Wednesday, August 30, 2017

Wedding Job Di M3 Shopping Mall, Kuala Lumpur

Lepas wedding job kat Dewan Tun Rahah, selang seminggu camtu wedding di M3 Mall Shopping ni pulak.


Pestaim ni buat wedding kt dewan dalam shopping mall..


Shopping mall ni betul betul sebelah dengan Dewan Taman Melati Impian dimana sebulan sebelum tu dorang ade show kat situ..


Dari situlaa client atau bakal pengantin ni dapat contact band dorang ni. Rupenye time tu dorang ade kat majlis tu.. so ade nengok show dorang, ni yang lepastu client ni hired dorang untuk majlis beliau pulak..


Alhamdulillah, show ni berjalan dengan lancar walaupun macam macam dugaan sebelum majlis berlangsung.


Salah satunye adalah, dorang ni dapat job last minute, tak sampai dua minggu macam tu. Then ade dua orang ahli band tak dapat nak join atas alasan tertentu. So icik abam terpakse mencari pemain lain untuk menggantikan ahli band yang tak dapat nak join tu 


nasib baik ade yang available untuk join. so setel satu masalah.. Alhamdulillah..


Disebabkan kurang rehat, icik abam dah mula rase nak demam.. Maklumlaa sebelum tu buat show hampir setiap minggu, dengan trainingnye lagii so memang kurang waktu rehat..


Sampaikan malam sound check tu pun icik abam masih tak sihat. Suara pulak dah mula tak boleh nak keluar sebab tonsil dah bengkak.. Fuhh time tu hanya Allah je yang tahu macam mana susah hati kami. Yelaa majlis orang kan. Kalau vocalist tade suara camne le pulak nak nyanyi kann hukhuk


Lepas je sound check abes, dalam pukul 2 pagi camtu icik abam nekad pergi hospital. Time tu dah risau dengan keadaan icik abam. Lepas dapat injection dan drip. Keesokkan harinye tonsil icik abam dah makin surut, so suara dah boleh berfungsi dengan baik dan normal.. Alhamdulillah..


Ni keadaan masa mula mula nak set-up. Buat final discussion dulu sebelum mulakan kerja..


Tapi sebelum tu haruslaa amek gambar dorang secara complete dulu..


kang dah start memang dah tak sempat nak bergambar cenggini..


Nengok gambar ni, nampak sikit mate tu sembab sebab tak cukup tido..


Inilah barisan pemain yang menjayakan majlis ni aritu. Terima kasih semuaa


Okee tetiba rindu nak nengok icik abam perform, lame dah hold untuk perform, maklumlaa tengah sibuk dengan rumahh..


Insya Allah kalau ade rezeki, kite start balik ye 


Papepun pada korang yang ingin meriahkan majlis korang, tak kira ape jenis majlis pun, perlukan performers atau band, sila sila laa Call/Whatshapp : 017-6663087 ye


Tapi apepun nak ucapkan berjuta juta terima kasih kat client dan sekalung tahniah diucapkan atas majlis yang meriah ni, Alhamdulillah kami dapat feedback yang positif lagi lepas selesai job ni.. 


Sempat gak haa kami bergambar kat photo-booth hehehe. Bawah ni kite tepek video video yang ade sepanjang majlis ye






Okee untuk lebih video sila subsribe DI SINI ye..


Salam Perkenalan,

2 comments:

mama tisya said...

Pernh skali smp shopping mall ni.. Bole wat wedding ek dlm mall ni

Mummy Audya said...

@mama tisya aah sebab memang dewan ni sesuai utk majlis kwen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...