Thursday, March 31, 2016

Lata Kinjang Waterfall, Tapah Perak

Selalu sangat nampak air terjun dari tepi highway kalau nak ke utara... Dari jauh dah nampak air terjun yang putih bagaikan kapas menghiasi Banjaran Titiwangsa tu. Kalau dari tepi jalan tu memang nampak cantik sangatttttt... Air terjun Lata Kinjang ni terletak di daerah Chenderiang, kira kira 18km dari pekan Tapah.


Air terjun ni diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850m. Menurut cerita orang tempatan, dinamakan Lata Kinjang kerana dulu dulu terdapat banyak kijang di kawasan itu, orang Inggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan tu dengan "Kinjang", tu yang kekal sampai sekarang nama tu.. betul ke tak cerita tu tak tahulaa.. hehehe


Selain tu ade jugak yang bercerita, terdapat seorang wanita cantik yang dipercayai puteri bunian pernah menjelma di kawasan air terjun ni sehingga menarik perhatian seorang hartawan Inggeris. Cerita puteri bunian ni hanya cerita lagenda yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang dulu dulu..


kat kawasan air terjun ni ada perkampungan orang asli. Mereka telah lama tinggal di kawasan tersebut.


Selain mandi manda, kat situ korang boleh menyusuri tebing untuk ke bahagian atas air terjun. Ada anak tangga disediakan tapi kena berhati hati sebab anak anak tangga pasti licin.


ni antara kawasan sekitar nak menuju ke air terjun.. pengunjung boleh menikmati keindahan alam yang hijau sambil mendengar bunyi unggas rimba..


ni pulak pemandangan dari bawah air terjun. nak naik ke atas tu tak larat.. so bergambar dari bawah aje.. hehehe


tengah cuace panas macam ni kalau dapat mandi air terjun, berendam dalam airnya yang sejuk memang bestlaaa haaiii kannn.. hehehe


nak tahu camne keadaan kawasan kat sini korang boleh nengok video kat bawah ni ye..


Seterusnya gambar kami berdua jelaa.. posing posing sikit sebelum balik..








Salam Perkenalan,

Budak Takut Gunting Rambut Macam Orang Nak Potong Kepala Dia! Hahaha

ini kisah weekend aritu balik kampung.. sebelum balik kampung tu memang mama ebot dah pesan nak minta tolong bawakkan budak ni pergi gunting rambut diaa, maklumlaa kalau dengan mama papa dia lagilaa ngengade tak mau guntingggg...


mama die dah rimas nengok rambut panjang nau, pastu pulak die takmau ikat rambutnye tu.. so bila cuace panas macam ni memang menggaru je die. tu yang tak selesa nak dipotongkan aje.. hehehe


kemain mengamuk ngamuk tak mau gunting rambut, mula mula masuk kedai gunting rambut tu rileks lagi, tapi bila dah suruh duduk atas kerusi pastu aunty tu dah pegang gunting dah meraung raung terpekik terlolong takmau guntinggg rambut hahahha.. tapi silaplaa kan kalau dah pegi dengan makngah, memang taklaa nak terlepasss, terus aje gunting rambut dia tu walaupun meraung raung hehehhe


kemain drama budak sorang ni, dah setel gunting terus je senyap.. bila ditanye balik sakit ke gunting rambut tu, boleh pulak geleng cakap tak sakit.. pastu dah melaung laung tu apehal??? gelak aje die.. sabar jelaa hahahahha macam macam ragammm..


sebelum balik umah nenek, tunaikan janji beli air kotak milo dulu.. hihihi



Salam Perkenalan,

Wednesday, March 30, 2016

Full Moon Celebration - Tradisi Untuk Chinese Baby Bila Masuk Sebulan

kalau dulu jakun dengan makanan dan tradisi orang bollywood sekarang jakun pulak dengan tradisi orang chinese kat Malaysia ni.. hehehe


tulaa dulu keje bergaul dengan indian je, sekarang majoriti chinese kat opis ni, so ape ape tradisi dorang terjebak dan terterima sekali.. selain best dapat angpow, dapat pulak makanan dan kek kiut miut macam ni, mane tak jakun kannn.. hehehe


Setiap sorang dapat box fullmoon celebration ni sempena anak manager aku masuk sebulan, dari ape yang aku tahu, genap sebulan baby yang baru lahir, dorang akan buat celebration macamni, kire bagi makanan untuk semuaaa..


Ni antara makanan yang ada dalam box ni.. biasa dorang cakap, dorang akan bagi ayam ngan pulut kuning, tapi ni maybe zaman dah moden sikit, so bagilaa makanan makanan ala ala moden macam cupcakes kannn.. hehehe


yang merah tu pulak telor, telor tu pun kebiasaan diberi kalau nak celebrate baby bulan penuh ni.. hehehe



Salam Perkenalan,

Usha Tempat Retreat Di Sahom Valley Agro & Eco Resort, Kampar Perak

Kami kesini hasil suggestion pak mentua aku.. icik abam cakap tempat ni memang penah viral kat fesbuk tapi aku tak tahu pun, so bila balik kampung ritu tak tahu nak pegi mane, tetibe abah icik abam sebut name tempat ni..


teruja gile mase sampai sini, mula mula nak pergi tempat ni rase cam takut dan risau gaklaa, betul ke idak jalannye. Maklumlaa jalan nak ke sini macam lengang dengan kenderaan, tu yang rase samar samar dengan tempat yang nak dituju ni..


bila dah sampai abes semua tempat kami teroka, memang cantik dan sesuai nak buat familyday kat sini..


Sahom Farm Retreat ni terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sahom. Kat situ ada sebuah kawasan seluas 50 ekar dijadikan tempat menjalankan aktiviti ternakan dan perladangan. Ladang ni pulak adalah projek usahasama antara Sahom Farm dengan Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad.


Dengan kawasan yang luas dan berpotensi begitu, Sahom Farm Retreat telah diwujudkan bagi menyediakan tempat percutian yang berlatarbelakangkan ladang ternakan dan perladangan. Kemudahan kemudahan yang disediakan membolehkan tempat ni menjadi salah satu tempat percutian bersama keluarga atau rakan rakan yang akan dikunjungi ramai. Seminar dan kem motivasi juga sesuai diadakan disini.


Terdapat villa yang dinamakan Kampung Warisan. Disini terdapat kemudahan sebuah bilik tidur berkeluasan 800kp, ruang tamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan, ruang dapur, kolam renang, pondok rehat, kolam hiasan ikan koi dan dataran riadah.


Villa ni diberi nama Kampung Warisan kerana kebanyakan hiasan dalamannya terdiri daripada barangan antik hasil peninggalan arwah Hjh. Rahmah bt Abdullah (ehhh sebijik nama ibu aku) yang dipindahkan dari rumah asalnya di Kampung Bata, Malim Nawar, Perak.


Antara barangan antik yang dipamerkan adalah katil besi, almari solek, almari gantung baju, mesin jahit dan sofa rotan. Selain tu terdapat jugak barangan antik yang diperolehi dari sumber lain termasuk mesin getah, pengisar ais, pump air tanah, lesong beras, penggilik cili, motorsikal buatan 1980an dan macam macam lagi.


Dengan adanya barangan antik seperti yang disebut tadi, menjadikan Villa Kampung Warisan ni seperti muzium hidup. Dalam villa ni juga terdapat satu katil antik king sized. Disebabkan villa ni luas, so ia mampu menampung lebih 10 orang pengunjung dalam satu masa.


Binaan bangunan pulak diperbuat daripada kayu dan batu sungai yang diperolehi sekitar kawasan ladang yang berhampiran. Tiang tiang bangunan jugak menggunakan batang pokok jenis kayu keras, manakala dinding bata disalut dengan batu sungai. Rekabentuk bangunan yang berkonsepkan keterbukaan dan bersantai ni akan memberi keselesaan dan pengalaman yang berlainan kepada pengunjung.


Disini pengunjung boleh bermandi manda di swimming pool yang disediakan seperti ni, takpun boleh berkelah di tepi sungai yang mengalir merentasi ladang ni. Nak memancing ikan pun disediakan jika ade yang berminat nak memancing. Selain tu macam macam aktiviti jugak disediakan seperti masuk hutan Gunung Bujang Melaka bersebelahan dengan kawasan ni, berbasikal sambil melawat perkampungan orang asli atau hanya bersantai di dalam suasana kampung yang tenang dengan kabus pagi yang sejuk, udara yang segar dan nyaman.


Pengunjung jugak boleh berjinak jinak dengan haiwan ternakan seperti rusa, landak, lembu, kambing dan burung unta di sini. Takpun boleh melihat sendiri aktiviti kebun kelapa sawit dikawasan sekitar yang ada.


Selain di Kampung Warisan terdapat jugak villa yang dinamakan Kampung Tepian Sungai dan tempat perkhemahan yang dinamakan Kampung Kembara.


kampung Tepian Sungai ni terletak ditebing sungai memudahkan pengunjung untuk bermandi manda dan berkelah di sungai tersebut. Villa ni menyediakan kemudahan lima bilik tidur, bilik persalinan lelaki dan perempuan, ruang tamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, ruang makan, pondok rehat dan kolam hiasan ikan koi.


Manakala Kampung Kembara juga terletak ditebing sungai dan terdapat kolam ikan yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kem motivasi, seminar dan aktiviti lasak seperti paintball, kayak, white water rafting dan mountain biking.


Mase kami datang kesini, kami menggunakan waze aje, so memang terus sampai ke sini. Tapi kalau ade yang nak address ke sini bawah ni alamatnye:


Sahom Farm Retreat, Kampung Sahom
31900 Kampar Perak


Mana yang nak tahu kawasan berhampiran yang terdapat dengan kawasan ni, bawah ni senarai yang dapat aku cari;

- air terjun Lata Kincang - 8km
- Gua Tempurung - 15km
- Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang - 18km
- Muzium Gopeng - 20km
- Padang Golf Clear Water - 25km
- Taman Tema Air Tambun Lost World - 25km
- Pusat Peranginan Cameron Highland - 50km


ni video yang direcord mase berada kat kawasan tepian sungai.


alang alang dah nampak sungai macam ni, air sungai tu pulak jernih, memang memanggil manggil ajak berendam jelaakannn hehehe


tapi kami tak mandi pun, sebab aku malas nak tukar tukar baju. Yelaa dah nak balik KL, malas nak bersiap lagi sekali je.. hehehe


Bawah ni pulak pakej yang disediakan..







Salam Perkenalan,

Tuesday, March 29, 2016

Happy 2nd Birthday Nur Insyirah

Lagi cerita celebrate besday.. kalini celebrate birthday anak bff pulak..


Pestaim aunty ngan uncle datang celebrate besday Insyirah, mase setahun hari tu aunty pun dah tak ingat kenapa tak datangg.. hehehe


besday girl tade mood nak potong kek, so makpaknye jelaa yang tolong potongkann hehhe


aunty aunty pun nak bergambar dengan besday girl walaupun besday girl tade mood nak bergambar time ni.. hehehe


papepun aunty nak ucapkan selamat hari lahir, semoga membesar dengan sihat dan bijakkk..


amek gambar reramai pulak..


Dah bergambar dalam rumah kite lepak berborak kat luar pulak, sambil makan ape yang ade.. hehehe..




Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...