Monday, February 29, 2016

Menikmati Kopi Luwak Di Ladang Kopi Manik Abian Bali

Mane lagi nak pergi untuk trip kedua di Bali ni?


Supir yang bawak kami ni suggestkan ke Manik Abian Bali Agriculture ni.


Salah satu ladang kopi yang selalu dikunjungi di Bali. kat sini korang boleh nengok macam mane kopi dibuat. Ade bermacam macam jenis kopi. Paling senang dan paling mahal adalah kopi luwak.


Kopi luwak ni kalau korang nak tahu, adalah kopi dari najis musang. Kalau kat Bali ni dorang panggil musang tu Luwak.


Nilaa buah kopi


Aku datang sini baru aku kenal pokok kopi.. hahaha



Kat sini dorang akan kenal kan korang dengan biji kopi jantan dan betina. Seingat aku kalau nak tahu mane satu biji kopi jantan atau biji kopi betina, yang jantan biji kopinye bulat. Yang betinenye pula biji kopi tu bentuknye leper sikit dan berbelah.


Dorang cakap rasa kopi jantan dengan kopi betina ni berbeza. kopi jantan ni rase dan aromanye lebih kuat berbanding biji kopi betina.


So nilaa luwaknye. Time kami datang ni dia tidur. namepun musang kan.. die mane berjage siang.. Malam baru berjage.. Siang die tido aje..


Dari sini kami belajar ape ramuan ramuan yang digunakan untuk buat kopi.


Kenapa kopi luwak ni mahal dan sedap??. Selain berkhasiat tinggi, kopi luwak ni nak buat die sangat leceh dan banyak prosesnye. Pastu kopinye pulak nanti tersangatla halus dari yang lain


Dari ape yang dorang brief, Luwak ni pandai tau, kenapa aku cakap cmtu?, sebab luwak ni akan makan biji kopi yang baik dan bagus saje, so bila die dah makan biji kopi yang baik dan bagus tu, bila die ehem ehemm, dia akan keluarkan balik biji kopi ni. So biji kopi nilaa dorang amek untuk buat kopi.


Nak buat kopi luwak ni akan ade macam macam proses macam aku ceritakan tadi...


Termasuklaa pengeringan. Ni hasil biji kopi luwak yang dah dikeringkan


Pastu biji kopi ni akan ditumbuk pulak..


Dah ditumbuk akan digoreng pulak. Bile digoreng pulak kene sentiasa dikacau aje dengan api yang sederhana.


Lenguh gak wei nak buat semua benda ni..



Dah selesai semua tu, kami diberi rasa minum semua jenis air kopi yang ada.


Nidia jenis jenis air kopi yang ade.


Memandangkan aku ni tak minum kopi, tapi aku de gakla rase sikit.


Aku try kopi vanilla. Makaaiii sedap weiiii...


So sambil minum kopi tu sambil menikmati pemandangan yang menghijau macam dalam gambar kat bawah ni



Pastu sambil minum kopi, bole pulak budak ni offer kat icik abam nak try isap rokok daun takk..




Memang icik abam tak menolak laa perlawaan tu kannn..


Siap ade tukang buatkan rokok, sambil minum kopi pulak tu, haishhh beronok ronok seronok icik abam tulaa kan.. hehehe


So sebelum balik, beli dulu kopi luwak sebagai ole ole. Sampai skang tak luak luak pulak kopinye tak tahu nape hehehe





Salam Perkenalan,

2 comments:

Dkna Abza said...

cantiknya tempat ni..

Norliza Nordin said...

Aah cantikk.. Rindu pulak kat Bali hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...