Thursday, May 16, 2013

Honeymoon di Lost World Of Tambun - Part 1

Hahahha, cam lawak aje kan berhoneymoon kat theme park area. Orang biase honeymoon kat pulau-pulau ke, kat pantai-pantai ke, tempat yang sunyi-sunyi, tapi kami berhoneymoon kat tempat yang full scheduled dengan bermandi manda dan sebagainya.. hahaha..


Sebenarnye, icik abam ajak pegi cherating pada mulenye, romantik sket katenye.. ade pantai tapi aku pulak yang tak mau. aku rase cam perjalanan jauh sangat, xbest. sebab cuti kami hanya 2 hari. so pikir pegi yang dekat-dekat ajelaaa.. huhuhu


So last minute decide pegi tambun. Jadilah kan.. hehehe


Ni kire holiday 2 in 1. Berhoneymoon sambil icik abam nak bawak aku jenjalan sempena besday aku yang ke-28.. ceh ceh.. bangge sungguh tayang umur tu kan.. hehehe


btw, thanks sesangat icik abam! Love you for a thousand years..^^


Pape pun bergambar kat entrance dulu sebelum beratur nak beli tiket.. hehehe


Ni senarai harga tiket untuk masuk ke Lost World


Untuk hari pertama ni, aktiviti kteorang memang padat. ^^


Aktiviti Pertama : Lupes Adventure



 Ala-ala macam naik roller coaster. Memandangkan aku ni penakut sikit dan xboleh nak serun-serun bagai, kami usha dulu laluan die. Nampak macam tak dela melingkau-lingkau benau laluan nye, so aku berani kan diri naik.


Yes!!! dapat naik dan turun tanpa muntah-muntah macam naik roller coaster kat Genting dulu.. hahaha


Aktiviti Kedua : Kepura Cave



 Aktiviti kedua masuk Gua pulak.. hehehe..


Bergambar dalam gua.


Aktiviti Ketiga : Tin Valley


 kat Tin Valley ni, macam-macam aktiviti lasak korang leh lakukan.


Ni antara aktiviti lasak yang ada. Time kami pegi tu konon-konon nak la naik Boga Cruise, tapi time tu dorang ade aktiviti khas pulak, semua aktiviti-aktiviti yang ade akan beroperasi selepas waktu-waktu tertentu. So tadelah kami nak datang lagi kat situ kan. Sebab banyak lagi tempat kami nak explore






Nak mendulang pun bole! ^^


Aktiviti Kelima : Swan Lake


Sebelum naik, suruh orang yang jage tu amek kan gambar kami berdua dulu^^



Untuk naik swan ni kene bayar RM5 seorang..


Okee, disebabkan dah tak larat nak berjalan, so naik la tren ni.. hehhe

Okee, rasenye cukupla untuk arini, nanti sambung cerita lagi..^^


[Catatan : Bersambung]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, May 15, 2013

Bilik Kami Di Lost World of Tambun

Sebelum nak cerita pasal jalan-jalan sambil berhoneymoon minggu lepas, nak tunjuk dulu bilik tempat kami menetap untuk hari tu. ^^
  Kami duduk kat Lost World Hotel. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Lost World of Tambun. so kalau nak pegi ke theme park lost world memang senangla. Jalan kaki aje.
Memandangkan duduk 2 hari aje, so barang pun tak banyak lah, hanya 1 beg baju je dah mencukupi untuk kami berdua. ^^

Barang tak banyak pun, tapi dorang kat hotel tu boleh lagi nak angkut barang-barang kami tu menggunakan troli tu. Pape pun aku memang puas hati sangat lah dengan layanan dorang tu..

Ingat barang ciput-ciput tak de diangkatnye, tapi sikit barang pun die tak bagi kami usung, dorang je yang nak usung sampailah ke bilik. Terbaiklah.. ^^
Kami duduk Classical Room

Seterusnya korang review je gambar bilik kami ^^
No bilik kami 205, Tingkat 2
 okee, ini bekalan makanan semasa dok sane. Ingat susahla nak cari makan kat area sane. Tapi melambak-lambak kedai makan area situ. So don't worry pasal makan.^^
 Dok hotel tu dapatlah 10% diskaun untuk tiket masuk Lost World, breakfast untuk 2 orang dan tiket masuk hot springs untuk 2 orang jugak.. ^^
Last sekali tuan tanah berposing depan hotel! ^^

Nak tahu pasal hotel atau bilik boleh klik Harga Bilik
[Catatan : =)]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, May 10, 2013

Sambut Besday Di Serai Restoren

 Memandangkan bulan Mei ni sangatlah special. So bulan ni memang penuh dengan makan-makan. So kalau aku ngadu gemok nanti korang padan kan muke aku aje okee.. hahahha
Nasi Ulam Ayam Bakar untuk icik abam
Serai Platter untuk aku.

Memandangkan besday aku yang ke 28 tahun ni, so keluarla makan-makan sambil konon-konon sambut hari jadi orang yang dah lame jadi ni. hehehe
Lime Soda with Calamanci & Serai Iced Tea
Ni icik abam tolong siat-siatkan ayam untuk besday girl. girl ke??? hahaha

Kang kalau besday girl dok siat-siat ayam tu sendiri, mahu terbang ke meja sebelah kang. Orang meja sebelah gak kenyang.. huhuhu
Nyum3.. Pavlova sedappppp!

Kate sambut besday kan, so pavlova ni pengganti kek. Tahun ni tak tiup-tiup lilin pun. Cukup la dengan pavlova se slice ni. Alaa, bulan ni dah banyak dah pun makan kek. so lilin-lilin tu tak penting pun.. hahaha

[Catatan : mood honeymoon.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, May 09, 2013

HUMMINGBIRD Special Screening

kalau tadi aku update kisah seminggu yang lepas, ni aku update pasal malam tadi. Tapi aku update secare ringkas aje. Sebab keje tengah menimbun. Tinggal sensorang kat opis katekan.. Uwaaa.. take a break jap, tu yang update entri dengan sepantas kilat.. piew piew piewww.. huhuhu
 Rating : ★ 
Untuk filem ini aku bagi 4 bintang.  Kalau korang nak tahu filem ni merupakan sebuah filem ngeri/jenayah. Ia adalah sebuah kisah thriller gangster yang diarah oleh Steven Knight dan merupakan filem pertama arahan beliau, seorang penulis skrip yang pernah mendapat anugerah Oscar. 

Jason Statham memainkan watak bekas tentera yang terperangkap dalam dunia penjenayah London. Pada permulaannya, dia yakin bahawa dia tidak boleh diselamatkan lagi. Kemudian, dia menukar identiti baru dan menjadi malaikat pembalas dendam dan mencapai keadilan dengan cara sendiri. 

Warning: Kanak-kanak rasenye tak payah la nengok cerita ni. sebab banyak adegan ciuman. ^^

  
[Catatan : Paradigm Mall.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Rahman Palace Steamboat & Nandos

Ini kisah seminggu yang lepas. Cerita time Labour Day. Jalan-jalan, makan-makan, gosip-gosip dengan bff yang comel-comel dan havoc gile.. ^^


Plan nak makan steamboat ni dah lame dah plan, tapi al-maklumlah masing-masing keje, yang sorang sibuk jage anak, yang sorang sibuk nak naik pelamin, yang sorang saket-saket bawak perut. Pembawakkan budak kate kan, yang sorang lak sibuk cari barang nak tunang, dan yang sorang lagi sibuk dengan kerjaya, wanita berkerjaya katekan.. hahaha


Okee, pendek kate, alhamdulillah, labour day ritu semua cuti, dan dapatlah berkumpul makan kat Rahman Palace, nak tahu kat mane Rahman Palace tu, korang boleh lah tanye pakcik google ye.. yang boleh aku beritahu, die dekat dengan MRR2, dekat dengan Kunang-kunang restoren. ^^


Seterusnya, korang review ajelah gambar kami disane ye.. ^^


Gambar time makan tak sempat nak amek. sebab masing-masing sibuk mengadap makanan. Nak pegang kamera pun tak sempat.. kuikuikui



Eh eh, ade sesi potong kek le pulak kan. Disebabkan aku yang terlebih excited nak potong red velvet tu, tu yang aku potong kek sambil tersipu-sipu, sambil buat muke kartun.. kuang3..


 Kek ni macam-macam sempena, tu yang ditulis macam-macam ado tu, termasuklah nak meraihkan besday becoming untuk aku, tapi skang dah lepas dah.. hehhe besday aku 7haribulan ritu.. hehehhe ^^


tomey tak itew??? tomey kan kan kan.. hehehe.. Ni baby member aku, gile comel dan bulat sangat mate tu kan.. tu yang buat geram tengok nye.. heheh


Walaupun kekok, tapi tetap teringin nak pegang baby, almaklumla, kite ni kan perempuan, jiwa keibuan tu mestilah ade kan.. ceh ceh.. ade kne mengene ke.. hehehe


Okee, memandangkan cerita ni dah lame, so aku gabungkan dua cerita pasal makan-makan dalam satu entri.. hehehe ^^


Seterusnya kisah makan-makan kat nandos. Bersama opismate lak. Makan-makan kat nandos ni sempena besday aku rtu. Konon-konon aku ni kan suke makan nandos, so dibawaklah makan kat situ.. heheh ^^



Okee, gambar besday girl tepek sket.. hehhe..


ni die opismate aku, kemane-mane mesti seiring dan sejalan.

Okee, tu aje nak cerita.. hehehe ^^

 [Catatan : terima kasih belanja]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, May 08, 2013

Cerita Sebelum PRU13

Okee, kalau semalam update pasal cerita time PRU13, ni aku nak update cerita sebelum PRU13 lak.. hehehe
Memandangkan nak mengundi kali ni kene balik 2 tempat, so dapatlah balik 2 kampung sekali. Tapi dah disebabkan terpakse membahagikan mase untuk 2 kampung, mase kat kampung memang sangat terhad. pendek kate, xpuasla dok kampung masing-masing.. ^^

Malam tu dapatlah jalan-jalan kejap kat Pekan Teluk Intan dan dapatlah bergambar sekeping dua kat Menara Chondong.. ^^

 [Catatan : peace!]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, May 07, 2013

PRU13 - 05.05.2013

Walaupun proses mengundi dah selesai. Keputusan pun telah diketahui, tapi rasenye masih tak terlambat aku nak update pasal PRU13 ni kan. 

Ala, kat facebook, blog masih banyak lagi cerita-cerita pasal PRU ni kan. So rasenye tak terlambat la kan.. ^^
Aku mengundi kat kampung. Kat sekolah rendah aku dulu. Memandangkan ni kali kedua aku mengundi, so nak katekan sangat teruja mengundi tu tadelah sangat. Dah pernah mengundi sebelum ni katekan. Tapi.. ape yang buat aku teruja adelah nak balik mengundi dua tempat.

Aku kene mengundi kat Melaka, manakala icik abam lak mengundi kat Teluk Intan. So kelam kelibut sket la kan.

Kami balik kampung icik abam dulu. Pagi-pagi icik abam dah keluar mengundi. Nak kejar mase nak bagi aku lak mengundi. Pas je breakfast dalam kul10.30 pagi camtu kami terus pecut balik melaka lak. Turn aku lak nak mengundi.^^
Alhamdulillah, dalam kul3 petang camtu kami dah sampai tempat mengundi.

Seterusnye korang review jela gambar aku selepas abes sesi mengundi.. ^^
okee, sape kate dakwat ni tak tahan lame? cepat hilang?? aku punye susah je nak ilang. Sampai arini masih ade kesan lg... tapi tade lah kesan pekat dakwat tu macam ni. Gambar jari ni diambil selepas time mengundi rtu. huhuhu

mungkin dakwat yang mudah hilang tu, dorang tak goncang botolnye before calit kat jari pengundi kot. Think +ve.. ^^

*Okee, tunggu 5 tahun lagi nak mengundi. Time tu mengundi dah dukung anak kot. hehhee In Sha Allah

 [Catatan : Tahniah  yang menang]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, May 02, 2013

Pratonton Filem 99 Kali Rindu

 
Filem ini merupakan sebuah filem romantik Islamik di bawah arahan David Teo. Pelakon yang membintangi filem ni termasuklah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Adey Syafrien dan Siti Aziz. 

Filem ini menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya. Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar.

Cerita ni adalah sambungan dari Filem 7 Petala Cinta

Seterusnya korang review aje gambar-gambar sepanjang malam pratonton filem ni ^^


Untuk filem ni aku bagi 3 bintang
Rating : ★ 

So kepada sesiapa yang berminat untuk menonton filem ni, bolehlah nengok di pawagam-pawagam berhampiran korang mulai 9 Mei 2013
 [Catatan : Hijau]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...