejarah dunia dengan pembinaan terowong atau tunnel dan stesen bawah tanah dengan menggunakan teknologi yang canggih, subcon, supplier dan consultant yang gigih dalam menyempurnakan pembinaan projek ni.


Kos pembinaan asal bagi laluan SBK telah disasarkan sebanyak RM23 bilion.. tapi setelah siap projek ni hanya menelan kos sebanyak RM21 bilion. Penjimatan sebanyak RM2 bilion kat situu.. 


Lepas ni, projek projek seperti MRT Line 2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, landasan Kereta Api Pantai Timur yang akan meliputi seluruh Pantai Timur semenanjung Malaysia, Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (high speed rail) pulak akan dibina.. Infrastruktur sedia ada seperti laluan LRT dan KTM jugak akan dinaiktaraf dan diperbaiki kelak..


Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ni.. 


Ni gambar masa kami singgah di Pasar Seni Station, tengah under construction lagi ni.. belum siap sepenuhnyaa..


Seterusnya korang nengok ajelaa gambar gambar yang ade ni..


Memang banyak gambar yang kite tepek dalam entri ni.. maklumlaa untuk kenangan milik sendiriii :p


Kemain sakan bergambar dalam tren, skang ni kalau nak bergambar cenggini tanpa crowd memang takpat dahlaa kan.. semalam pun naik dah ramai..






Akhir sekali kite tepek laluan SSP kat sini.. kot ade yang dah plan nak cari rumah ke ape kan.. boleh cari kawasan kawasan yang terdekat senanggg :p



mane yang friend ngan kite kat fesbuk dan dah follow ig kite tu mesti dah nengok video vdeo kat bawah ni arituuu









Salam Perkenalan,

Friday, July 14, 2017

Pilih Absolute Thai Street Food Untuk Lunch Treat

Okee baru nak story mory pasal besday diri sendirii.. Besday sendiri jatuh pada bulan may aritu.. belum masuk tahun lain lagi so kite tak terlambat naulaa kannn update pasal ni hihihi


Besday kite kalini suram sikit, maklumlaa makin meningkat nombor tu mood nak excited lelebihh untuk celebrate birthday sendiri tu macam tak bape.. maybe faktor kematangan tu kott hahaha


Icik abam pun tade celebrate sangat pun, adelaa dia ajak makan kek, tapi kitelaa tade mood nak makan kek time tuuu.. maybe sebab dah ade birthday trip aritu so tak heran dah nak makan kek ke hape kan.. okee untuk birthday trip tu kite update kendian ye.. 


Okee berbalik pada tajuk entri dan gambar dalam ni, ni masa time kerja, besday kite jatuh hari ahad, then isnin tu naik keje ladyboss intercom suruh datang tempat die, ingat nak dapat task apelaa kan, tuptup tengah hari tu die suruh decide nak lunch kat mane, so kite yang tetibe nak buat pilihan tu terus je pilih Absolute Thai kat Sunway Velocity ni, dekat je dengan opis..


Dah abes makan baru ku tahu yang Absolute Thai Street Food ni berbeza konsepnye dengan Restoren Absolute Thai di tempat lain. Ape yang beza? memang banyak beza dari segi menu. Secara ringkasnye ape yang kite boleh cakap, konsep kat sini ala-carte dan mempunyai menu yang terhad.


So melepas nak order ikan siakap ke hape arituu hahaha :p


Salam Perkenalan,

Wedding Show Di Duchess Place Kuala Lumpur

Ini merupakan job ketiga band dorang selepas Wedding Di Dewan Taman Melati aritu.


Kalini job wedding diadakan waktu malam di Duchess Place Kuala Lumpur.


Macam biasa, sebelum icik abam start "bekerja" harusla selfie bersama dulu..


Walaupun cerita ni dah berlalu di bulan April aritu, tetap nak gak update..


Sebelum puasa haritu memang berturut turut job dorang dapat, tapi ni kami dah sibuk nak uruskan rumah, so terpakse hold dulu event event giniii.. 


Insya Allah kalau ade rezeki, kite bagi icik abam join lagi, lame sangat dah ni tak beraksi.. hihihi


So kepada korang yang mencari band atau singer performer untuk any event bolelaa contact no ni ye 017-6663087.. siyes kite bagi harga kasih sayang kaw kawww je kalau sebut name kite hihihi..


Atas permintaan klien, dorang kena pakai suit hitam gini.. tu yang nampak sedondon je dorang kalini..


Lagu lagu yang nak disampaikan pun kebanyakkannye atas permintaan klien dan pengantin


Kalini pakej show ni sekali dengan MC


So sepanjang majlis ni dorang yang akan "control" dari awal hingga akhir.. 


Ni event pertama yang hired cenggini. Biasa tu dorang ade part part die je yang boleh masuk pastu yang lain tu tuan rumah yang control.. kire dah dapat signal dari tuan rumah baru dorang "jalan" dengan lagu lagu yang dah request..


Seterusnya korang layan jelaa gambar gambar dorang ni ye.. kot ade yang nak kawen ke tak lame lagi tu, tak tahu nak cari karaoke ke band ke boleh roger roger ye..





Alhamdulillah event aritu berjalan dengan lancar sekali.. yang penting dorang puas hati dengan "hasil persembahan" dorang ni


Macam biasaaaa, haruslaa bergambar dengan raja sehari


Bini bini bandboy pun nak gak bergambar sekali hahaha


Akhir sekali haruslaa tepek gambar kami berdua lagiii sebagai penutup entri.. hahaha


Mane yang belum dengar "persembahan" icik abam boleh follow youtube kami dan like page Munir Khalil Official ye.




Salam Perkenalan,

Friday, July 07, 2017

Feeling : Excited | MRT SBK Launch

Actually tengah busy sangat kat opis ni, tapi amek kauuu nak gakk update entri lepas dapat email gini.. hahaha


Walaupun kite bukan sepenuhnye involve dalam Line 1 ni tapi tetap nak menyibuk nak join hahaha..








Atas ni antara video yang sempat kite record mase SBK Underground Stations Hopping Tour bulan May aritu. Untuk entri ni tak sempat lagi nak update, tapi video dah upload dah kat utube, so tepek sini dulu ye.. dengan harapan dapatlaa update sebelum launching nantiiii :p 


Arini ramai yang datang collect t-shirt kat admin, kite dulu dah pernah dapat tapi saiz dah berubah lak sekarang ni, tu yang kena amek lagi tuuu :p


Salam Perkenalan,

Hadiah Contest Sampai "Pengubat Hati" Tak Menang Henpon Hari Ini

Hahaha sedih bebenau dengar tajuk entri ni kan.. Okeelaa saje nak bagitahu, kecewa arini tak menang henpon. Tapi nasib baik dah terima hadiah contest dari SSM ni. So sejuk sikit hati lalalala


Thank you SSM. Pestaim ni terima parcel dari Pos Laju guna EziBox.


Ade yang berpengalaman collect parcel dari EziBox? rupanya cara cenggini lagi senang dah mudah bagi kite. Yelaa kalau hantar kat rumah selalunye tade orang kan, so letak je kat EziBox, customer boleh collect sendiri kat tempat yang dah diberitahu tu. Kebiasaannye korang kena collect kat EziBox berdekatan dengan korang je. Then bila korang dah collect guna code yang diberi tu nanti korang akan terima SMS lagi bagitahu yang korang dah terima bungkusan tu..


Mane yang tak tahu camne rupe EziBox Pos Laju korang boleh klik DISINI. Nak amek gambar malam tadi tak sempat, sebab dah tengah malam sangat, so icik abam aje yang pegi amek sensorang tu yang tak pat nak share gambar time kat EziBox. 


Okee, nilaa contest yang takde rezeki nak dapat henpon arini walaupun dah shortlisted.. hihihi


Salam Perkenalan,

Thursday, July 06, 2017

Best Ke Filem Spider-Man: Homecoming (2017)

Best ke tak sesuatu filem tu sangat subjective, lain orang lain pendapat. Tapi kalau tanye pendapat kite, filem ni siyes best.. memang tak rugi korang beli tiket nak nengok cite ni.


Kite bagi 5 bintang untuk filem ni. Walaupun agak sedikit kecewa dengan ending dia tapi tetap best.

Rating :     


Thank you SenQ bagi tiket free ni. Kami memang nak sangat nengok filem ni, so dapat free ni memang seronoknye jadi beronok ronokkklaa kan hihihi


Sempat gak amek gambar dalam hall semalam time preview screening Spider-Man ni. Hall gelap tapi masih boleh pegang henpon.. Pastu citer dah nak start memang dilarang keras untuk pegang henpon.. nanti ade je staff dorang yang buat ronda tak bagi pegang henpon. Maklumlaa malam tadi kami antara penonton yang terawal nengok filem ni sebelum ia keluar di pawagam.


Filem aksi ni mengisahkan cerita 8 tahun selepas pertempuran hebat antara Avengers dengan puak Chitauri yang dibawak masuk oleh Loki. So disebabkan peperangan ini, berleluasalaa pelbagai sumber kuasa mahkluk asing milik Chitauri ni. Filem ni dibintangi oleh Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr, Michael Keaton dan Jon Favreau.

Okee tak boleh nak cerita panjang panjang, kang tak syiok lak korang nak pergi nengok kann.. Cukup ni je kite ceritaaa ye :p


So sape yang tanye best ke tak, berbaloi ke tak, wajib tonton ke takkk, siyes kite memang cakap korang WAJIB tonton ye filem ni, mane taknye bajet keseluruhan filem ni hampir USD175 juta okee!! so kalau korang tanye banyak mane hebat filem ni, memang Banyakkk sebanyak "pelaburan" untuk buat filem ni.. hihihi


Salam Perkenalan,

Gani Famous Pasembur Penang

Masih lagi cerita di Penang, kalini kami pergi atas urusan kerja. Icik abam ade event kat sini, dapat bilik sorang satu so apelagi opkoslaa kena angkut bini sekali kann hahaha


Memang masih boleh kire dengan jari bape kali je makan pasembuq. So alang alang dah bejalan ke Penang ni haruslaa layan pasembur lagiii


Memang saje kami try kedai lain pulak untuk makan pasembur kalini. Aritu dah try Pasembur Hussain


tapi kalau untuk cendol ni, pada mulanya memang kami cari tempat yang same, datang sini pun sebab nak repeat cendol sedap ni. tapi boleh lak kedai tu tutuppp.. so terpaksa laa try cari kedai yang lain jugakkk 


Okee sila abaikan muke icik abam tu, macam biasa, buat muke tak puas hati setiap kali kite stop die makan dulu sebab nak amek gambar hahaha :p


And last kenala selfie bersama, tunjuk best sikitttt :p


*abaikan selipar selipar kami tu, burok pemandangan aje.. hihihi


Salam Perkenalan,

Monday, July 03, 2017

Alhamdulillah Rezeki Syawal, Menang Contest Lagi

Alhamdulillah pagi ni tadi BSN dah announce result contest #BSNBelanjaMakan. Kite terpilih menjaadii salah seorang pemenang untuk contest tu.. Banyak gak gambar yang kite pertaruhkan untuk contest ni, nasib mengena hihihi


Lame dah name sendiri tak naik.. last menang pun aritu tiket wayang F8 

yang ni pulak dari SSM menang gak, jenuh cari gambar lame nak join contest ni, Alhamdulillah!!! Okee dah tak sabar nak tunggu hadiah hadiah ni sampai hihihi :p


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...