Showing posts sorted by relevance for query kodiang. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kodiang. Sort by date Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Pratonton Filem Gudang Kubur

Tiket ke Malam Pratonton Filem Gudang Kubur ni aku dapat lebih, so bolehlaa bawak adik adik dan kakak kat opis yang rajin nengok wayang tu. hihihi
Pratonton untuk Filem Gudang Kubur ni berlangsung pada 9haribulan hari tu, patutnye lepas je nengok pratonton filem ni  dah boleh update review untuk filem ni, tapi boleh pulak aku terlupe. Kuang3
Malam pratonton filem Gudang Kubur ni berlangsung di Cathay e@Curve Damansara. So ramai artis yang hadir untuk menjayakan malam pratonton filem ni termasukla pelakon pelakon utama dalam filem ni. Macam biasa, sebelum dapat masuk hall mestilaa berselfie dengan banner filem ni dulu, baru orang tahu kite pergi pratonton malam tu. Hahahaha :p
Filem Gudang Kubur ni adalah filem ketiga terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd yang menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan ramai lagi. Filem ni bergenre seram dan dibawah arahan pengarah "Pengantin Malam" iaitu Eyra Rahman
Filem Gudang Kubur ni dah mula ditayangan di pawagam bermula 12 Februari aritu. Filem ni mengisahkan cerita sepasang suami isteri, Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh "sesuatu" yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumahtangga mereka goyah. Nak tahu kesusahan cerita dalam filem ni, korang kenelah nengok sendiri ^^

Memandangkan filem ni dah mula ditayangkan dipawagam bermula 12 haribulan aritu, so kite layan jelaa dulu sedikit sebanyak gambar sekitar Malam Pratonton Filem Gudang Kubur! ^^
Bersama pelakon utama filem ni, Atikah Suhaime. Dah makin popular dah Atikah Suhaime ni. Mane taknye, lakonannye pun boleh tahan mantap, cantik pulak tu, opkos makin ramai yang suke pelakon dari singapura ni ^^
Dan yang ni pulak opkos hot mama Nora Danish, tak kan tak kenal kan, malam tu agak kecewa gakla tak sempat nak berselfie dengan pelakon utama ni, wartawan lebih cepat tangkap so memang tak dapatlaa nk ajak berselfie, so snap aje gambar pelakon ni mase die kene interview. huhuhu
Dan yang ni pulak pelakon cantik manis, Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok. Serius suke nengok muka adiba ni kalau berlakon, tapi untuk filem ni, Adiba Yunus ni tak berlakon pun, cuma datang beri sokongan kat kawan kawan perjuangan je kot hihihi
Ni pulak Epy Kodiang, dalam filem ni, watak die yang membuatkan kami terhibur ^^
Tu jelaa pelakon yang dapat berselfie bersama sama, pastu kami dah boleh masuk hall
Dalam hall berselfie lagiii ^^
Dah abes wayang nak kuar hall, baru dapat berselfie dengan pelakon otai yang merupakan pelakon utama Filem Gudang Kubur ni, Faizal Hussein, kemain tinggiiii.. hihihi. Tapi serius abang Faizal Hussein ni sporting aje bile diajak berselfie ^^

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang, bagi aku filem ni seram dan kelakar. Kalau bace dari review orang orang yang nengok selepas 12 Februari yang lepas, katenye sambutan amatlaa menggalakkan. So sape sape yang belum menonton Filem Gudang Kubur ni bolehlaa korang nengok di pawagam, minggu ni kan cuti panjang so bolehlaa nengok wayang.. hihihi


Salam Perkenalan,

Friday, January 24, 2014

Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh?

Semalam telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh? yang julung kalinya diadakan di Premium-X Skypark, One City Subang Jaya. Sebelum aku cerita pasal filem ni, aku selitkan dulu pasal Premium-X Skypark One City ni. Ia merupakan cinema yang baru dibuka di One City Subang Jaya USJ23. Cinema ni menyediakan 22 hall dan setiap satu hall mempunyai 88 tempat duduk. Malam tadi, dorang sponsor 3hall untuk pratonton filem ni.^^ 
Filem ini merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar, Epy Kodiang, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Filem seram komedi Jangan Pandang Belakang Boleh? ni mengambil latarbelakang filem famous Jangan Pandang Belakang yang pernah mengejutkan industri perfileman tempatan negara dengan fenomena filem seram yang pertama kali mendapat kutipan mencecah RM7 juta pada tahun 2007 dulu

Kini fenomena ini kembali tapi korang bukan je akan menjerit kat pawagam, tapi sakit perut dengan komedi dari pelakon-pelakonnya.
Ape-apepun nak ucapkan terima kasih kepada David Teo dan MIG Online atau Metrowealth untuk tiket ini

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem seram komedi ini yang mengisahkan yang mati sengan bertemu yang hidup.
Bersama Mejar K David Teo
Seterusnya bersama Zalif Sidek
Musalmah Ab Rahman. Talent MIG baru
Macam nak berlaga kepala pulak aku nengok dorang ni. huhuhu
Musalmah Ab Rahman
Bersama Shima Anuar
Filem ni akan mula ditayangkan dipawagam pada 30 Januari 2014
[Catatan : 6 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, November 20, 2014

Pratonton Filem Kaki Kitai


Isnin yang lepas telah berlangsungnye malam pratonton Filem Kaki Kitai yang diadakan di TGV Setia Walk, Puchong. Filem ni adalah filem ke-98 terbitan Metrowealth Production dibawah arahan Pengarah Muda, Mohd Azaromi Ghozali
 Filem bergenre komedi aksi ni dibarisi oleh pelakon terkenal tanah air iaitu Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie Lee, Emily Chan, Along Eyzendy dan Epy Kodiang
 KAKI KITAI bakal menerjah ke pawagam bermula pada 20 November 2014
 Sebelum aku review filem ni korang layan dulu gambar sekitar malam pratonton

 Bersama Emily Chan


Bersama Farid Kamil

 Bersama Adam Corrie Lee
Sempat lagi berselfie sebelum filem start ^^
Filem Kaki Kitai ni mengisahkan Din atau lebih dikenali sebagai Drango bersama rakannya Ayoi datang ke Kuala Lumpur dan sering menipu dan berlagak sebagai orang bijak. Terjebak dalam operasi polis yang sedang bekerja menemukan mereka dengan rakan lama iaitu seorang inspektor polis. Kehidupan mereka mula bertukar apabila menemui bungkusan sampah yang dipenuhi duit dan digunakan untuk melangsaikan hutang. Namun duit tersebut sebenarnya milik seorang jutawan yang ingin menyelamatkan anak perempuannya yang telah diculik

Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
Disebabkan aku minat sam dan sam berlakon memang kelakar dalam filem ni so aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ^^


Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...