Wednesday, October 09, 2013

Soup Kitchen Program (Chow Kit Road & Kota Raya)

Dah bape hari ni aku asek update pasal cerita kawen kami aje sampai terlupa nak update cerita pasal program amal yang icik abam dan aku join minggu lepas ^^
Ini adalah salah satu program amal yang icik abam join hari jumaat yang lepas. Program ni dinamakan "Soup Kitchen Program" hasil kerjasama dengan Pertiwi. Program ni adalah bertujuan memberi bantuan makanan kepada gelandangan disekitar ibu kota Kuala Lumpur. Program seperti ni dah banyak dilakukan oleh company-company perbankan dan beberapa institusi-institusi lain kat Malaysia ni
Memandangkan program ni diadakan pada waktu malam, selepas waktu kerja pulak tu, so aku pun join sekali laa, yelaa aku mane pernah join aktiviti-aktiviti amal macam ni kan, ni dah icik abam berpeluang join program macam ni so aku nak jugak nengok macam mana program ni diadakan. Kalau ikutkan, gambar tak boleh nak amek sangat malam tu, sebab ada diantara gelandangan-gelandangan ni tak suke muke diaorang diambil, so aku curik-curik aje amek gambar malam tu, dok jauh-jauh pastu snap! hahahha

Lokasi pertama kami adalah di Chow Kit Road, Masa kami sampai kat situ dalam pukul8.30 malam camtu, belum ramai lagi gelandangan tapi dah ade laaa yang menunggu

Kebanyakan dorang ni dah tahu dah hari ape yang ada pemberian makanan macam ni
>>>>> Klik Details <<<<<
Pukul9.15 camtu dorang dah start beratur untuk amek makanan

Sebelum makanan diberi kepada gelandangan ni, dorang perlu buat 2 barisan, satu barisan untuk golongan wanita, satu lagi untuk golongan lelaki, barisan wanita akan dapat makanan dahulu, dah abes semua golongan wanita dapat makanan, seterusnya barulah turn golongan lelaki pulak

Setelah 45minit berlalu, kami tukar lokasi ke Kota Raya pulak
Kali ni lokasi di Kota Raya gelap sikit kalau nak dibandingkan dekat Chow Kit tadi. Memandangkan kawasan ni gelap, so icik abam suruh aku lebih berhati-hati sikit time ade kat situ, yelaa yang datang amek makanan tu kan dari pelbagai golongan so kenalah berjaga-jaga. Aku kan duduk jauh sikit dari icik abam, sebab die tengah buat keje maka haruslah menjaga diri sendiri kan ^^

 Macam-macam gelagat aku boleh tengok malam tu, ade yang buat aku tergelak, ade jugak yang buat aku sedih dan terharu
yang ni pulak video yang sempat aku record malam tu
 Program malam tu berakhir dalam pukul11 malam camtu. Abes semua makanan dan minuman, masing-masing kemas-kemas untuk balik. Alhamdulillah, dapat gak aku berpeluang join program ni walaupun tak official ^^

Sonok jugak sekali-sekala lakukan aktiviti amal camni, sedikit sebanyak kita boleh tahu keadaan dan cara hidup dorang-dorang ni, Siyes sebak jugak aku nengok dorang-dorang ni. Kesian sangat, papepun program ni berjaya membuatkan aku insaf dan bersyukur sangat dengan kehidupan yang aku ada sekarang. Alhamdulillah 
Last sekali, tepek gambar kami berdua sebagai bukti. hahhaha

[Catatan : Aktiviti icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

1 comment:

najihahnawi said...

assalamualaikum..boleh saya tahu specific place aktiviti ni dilakukan?? sebab kami tengah survey tempat untuk buat aktiviti yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...