Tuesday, December 31, 2013

Jenjalan Hard Rock Cafe Melaka

Minggu lepas kami balik kampung Melaka pulak, lepas balik kampung belah icik abam ^^
Dah sampai Melaka keesokkan harinye kami pegi jenjalan pantai klebang. Konon-konon nak nengok matahari terbenam. Tapi hujan pulak time tu. So dah tak tahu mane nak pegi, kami lari ke Mahkota Parade aje. Cuci-cuci mata sambil cari hadiah untuk dekman dapat 5A dalam UPSR aritu
Dah malam kami jenjalan banda hilir pulak. Nengok lampu ^^
Pastu icik abam ajak pegi Hard Rock Cafe kejap. Malam tu kami banyak abeskan mase kat situ ^^
Seterusnya korang cekidaut ajelah gambar kami kat sane ^^
 


Lepas dari ni kami naik beca pulak. Pestaim okee naik beca. hihihi.

Eh chop, lupe nak bagi tahu, kalau korang nak parking kat Hard Rock Cafe ni parking sejam time kami pergi aritu RM5 okee. Mahal bagi aku. So kalau  korang rase mahal jugak, korang boleh parking kat tempat lain yang lebih murah hahahaha
[Catatan : bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, December 30, 2013

Sehari Sebelum Anniversary

Ini cerita minggu lepas, kali ni kami amek cuti hanya untuk balik kampung dua belah pihak. Balik Sg Sumun - Tapah - Melaka. Niat asal icik abam amek cuti seminggu nak pegi honeymoon kononnye. Tapi ape boleh buat, kita hanya merancang.. huhuhu
Mase kami balik kampung belah icik abam, anak sedara icik abam ade follow sekali. So icik abam ade janji dengan dia yang Paklang nak bawak jenjalan. "Jalan-jalan cari makan" katenye.. So alang-alang nak ke Tapah, kami singgah Cameron Highlands kejap.

Mase kami pegi tu dah nak petang sangat dah. So sampai-sampai atas tak sempat pun nak pegi ladang teh ke ladang strawberry ke.. sebab dah lewat kan. So kami pegi aje pasal malam kat Cameron Highlands tu

Kat atas tak banyak beli pun, dapat rembat baju sejuk untuk aku dan si kenit ni aje. ^^
Pastu icik abam belikan "bunge anniversary" ni kat aku. Itu aje yang kami beli.

Kalau korang nak tahu, bunge ni dah diawet. Katenye tahan untuk dua tahun. So tak tahulah bertahan ke tak sampai 2 tahun tu. Aku dah letak bunge ni atas meja kat opis. Tapi nengok-nengok cam dah layu aje.. hukhuk..
[Catatan : brokoli goreng abes :(]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, December 27, 2013

Sewa di Costume World


Kepada yang tanye kat mane aku sewa Costume Batwomen, korang boleh klik Disini untuk maklumat kedai





Icik abam yang suggestkan aku pergi kedai ni untuk sewa costume. Mula-mula aku teringin nak pakai costume Superwomen


Tapi last sekali aku amek costume Batwomen ^^


Korang kalau ade nak guna costume korang boleh la pegi kedai ni. Macam-macam pilihan dan harga pun berpatutan. Costume batwomen yang aku sewa RM100 + deposit RM200


[Catatan : Total RM300]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, December 26, 2013

LizNir 2nd Anniversary Dinner 2013 | Flora Cafe

 Hari isnin aritu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Pada mulanya kami dah plan untuk cuti-cuti malaysia berdua, tapi memandangkan cuti aku kene reject dua hari so terbatal la sudah plan itu. Tapi icik abam tetap meneruskan cuti yang dah di amek tu. huhuhuhu so keje die hari tu hantar dan amek aku kat opis macam biasala kan. hihihi


Petang tu icik abam amek aku cam besa kat opis, kemain smart aku nengok. Katenye nak bawak aku pegi candle light dinner. Fuyoooo... pestaim ni icik abam nak bawak candle light dinner ^^


Pada mulanya aku sendiri tak tahu ke mane icik abam nak bawak aku malam tu. Dengan tak tukar baju dari opis aku ikutkan aje. Nasib baik aku tak pakai uniform keje. hihihihi


Rupanya kat Flora Kafe AmpWalk icik abam bawak aku, sebelum ni memang aku penah nengok review pasal restoren ni tapi tak sangke lak icik abam bawak ke sini sebelum aku suggest. Macam tahu-tahu aje kan kite nak ajak die datang makan kat sini akan datang..^^





Sampai-sampai aje kami dihidangkan dengan makanan ala kampung yang best. Ade asam pedas lagi. Antara makanan kegemaran aku ^^


Dah setel makan makanan berat, meja kami diclearkan


Pastu datang pulak dessert


Termasuk kek anniversary kami. Semua ni termasuk dalam pakej yang icik abam dah book ^^


Ni dia kek anniversary kami.


Sebelum nak ngap kita tiup dulu lilin tu.. ;)


 Dah tiup bole laa makan kan.. hihihi



Owh weee...makan suap memang best! ;p


Terima kasih sangat- sangat abang. Terima kasih bawak pergi candle light dinner. Terima kasih sebab menjadi suami yang penyayang dan sangat sempurna. Semoga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga. Aaamin~


 

Sebelum balik kami bergambar depan kedai dulu ^^


Kepada yang menanya dan bercadang untuk candle light dinner bersama orang tersayang aku suggestkan tempat ni, Flora Kafe AmpWalk, Jalan Ampang. Decoration cantik, makanan sedap, dan yang penting lebih murah dari tempat lain ^^


 Dan yang best sekali moment korang sepanjang berada di restoren tu akan dirakam oleh Flora Kafe, so bolehlaa korang nikmati segala hidangan dan saat-saat romantik korang bersama dengan orang tersayang. Terima kasih Flora Kafe. Jom like facebook dorang ^^

Rating : ★ ★    

Facebook -Flora Kafe AmpWalk

Our 1st Anniversary 2012


[Catatan : pestaim celebrate anniversary]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, December 24, 2013

Review Filem Make Me Shudder

Semalam sebenarnya preview screening untuk Filem Make Me Shudder kat GCS Tropicana. Memandangkan aku ngan icik abam tak pat nak pegi nengok filem ni malam tadi, so aku bagi kat opismate aje pergi nengok dan review kat aku ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆
Opismate cakap citer ni sangat seram dan ade lawak sikit. So die bagi 4 bintang untuk filem ni ^^

Filem ini mengisahkan sebuah cerita ketika cuti sekolah, para pelajar dikehendaki meninggalkan asrama sekolah dan pulang ke rumah. Walau bagaimanapun sekumpulan pelajar yang suka melawat lokasi berhantu untuk mencabar hantu telah berkumpul untuk satu percubaan baru. Pilihan mereka adalah bangunan Daeng yang mempunyai sejarah seorang pelajar membunuh diri. Selepas kes tersebut, bangunan itu telah ditinggalkan dan menjadi kawasan larangan kepada semua pelajar. Tanpa berfikir kesan yang mungkin berlaku, kumpulan tersebut membuat keputusan untuk ke bangunan itu dan mencabar roh berhantu di situ
Tarikh tayangan filem ini bermula 26 Disember 2013

Sebelum ni dah terlepas  nak nengok Filem 47 Ronin sebab icik abam terpakse outstation seminggu

[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Soup Kitchen Program - Bersama Gelandangan

Lagi sekali aku join icik abam beri makanan kepada gelandangan di Chow Kit ngan Kota Raya. 


Macam biasala kalau aku pergi aku akan amek gambar dari jauh aje. Kawasan gelap tu pasal ade gambar tak jelas. huhuhu


Serius benau cara pandang icik abam ni. hihihi


 Malam yang kami pergi tu tak bape ramai gelandangan yang datang amek makanan dan minuman. Tak macam sebelum-sebelum ni. So sebelum pukul12 malam dah abes dah program ni
Last sekali tepek gambar tuan tanah.. ^^

[Catatan : Aktiviti icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, December 23, 2013

Champion Band MBSB 2013


Tahniah buat team icik abam. Entri ni adalah kisah sambungan dari Entri Rezeki Akhir Tahun. Alhamdulillah icik abam dan team dapat 1st Prize


Memandangkan cerita ni dah seminggu lebih berlalu aku nak gak update kat sini. hihihi
Papepun jom cekidaut gambar-gambar mereka malam tu ^^
Dialog icik abam...."saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang menyokong dan mengundi kami.. buat isteri tersayang kat rumah, hadiah ni ayang amek aje semuanya.. bla..bla.. blaa" hihihi

Okee itu cume dialog rekaan semata-mata ;p
Bersama sebahagian member-member "Dejavu Group"
 
 Salah seorang juri malam tu ^^
 Yang ni pulak doorgift & lucky draw yang icik abam bawak balik malam tu
Akhir sekali jom nengok video dorang malam tu 
[Catatan : tahniah]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...