Monday, February 29, 2016

Turtle Island @ Pulau Penyu Tanjung Benoa Bali

Mase kami pergi ni memang cuace tak bape elok, nampak tu awan hitam dah berkepul kepul.


Cuace panas tapi awan hitam ade, kami pergi ni hujan baru je berhenti. Tu yang pemandangan kat langit macamtu


Pulau penyu ni terletak di Tanjung Benoa Bali. Untuk ke pulau penyu ni kena menggunakan perahu atau bot kalau nak menyeberangi ke laut Tanjung Benoa ni.


Dalam 15minit camtu akan sampai ke Turtle Island ni. Kat sini korang boleh melihat telur penyu yang diperam, kemudian dapat lihat penyu penyu yang kecil sehingga yang dewasa.




Tiket untuk masuk kesini korang boleh google je, aku nak bagitahu berapa tak tahu sebab ni dah termasuk dalam pakej kami.





Mase kat sane, dorang bagi kite pegang dan angkat penyu ni. Gilaa berat! ingat ringan aje. hahaha



Tak caye boleh nengok video ni, camne kami mengangkat penyu penyu yang ade ni. Memang memerlukan tenaga yang banyak. hahaha


cik abam laratlaa nak mengangkatnye. Lepas je keluar dari kolam ni terus gatal gatal. padan muke sendirikan, sape suruh berlame lame duduk dalam kolam tu. Memanglaa gatal kan.


Selain penyu, macam macam binatang lagi yang dorang bagi kami pegang. Siap masuk sangkar dorang lagi.. Dah masuk sangkar dorangtahu tahu jelaa, terpakse tahan bau jela kan.. hehehe






Ular sawa pun dorang suruh kami pegang. Orang dah bagi pegang, ape lagi merasa laa kan...


Ni kalau bukan sebab nak bergambar punye pasal tade makne aku nak pegang. Dukung bersama sama dengan icik abam laratlaa, kalau aku sorang memang idak le.. hehehe


Dah puas bergambar dengan binatang binatang yang ade, icik abam nak minum air kelapa pulak. Kelapa kat sini besar jugaklaa bijinye. Memang puas minum berdua.


Ni harga sebijik buah kelapa.


So sebelum balik ke Tanjung Benoa, bergambar puas puas dulu kat sini.




Kat sini ade pulak yang menjual layang layang kapal, nampak unik kan, so icik abam pun nak beli.


Sebelum beli, pakcik tu bagi "test drive" dulu.. hehehe









So mase untuk pulanggg.. bot untuk kami dah tersediaa..



Salam Perkenalan,

Menikmati Kopi Luwak Di Ladang Kopi Manik Abian Bali

Mane lagi nak pergi untuk trip kedua di Bali ni?


Supir yang bawak kami ni suggestkan ke Manik Abian Bali Agriculture ni.


Salah satu ladang kopi yang selalu dikunjungi di Bali. kat sini korang boleh nengok macam mane kopi dibuat. Ade bermacam macam jenis kopi. Paling senang dan paling mahal adalah kopi luwak.


Kopi luwak ni kalau korang nak tahu, adalah kopi dari najis musang. Kalau kat Bali ni dorang panggil musang tu Luwak.


Nilaa buah kopi


Aku datang sini baru aku kenal pokok kopi.. hahaha



Kat sini dorang akan kenal kan korang dengan biji kopi jantan dan betina. Seingat aku kalau nak tahu mane satu biji kopi jantan atau biji kopi betina, yang jantan biji kopinye bulat. Yang betinenye pula biji kopi tu bentuknye leper sikit dan berbelah.


Dorang cakap rasa kopi jantan dengan kopi betina ni berbeza. kopi jantan ni rase dan aromanye lebih kuat berbanding biji kopi betina.


So nilaa luwaknye. Time kami datang ni dia tidur. namepun musang kan.. die mane berjage siang.. Malam baru berjage.. Siang die tido aje..


Dari sini kami belajar ape ramuan ramuan yang digunakan untuk buat kopi.


Kenapa kopi luwak ni mahal dan sedap??. Selain berkhasiat tinggi, kopi luwak ni nak buat die sangat leceh dan banyak prosesnye. Pastu kopinye pulak nanti tersangatla halus dari yang lain


Dari ape yang dorang brief, Luwak ni pandai tau, kenapa aku cakap cmtu?, sebab luwak ni akan makan biji kopi yang baik dan bagus saje, so bila die dah makan biji kopi yang baik dan bagus tu, bila die ehem ehemm, dia akan keluarkan balik biji kopi ni. So biji kopi nilaa dorang amek untuk buat kopi.


Nak buat kopi luwak ni akan ade macam macam proses macam aku ceritakan tadi...


Termasuklaa pengeringan. Ni hasil biji kopi luwak yang dah dikeringkan


Pastu biji kopi ni akan ditumbuk pulak..


Dah ditumbuk akan digoreng pulak. Bile digoreng pulak kene sentiasa dikacau aje dengan api yang sederhana.


Lenguh gak wei nak buat semua benda ni..



Dah selesai semua tu, kami diberi rasa minum semua jenis air kopi yang ada.


Nidia jenis jenis air kopi yang ade.


Memandangkan aku ni tak minum kopi, tapi aku de gakla rase sikit.


Aku try kopi vanilla. Makaaiii sedap weiiii...


So sambil minum kopi tu sambil menikmati pemandangan yang menghijau macam dalam gambar kat bawah ni



Pastu sambil minum kopi, bole pulak budak ni offer kat icik abam nak try isap rokok daun takk..




Memang icik abam tak menolak laa perlawaan tu kannn..


Siap ade tukang buatkan rokok, sambil minum kopi pulak tu, haishhh beronok ronok seronok icik abam tulaa kan.. hehehe


So sebelum balik, beli dulu kopi luwak sebagai ole ole. Sampai skang tak luak luak pulak kopinye tak tahu nape hehehe





Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...