Showing posts sorted by relevance for query adiba. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query adiba. Sort by date Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Pratonton Filem Gudang Kubur

Tiket ke Malam Pratonton Filem Gudang Kubur ni aku dapat lebih, so bolehlaa bawak adik adik dan kakak kat opis yang rajin nengok wayang tu. hihihi
Pratonton untuk Filem Gudang Kubur ni berlangsung pada 9haribulan hari tu, patutnye lepas je nengok pratonton filem ni  dah boleh update review untuk filem ni, tapi boleh pulak aku terlupe. Kuang3
Malam pratonton filem Gudang Kubur ni berlangsung di Cathay e@Curve Damansara. So ramai artis yang hadir untuk menjayakan malam pratonton filem ni termasukla pelakon pelakon utama dalam filem ni. Macam biasa, sebelum dapat masuk hall mestilaa berselfie dengan banner filem ni dulu, baru orang tahu kite pergi pratonton malam tu. Hahahaha :p
Filem Gudang Kubur ni adalah filem ketiga terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd yang menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan ramai lagi. Filem ni bergenre seram dan dibawah arahan pengarah "Pengantin Malam" iaitu Eyra Rahman
Filem Gudang Kubur ni dah mula ditayangan di pawagam bermula 12 Februari aritu. Filem ni mengisahkan cerita sepasang suami isteri, Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh "sesuatu" yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumahtangga mereka goyah. Nak tahu kesusahan cerita dalam filem ni, korang kenelah nengok sendiri ^^

Memandangkan filem ni dah mula ditayangkan dipawagam bermula 12 haribulan aritu, so kite layan jelaa dulu sedikit sebanyak gambar sekitar Malam Pratonton Filem Gudang Kubur! ^^
Bersama pelakon utama filem ni, Atikah Suhaime. Dah makin popular dah Atikah Suhaime ni. Mane taknye, lakonannye pun boleh tahan mantap, cantik pulak tu, opkos makin ramai yang suke pelakon dari singapura ni ^^
Dan yang ni pulak opkos hot mama Nora Danish, tak kan tak kenal kan, malam tu agak kecewa gakla tak sempat nak berselfie dengan pelakon utama ni, wartawan lebih cepat tangkap so memang tak dapatlaa nk ajak berselfie, so snap aje gambar pelakon ni mase die kene interview. huhuhu
Dan yang ni pulak pelakon cantik manis, Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok. Serius suke nengok muka adiba ni kalau berlakon, tapi untuk filem ni, Adiba Yunus ni tak berlakon pun, cuma datang beri sokongan kat kawan kawan perjuangan je kot hihihi
Ni pulak Epy Kodiang, dalam filem ni, watak die yang membuatkan kami terhibur ^^
Tu jelaa pelakon yang dapat berselfie bersama sama, pastu kami dah boleh masuk hall
Dalam hall berselfie lagiii ^^
Dah abes wayang nak kuar hall, baru dapat berselfie dengan pelakon otai yang merupakan pelakon utama Filem Gudang Kubur ni, Faizal Hussein, kemain tinggiiii.. hihihi. Tapi serius abang Faizal Hussein ni sporting aje bile diajak berselfie ^^

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang, bagi aku filem ni seram dan kelakar. Kalau bace dari review orang orang yang nengok selepas 12 Februari yang lepas, katenye sambutan amatlaa menggalakkan. So sape sape yang belum menonton Filem Gudang Kubur ni bolehlaa korang nengok di pawagam, minggu ni kan cuti panjang so bolehlaa nengok wayang.. hihihi


Salam Perkenalan,

Friday, April 17, 2015

Pratonton Abang Lejen

Isnin yang lepas telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Abang Lejen di Cathay e@Curve Damansara. Filem ini adalah dibawah arahan Azaromi Ghozali yang juga merupakan pengarah Filem Kaki Kitai. Filem Abang Lejen ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim serta Along Eyzendy, Shahfiez, Hamid Gurkha, Azlan Komeng dan ramai lagi dan ianya diterbitkan oleh Mangkin Prestij.
Korang yang suke industan dan rindukan zaman zaman Bollywood, bolehlaa nengok filem ni, sebab filem bergenre aksi komedi ni ada unsur unsur bollywood! Mengikut kata pengarah malam tu, kalini beliau membawa genre baru iaitu untuk mengetengahkan kembali genre Bollywood yang pernah dibawa pada filem filem zaman dahulu. Dan berharap ia dapat diterima masyarakat. Selain itu, penceritaan dalam filem ni memang sengaja disampaikan secara melampau darisegi aksi kerana nak beri kelainan kepada filem yang bergenre begini ^^

Kepada yang tak sabar nak menonton filem ni, korang dah boleh nengok dipawagam berhampiran korang sebab filem ni dah mula ditayangkan bermula semalam, 16 April 2015 
Pengarah Metrowealth, David Teo pun turut hadir ke malam pratonton filem ni aritu
Yang ni pulak bersama heroin filem ni iaitu Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok.
Selain tu, kami turut bergambar dengan Azwan Kombos, pelakon dibawah MIG yang semakin meningkat naik. Malam tu tak dapat nak bergambar dengan teraju utama dalam filem ni, iaitu Farid Kamil.. so ini je gambar gambar yang mampu diambil malam tu.
Sebelum nak masuk hall sempat lagi gambar bersama. Nengoklaa keadaan belakang kami yang crowded tu, siyes ramai yang datang untuk memeriahkan malam pratonton filem ni aritu. Sebelum nak tunjuk gambar kami kat dalam hall pulak, meh aku story sikit pasal sinopsis Filem Abang Lejen ni. Filem ni mengisahkan tentang keakraban dua adik beradik iaitu Ajim (Farid Kamil) dan Aman (Fadlan Hazim) yang kehilangan kedua ibubapa sejak kecil. Kisah si abang yang sanggup mempertahankan adiknya dalam segala hal walaupun diri sendiri dalam keadaan terancam. Demi nak mempertahankan adik kandungnya itu, ada beberapa adegan aksi yang tak dijangka dan babak babak kelakar yang konpem akan buat korang berguling tengok filem ni ^^
Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang! 


Salam Perkenalan,

Saturday, April 05, 2014

Review Filem Sabotage

Sebelum aku review pasal cerita ni aku tunjuk dulu gambar kami bersama kak Adiba Noor. Malam tu kak Adiba dengan staff Suria ramai yang join premiere screening filem sabotage ni. So sebelum cerita start berselfie bertiga dulu ^^
Tq suria fm untuk 4 tiket filem ni ^^


Filem Sabotage ni dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger, Joe Manganiello, Sam Worthington, Terrence Howard, Josh Holloway dan ramai lagi. Manakala David Ayer adalah pengarah filem aksi thriller ini.

Filem ini diinspirasi dari novel pada 1939, "And Then There Were None", oleh Agatha Christie. Sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration yang diketuai John Wharton (a.k.a "Breacher") dihantar untuk menyerbu rumah milik pengedar dadah. Motif sebenar kumpulan ejen tersebut ialah merampas semua wang untuk diri sendiri. Kumpulan ejen tersebut menyembunyikan wang yang dirampas dan berfikir rahsia mereka selamat. Tiba-tiba, seorang pembunuh bermisteri mula membunuh ejen kumpulan tersebut satu demi satu.

Ape-apepun nak pesan, kanak-kanak tak digalakkan nengok cerita ni, sebab aksi die melampau. hahahha

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Filem ni sudah release kat pawagam bermula 3 April 2014
[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, October 29, 2013

Pratonton Filem Highland Tower

Malam tadi bertempat di Cathay e-Curve berlangsungnya malam Pratonton Filem Highland Tower yang dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Mikail Andre, Shima Anuar, Adiba Yunus, Atikah Suhaimi, Niezam Zaidi dan ramai lagi
Filem Highland Tower ni adalah dibawah arahan Piere Andre. Seperti semua sedia maklum, Highland Tower merupakan salah satu sejarah hitam yang pernah terjadi di Malaysia. Kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 1993 yang membabitkan bangunan kondominium di Ampang yang telah meragut 50 nyawa setelah ianya runtuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh. Sehingga kini, tempat tersebut terbiar tak berpenghuni dan seringkali dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik dan menakutkan. Nak dijadikan cerita, ada satu team budak-budak remaja yang dengan beraninya cuba untuk menyingkap misteri di sebalik Highland Tower ini bersama dengan dana yang diberikan oleh pihak MiG, mereka sekumpulan pun pergi ke Highland Tower. Malang tidak berbau, masa mereke pergi ke sana tidak sesuai makanya terjadi lah peristiwa misteri dan menakutkan yang membuatkan ada di antara mereka yang diterima musibah.

Untuk tahu kisah selanjutnya tontonlah filem ini dipawagam berhampiran anda mulai 31 Oktober 2013 ^^
Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Filem ni serious seram, rasenye tak ade sape yang berani nak pergi Highland Tower. Tapi kalau korang nengok filem ni secara automatiknya korang memang dah berada kat Highland Tower. Hohoho. Warning: Sape yang lemah semangat tidak digalakkan untuk tengok cerita ini ^^
Papepun nak ucap tahniah kepada Mig untuk Filem yang ke 84 ini

Seterusnya korang layan jela gambar kami semalam okee ^^
Bersama Niezam Zaidi
 Bersama Shima Anuar
 Bersama Fadlan Hazim
 Bersama Eddy Rauf
 Bersama Azwan Kombos
 Bersama Nad Zainal
 Bersama Nina Iskandar (Brunei)
 Bersama Atikah Suhaimie 
 Bersama Mikail Andre
 Bersama Shah Iskandar
Bersama Adiba Yunus

Malam tadi ramai artis muda yang datang untuk menyokong filem ini antaranya Erin Malik, Arja Lee, Pablo Amirul, Teh Nadira dan ramai lagi ^^

Klik Untuk Lihat Video Kejadian Sebenar Highland Tower
[Catatan : 6 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, January 24, 2014

Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh?

Semalam telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh? yang julung kalinya diadakan di Premium-X Skypark, One City Subang Jaya. Sebelum aku cerita pasal filem ni, aku selitkan dulu pasal Premium-X Skypark One City ni. Ia merupakan cinema yang baru dibuka di One City Subang Jaya USJ23. Cinema ni menyediakan 22 hall dan setiap satu hall mempunyai 88 tempat duduk. Malam tadi, dorang sponsor 3hall untuk pratonton filem ni.^^ 
Filem ini merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar, Epy Kodiang, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Filem seram komedi Jangan Pandang Belakang Boleh? ni mengambil latarbelakang filem famous Jangan Pandang Belakang yang pernah mengejutkan industri perfileman tempatan negara dengan fenomena filem seram yang pertama kali mendapat kutipan mencecah RM7 juta pada tahun 2007 dulu

Kini fenomena ini kembali tapi korang bukan je akan menjerit kat pawagam, tapi sakit perut dengan komedi dari pelakon-pelakonnya.
Ape-apepun nak ucapkan terima kasih kepada David Teo dan MIG Online atau Metrowealth untuk tiket ini

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem seram komedi ini yang mengisahkan yang mati sengan bertemu yang hidup.
Bersama Mejar K David Teo
Seterusnya bersama Zalif Sidek
Musalmah Ab Rahman. Talent MIG baru
Macam nak berlaga kepala pulak aku nengok dorang ni. huhuhu
Musalmah Ab Rahman
Bersama Shima Anuar
Filem ni akan mula ditayangkan dipawagam pada 30 Januari 2014
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...