Monday, March 31, 2014

Geng Dejavu Berbowling

Inilah dia aktiviti kami hujung minggu hari tu. Berbowling bersama Geng Dejavu
Ape-ape pun sebelum main haruslah berselfie kan. hahahha


 Nidia antara sebahagian Geng Dejavu yang join main bowling malam tu. Dalam 15orang camtu ^^
 Seterusnya korang cekidaut jela gambar kami malam tu ye

Malam tu dorang main 2 pusingan
 Ni markah pusingan pertama. Icik abam leading dari yang lain dengan mata 130 ^^
 Sebelah kami ade sorang pelakon dengan peminat-peminat die main bowling jugak. Name ape aku pun lupe. hihihi
 Si debot ni pun join pakngah main bowling malam tu ^^ 

 Pusingan kedua pun icik abam dapat markah tinggi dari yang lain, Kemain senyum lebar die dengan mata 147 ^^

 Dah abes main, wajiblah bergambar bersama-sama kan. ekekeke
Aku pun same nak interfrem... hihihi

Dah penat main bowling, dorang lepak makan dan minum kat Hailam Kopitiam. Sebelah dengan Wangsawalk
Lepas dari minum tu tak terus balik pun, icik abam ajak singgah studio kejap. Alahaiii ikutkan ajela kan. Hari minggu katekan.. hihihi
 [Catatan : 2 pusingan : RM15.50]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, March 28, 2014

Menservis Motor Pulak

 Okee hari ni masa untuk menservis motor le pulak ye. Kalau bulan lepas dah kopak duit servis kereta, ujung bulan ni pulak turn untuk servis nouvo. Nasib baiklaaa "korang" ni ikut turn kan, kalau "korang" pakat nak menserviskan diri bersama-sama memang bancaulaaaa jawabnye. hihihi

 Macam biasa, icik abam akan hantar servis kat tempat yang same. Tempat dimana ego dijual. huhuhu
Sambil tunggu dorang ni menservis nouvo sambil icik abam menyoal siasat perkabaran Ego merah kami yang dah jadi hitam tu. Yelaa selalu ade je si ego tu, hari ni datang dah tade, alamatnye dah dijuallaa gamaknye. Ye... betul. Dah dijual sebulan yang sudah. Owner baru melayu gak katenye, orang tu duduk mane tauke tu dah lupe.. Amboiii sampai details owner duduk mane pun nak tahu kan.. Yelaa, kalau tahu bolelah skodeng-skodeng ego tu nanti kan. hihihihi ^^

Okee, tutup cerita pasal Ego dan Nouvo. Nanti aku story mory cerita lain pulak. Macam dah lame aje tak hapdet blog ni kan... hihihi
 [Catatan : Naseb baik seratus je ^^]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, March 20, 2014

Review Filem Zombi Kilang Biskut

 Zombi Kilang Biskut ni mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai 'supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit

Filem genre komedi ni di bawah arahan Mamat Kalid dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Awie, Sofi Jikan, Ucop Wilcha dan ramai lagi. 

Tarikh tayangan : 20 Mac 2014
Rating : ★ ★  ★ ☆
Kepada peminat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, anda konpem suka dengan filem ini. Cerita ni macam biasa, seram tapi lawak. Tapi bagi aku ending die aje tak bape nak Bommmm sebab macam tergantung sikit. Ade sambungan pulak untuk akan datang ^^
[Catatan : 8 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, March 19, 2014

The Avril Lavigne Tour 2014

Ni tiket Konsert The Avril Lavigne Tour 2014 yang aku dapat minggu lepas. Tapi aku tak pegi pun konsert ni. Bagi kat opismate icik abam. 

Papepun sebelum korang bertanye, aku beritahu siap-siap, ni bukan konsert yang ade orang meninggal pengaruh dadah tu ye. hihihi

Memandangkan aku tak pegi, so tak boleh nak komen lebih-lebih. Cuma adalah aku terbaca review pasal konsert ni. Ade yang cakap best konsert ni tempoh hari 

[Catatan : Min tiket RM88]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Sushi King RM3 Bonanza 2014

 Okee dah namepun time bonanza konpem-konpem ramai yang datang serbu. Haa.. ambek, kemain panjang lagi "Q".. hihihi
 2-3 hari ni semua pakat serbu Sushi King ajela kan. Ini semua sebab Bonanza RM3 untuk setiap pinggan ^^
 Okee kepada penggemar Sushi yang berada di KL, Selangor dan Kelantan, skang ni tengah Bonanza dari 17 Mac hingga 20 Mac 2014. So maknenye, sape yang belum pegi lagi tu esok adalah hari terakhir Bonanza ye kawan-kawan ^^
 Ape-apepun kene baca syarat-syaratnye dulu ye kalau nak "Bonanza Time" ni 

 Ni antara yang kami sempat rembat selama 45minit

 Sambil makan sambil ber'selfie'.. hihihi
Cukuplaa 10pinggan untuk kami berdua. 

Kira sikit la nikan.. Sebab aku nengok ade satu group tu datang 5 orang 64pinggan dorang makan. Haa ape korang rase??? hikhikhik
Time Bonanza ni dengan kad member kite dapat 10% untuk air sahaja

[Catatan : Frust egg tadak]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, March 18, 2014

Baru Je Dapat Bunga

Baru dapat bunga ni tadi. For #pray4MH370 

Orang pompuan dapat bunge mestilaa sukakan ^^

[Catatan : Terima kasih]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, March 17, 2014

Kopak Duit Servis Kereta

Okee ini kisah bulan lepas, bulan februari ni adalah bulan kocek rabak. Mahu taknye, untuk si dugong ni aje hampir 3k kami keluarkan untuk Road tax, Insurance dan services die. huhuhuhu
Macam biasa kalau nak services si dugong ni icik abam yang akan hantar. Die kuar opis jap pegi anta kat pusat servis pastu petang kang lepas amek aku kat opis baru kami same-same amek si dugong ni
Kami dari opis opkosla merempitkan, so bila nak balik aku pilih bawak moto. Korang tahu ajela keadaan jalan yang jem, opkos aku lagi selesa menyelit guna motor
Dan si dugong ni biar icik abam yang bawak. Die lagi power bab menyelit-menyelit ni  kalau nak dibandingkan dengan aku. hihihi
Ni dia barang-barang yang kene tukar. Total service RM800++. Larii bajet nak jenjalan jauh sikit. Tu yang sempat ke PD aje. Jadilaaa... hukhuk

[Catatan : KM112 000]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Sepetang Merasa Dip n Dip, Bangsar

Okee seperti biasa, kalau pergi Dip n Dip ni mesti ramai orang. Dan kalau nak makan mesti kene beratur. Dah bape kali skip dah untuk merasa Dip n Dip ni dek kerana malas nak beratur, tapi akhirnya icik abam mengalah jugak. ^^
Nasib baik tak lame kene beratur dah dapat tempat duduk. ^^
Sementara tunggu order sampai haruslah bergambar kan. ^^
Seterusnya korang boleh usha-usha menu yang ada kat sini

Mostly, macam waffle dan brownies yang disalut dengan coklat dan ice-cream ^^

Ni pulak senarai minuman. Kebanyakkannye berasaskan coklat dan ade jugak buah-buahan
Chocolate Waffle - RM17.00
Waffle Stick - RM10.00
Chocolate Milk Shake - RM17.00
Makanan sampai aje terus ngap. Icik abam suruh makan cepat-cepat.. Kesian kat orang beratur katenye. Nasib baik tak tercekik makan cepat-cepat tau.. hukhuk

Rating : ★ ★  ★ 
Aku bagi 5 bintang untuk restoren Dip n Dip ni. Tempat selesa, warna dinding yang cantik dan yang penting makanan dan minumam sedappp.. Tak rugi bayar mahal-mahal ^^

[Catatan : RM60++]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...