Tuesday, October 29, 2013

Pratonton Filem Highland Tower

Malam tadi bertempat di Cathay e-Curve berlangsungnya malam Pratonton Filem Highland Tower yang dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Mikail Andre, Shima Anuar, Adiba Yunus, Atikah Suhaimi, Niezam Zaidi dan ramai lagi
Filem Highland Tower ni adalah dibawah arahan Piere Andre. Seperti semua sedia maklum, Highland Tower merupakan salah satu sejarah hitam yang pernah terjadi di Malaysia. Kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 1993 yang membabitkan bangunan kondominium di Ampang yang telah meragut 50 nyawa setelah ianya runtuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh. Sehingga kini, tempat tersebut terbiar tak berpenghuni dan seringkali dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik dan menakutkan. Nak dijadikan cerita, ada satu team budak-budak remaja yang dengan beraninya cuba untuk menyingkap misteri di sebalik Highland Tower ini bersama dengan dana yang diberikan oleh pihak MiG, mereka sekumpulan pun pergi ke Highland Tower. Malang tidak berbau, masa mereke pergi ke sana tidak sesuai makanya terjadi lah peristiwa misteri dan menakutkan yang membuatkan ada di antara mereka yang diterima musibah.

Untuk tahu kisah selanjutnya tontonlah filem ini dipawagam berhampiran anda mulai 31 Oktober 2013 ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Filem ni serious seram, rasenye tak ade sape yang berani nak pergi Highland Tower. Tapi kalau korang nengok filem ni secara automatiknya korang memang dah berada kat Highland Tower. Hohoho. Warning: Sape yang lemah semangat tidak digalakkan untuk tengok cerita ini ^^
Papepun nak ucap tahniah kepada Mig untuk Filem yang ke 84 ini

Seterusnya korang layan jela gambar kami semalam okee ^^
Bersama Niezam Zaidi
 Bersama Shima Anuar
 Bersama Fadlan Hazim
 Bersama Eddy Rauf
 Bersama Azwan Kombos
 Bersama Nad Zainal
 Bersama Nina Iskandar (Brunei)
 Bersama Atikah Suhaimie 
 Bersama Mikail Andre
 Bersama Shah Iskandar
Bersama Adiba Yunus

Malam tadi ramai artis muda yang datang untuk menyokong filem ini antaranya Erin Malik, Arja Lee, Pablo Amirul, Teh Nadira dan ramai lagi ^^

Klik Untuk Lihat Video Kejadian Sebenar Highland Tower
[Catatan : 6 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...