Thursday, May 02, 2013

Pratonton Filem 99 Kali Rindu

 
Filem ini merupakan sebuah filem romantik Islamik di bawah arahan David Teo. Pelakon yang membintangi filem ni termasuklah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Adey Syafrien dan Siti Aziz. 

Filem ini menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya. Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar.

Cerita ni adalah sambungan dari Filem 7 Petala Cinta

Seterusnya korang review aje gambar-gambar sepanjang malam pratonton filem ni ^^


Untuk filem ni aku bagi 3 bintang
Rating : ★ 

So kepada sesiapa yang berminat untuk menonton filem ni, bolehlah nengok di pawagam-pawagam berhampiran korang mulai 9 Mei 2013
 [Catatan : Hijau]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

3 comments:

combi said...

wahhh wah wah..aritu nampak ad tayangan preview kat d curve..tp mls nk nungu nengok artis..hehe (dlm ati nak) :P

Norliza Nordin said...

owh yeke.. mesti pegi ngk ironman3 la tu kan.. hikhik

Unknown said...

ada sambungan lagiii cerita film ini...? tolong kasih tau judul@ yaa,??? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...