Saturday, December 21, 2013

Annual Dinner Company 2013

Annual dinner company aku ni dah hampir dua minggu pun berlalu. Baru hari ni ade hati nak update pasal dinner tu. Al-maklumla, icik abam kan outstation seminggu, so macam-macam mood hilang. ekekeke




Tema annual dinner kami adalah Heroes & Villains



 Malam tu aku pilih costume Batwomen. Eh sebenarnye bukan aku yang pilih, tapi icik abam. Kalau ikutkan aku nak beli aje baju untuk ke dinner ni. Bagi yang menanya mane aku sewa costume ni, aku akan update dientri akan datang okee ^^ 


Batwomen  vs Batman in action! ^^


Eh lupe nak beritahu yang annual dinner kami ni diadakan di Aloft Hotel, sebelah KL Sentral.


 Antara menu yang dihidangkan untuk kami semua malam tu ^^


Selain persembahan dari staff-staff, Jason juga turut menghibur kami dengan lawak-lawak dia


 Ni pulak antara costume yang dipilih terbaik malam tu


Seterusnya korang cekidaut aje gambar kami pada malam tu ^^













 Malam tu aku bawak balik ini aje. hahahha :p




[Catatan : tahun pertama]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, December 20, 2013

Review Filem Laki-Laki

Isnin lepas telah berlangsungnya malam Pratonton Filem Laki-laki di TGV Sunway Piramid. Memandangkan icik abam terpakse outstation ke JB hari tu, so aku tak pergi pun ke malam Pratonton tu. So tiket-tiket yang aku dapat tu aku pass kat officemate aje
Untuk Filem ni officemate aku bagi 3 bintang. Dia cakap cerita ni penuh dengan lawak dan pengajaran ^^
Rating : ★ ★   ☆ 

Filem ini mengisahkan lima orang yang terperangkap di sebuah pulau terpencil. Razak yang masih tinggal bersama ibunya merupakan seorang kartunis tetapi syarikatnya muflis dan menyebabkannya kehilangan pekerjaan. Abu seorang chef yang hebat tetapi kehilangan kekasih dan perniagaannya kepada seorang yang dikatakan teman rapat. Azman pula adalah seorang pemain bola terkenal tetapi disingkir kerana tidak berdisiplin.

Samad pula adalah seorang pengarah filem yang berlagak dan filem yang diarahkannya sentiasa gagal. Jerry adalah seorang penyanyi yang meninggalkan kumpulannya untuk bergerak solo tetapi akhirnya menyedari dia tidak mampu berbuat demikian. Kelima-lima mereka membuat keputusan untuk menyertai satu kem motivasi tetapi selepas satu insiden berlaku, mereka terperangkap di pulau terpencil

>>>Klik Untuk Gambar Pratonton Filem Laki-Laki<<<

Filem ni telah pun berada dipawagam bermula 19 Disember 2013
[Catatan : 8 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Malam Pratonton Filem Tokan

 Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Malam Pratonton Filem Tokan di e@curve Damansara
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini

Sebelum aku review pasal filem Tokan ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada Pencil Pictures dan Metrowealth sebab bagi goodies yang best dan 2 tiket ke malam pratonton filem Tokan malam tadi ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Ini merupakan filem aksi dan Zizan memegang watak serius. Tapi serius-serius pun, aku nengok watak yang dia lakonkan akan tergelak jugak. hahahaha ^^
 
 Tokan adalah sebuah filem aksi yang mengisahkan kehidupan keluarga Ketua Tokan. Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuklah Tuan Kamil. Tuan Kamil adalah seorang bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka

Terdapat 7 orang lagi Tokan lain dibawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusof pulak berasal dari kampung dan berhijrah ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di kilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri dan dia telah diambil sebagai Body guard Tuan Kamil.

Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano, Rano seorang tentera dan telah menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Disamping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil

Seterusnya korang cekidaut aje gambar-gambar yang sempat disnap malam tadi. ^^
Zizan Razak sebagai Mat Lobe
Bersama Uqasha Senrose
 
Liyana Jasmay sebagai Suri
 
Sofi Jikan sebagai Solihin
Johan Asari sebagai Rano

Filem tokan ini akan mula ditayangkan dipawagam minggu hadapan pada 26 Disember 2013
Malam tadi Waris pun ade buat persembahan lagu sountrack filem tokan ^^

[Catatan : 2 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Sunday, December 15, 2013

Alhamdulillah Rezeki Akhir Tahun

Dari tadi tak senang duduk kat rumah. Dupdap Dupdap aje ati ni. Nak nengok AIM pun tak senang hati.
Alhamdulillah akhirnya usaha icik abam membuahkan hasil
Tahniah abang. Isterimu ini akan sentiasa sokong mane yang terbaik ^^

Terima kasih jugak atas doa dan sokongan semua.


Thursday, December 12, 2013

Review Filem Paku

Semalam kami nengok Pratonton Filem Paku bersama pelakon utama filem ini iaitu Aishah Ilias di Tgv KLCC
Filem "Paku" ini mengisahkan Fahmi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya Rania yang meninggal dunia selepas kejadian Highland Tower. Beliau tidak dapat menerima kenyataan lalu meminta bantuan bomoh untuk menghidupkan kembali isterinya dengan menusuk tengkuk jenazah Rania dengan paku.

Filem ni hanya untuk tonton 18 tahun ke atas yang diarahkan oleh P. Rameesh dan dibintangi pelakon seperti Johan As'ari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jazmin, Kamal Adli, Didi Hirdy dan ramai lagi


Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Filem ni seram dan kelakar. Filem ni mula ditayangkan dipawagam mulai hari ini iaitu 12/12/2013

[Catatan : 8 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, December 10, 2013

Jenjalan Bukit Tinggi


 Alang-alang dah dekat dengan Bukit Tinggi, lepas aje balik dari Majlis Pertunangan tu, kami singgah sini jap 
Pada awalnye, kami aje yang plan nak ke sane. Tapi memandangkan kami berkonvoi nak balik KL so masing-masing pun join sekali ^^


Puas bergambar aje kat atas tu
 
 Bagi aku kat Bukit Tinggi tak bape nak menarik sangat. Setakat datang amek gambar cantiklaa, kalau rasa nak jenjalan dan nak tenangkan fikiran duduk rehat-rehat oklaa. Seterusnya korang cekidaut aje gambar sekeliling di Bukit Tinggi yang icik abam snap ^^
 
 
Time kami sampai tu, keadaan berkabus sikit, tu yang gambar pun ade yang nampak macam berkabus. hihihi 
Bentuk bangunan-bangunan kat sini cantik seperti kat luar negara ^^

Mase kami pergi ni tak bape ramai sangat orang yang datang. So masih boleh nak amek gambar kat tengah-tengah jalan. hihihi
 Ni kat perigi ajaib
 Si kakak nak nengok swan
 Besar-besar swan kat sini. Dah puas nengok swan kami gerak balik KL ^^

 Dah sampai KL, singgah Istana Baru jap. ^^
Eh lupa nak beritahu harga tiket untuk naik ke Bukit Tinggi ni
Dewasa : RM12 seorang
Kanak-kanak : RM8 seorang

So kalau datang ramai-ramai semata-mata nak amek gambar macam kami ni better tak payah bagi aku. Memang macam tak worth it langsung. Mane taknye, kami datang saje-saje untuk amek gambar dah kene caj dalam RM90++ huhuhu

Tapi bagi korang yang inginkan kelainan seperti berada kat luar negara, tempat ni memang sesuai untuk korang lakukan photoshoot ^^
[Catatan : Sponsored]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...