Sebelum aku tunjuk gambar sepanjang pendakian icik abam bersama team die ke Gunung Nuang, meh aku story sikit pasal keadaan aku yang tak senang duduk kat umah memikirkan keadaan icik abam time tu.
Mane taknye, laki ade kat dalam hutan belantara bini tinggal kat uma sensorang.. Ohhmy memang asek terpikir pasal keselamatan die jela kan. huhuhu
Icik abam pergi ke Gunung Nuang bersama 34 orang peserta, 2 orang guide dan 5 orang escort. Aktiviti ini diadakan sebagai persediaan bagi team icik abam untuk tawan puncak Gunung Kinabalu nanti. Insya Allah
Aktiviti ni merupakan salah satu latihan bagi team icik abam untuk mengasah fizikal dan mental mereka untuk menawan Puncak Gunung Kinabalu nanti.
Sebenarnye mengikut jadual yang telah dirancang untuk Nuang expedition ni, pendakian team icik abam dijangka akan mengambil masa hampir 24 jam sahaja.
Mereka mula kan perjalanan dari starting point ke Puncak Nuang pada pukul 11 malam dan dijangka sampai semula di starting point pada tengah hari keesokkannya.
Ape yang icik abam beritahu aku sebelum dia pergi tu, mula-mula mereka akan start perjalanan mereka dari starting point terus ke Kem Lolo iaitu tempat perkhemahan mereka. Malam tu mereka akan bermalam di situ dah selepas subuh dorang akan sambung pendakian mereka ke Kem Pacat pulak dan terus ke Pucak Pengasih dan ke Puncak Gunung Nuang. Dan tengah hari keesokkannye dah boleh balik ke rumah masing-masinggggg. [Yeah]
Tapi.... ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan. huhuhu
Batu sempadan Pahang |
Batu sempadan Selangor |
Batu sempadan Pahang dan Selangor yang mereka temui.. ^^
Kalau korang nak tahu, aku dapat berhubung dengan icik abam bila
die ade kat Kem Lolo aje, selepas dari tu, dorang kene off kan hp. sebab takut kene sambar petir ke ape kan, yelaa dorang kan ade kat tempat tinggi. huhuhu
Berbalik pade cerita yang tadi, seperti
yang dijadualkan, mereka akan bermalam di Kem Lolo. Dah sampai sane dorang terus berkhemah disitu. Esok paginye dorang akan ke Kem Pacat dan terus ke puncak. ^^
Dah tahu jadual mereka macam tu, aku tunggu jelah kabar berita dari
die. Last die SMS aku sebelum icik abam dan team nak gerak ke Kem Pacat
Mula-mula
aku tak risau pape pun, kire setia menunggu sehingga icik abam sampai la gamaknye kan. hihihi
Tapi bile dah tengah hari tu patutnye icik abam dah call aku tapi tak call jugak, aku rilek je lagii.. Aku tak terase sangat sebab time tu hari sabtu, memandangkan hari sabtu tu aku keje. Aku saje lah lepak kat opis lelame, kire icik abam nak balik nanti aku pun balik la kan. Konon-konon nyelaaa.
Patu tambah kebetulan pulak boss aku suruh aku pergi sogo beli barang, so aku pun pergi lah ke sogo dengan driver. Pasal pegi sogo ni, aku tak dapat beritahu icik abam pun, sebab die kat dalam hutan, aku call ngan SMS pun tak dapat. So aku pergi jelaaa.. huhuhu
Balik opis balik dah pukul 2 lebih camtu. So tak perasan yang dah petang pulak. Time ni icik abam masih tak contact aku pun. hukhuk
Lepas tu aku dah mule tak sedap hati, kenapa icik abam tak SMS aku pun lagi. Dalam hati aku berkata, maybe terlewat sikit dari jadual tu standard la kan.. huhuhu. so aku tunggu jela kan.. Saje nak sedapkan hati yang dah mula gundah gulane tu.. huhuhu
Nengok cam dah lewat je, tak leh jadi ni pikir aku, tak kan dah lewat pun tak nak balik uma kan. so merempitla aku balik rumah. Patu dah kat uma, aku busykan diri dengan nengok cerita-cerita yang aku dah record.
Time tu rindu aku kat icik abam dah membuak-buak da. Mane taknye, dah 6 hari dah icik abam tinggalkan aku keseorangan kat rumah sebab die
pergi outstation. Patu sambung tinggalkan aku lagi untuk training ni.
hukhuk. Ohnooo....
Dah tahu die nak balik hari tu, makin tak sabar lak aku menunggu icik abam. huhuhu
Dari terang nak ke gelap balik, masih tade kabar berita dari icik abam. Patu nengok kat luar hujan lebat le pulak. Aduyaiii, makin tak sedap lah ati aku. hukhuk
Kali ni aku dah tak senang duduk dah. Jam dah menunjukkan kul 8 malam. SMS tak, call aku pun tak. Ohnooo, time ni ati aku dah resah gelisa dah. Dah tak tahu nak buat ape. hukhuk
Dalam pukul 9 lebih camtu baru icik abam call aku, ohh lega gile aku lepas tu. Icik abam cakap die dah sampai di Kem Lolo. Dorang tengah tunggu ahli lain yang masih tak sampai di kem tersebut sebab terkandas ujan lebat. patu dah boleh gerak ke starting point dan balik rumah.. katenye. huhuhu
Sempat gak icik abam bagi tahu yang die tak ade pape cedera, cume kaki dah mule sakit. Pikir nak balik jumpe aku terus je katenye.. ^^
hahaha, pas je letak telefon terus aku bersemangat kemaen, ati pulak dah berbunga-bunga. Yelaa kan dah 6 hari kot tak jumpa. so dengar je icik abam nak balik, terus aku berperang kat dapur nak siapkan makanan.
Mesti icik abam penat dan lapar tu, hampir 2 hari dalam hutan. Mesti tak cukup makan. hehehhe
Okee, pendekkan cerita....
Lepas je abes masak, icik abam call cakap tak dapat balik malam tu. Sebab ramai yang tak sampai lagi kat Kem Lolo, lagi pulak time tu dah lewat malam, so masing-masing pun cam tak larat nak teruskan perjalanan ke starting point. (mengambil masa 2 jam ke situ).
Ohnooo, nanges sekuat hati. Terpakse lah menahan rindu lagi kann. Dah simpan makanan yang masak tadi dalam peti terus tidooo.. keciwa icik abam tak balik. huhuhu
Cerita habisssss.. penat dah mengarang.. huhuhu
Sinopsis dari pendakian icik abam:
11 malam dari starting point ke Kem Lolo = 6km
Kem Lolo ke Kem Pacat = 2 jam
Kem Pacat ke Puncak Pengasih = 2 jam
Puncak Pengasih ke Puncak Nuang = sampai 2.30 petang
Turun dari Puncak = Start pukul 3.00 petang
Sampai Kem Lolo semula = 8.15 malam
9 pagi dari Kem Lolo ke Starting point pukul 11.11 pagi.... Balikkkk
*Gambar-gambar dalam entri ni nak story keadaan icik abam, manakala cerita yang berjela panjang tu story keadaan aku time icik abam kat sane. Harap faham. ^^
[Catatan : Line ade kt Kem Lolo je.]
Salam Perkenalan,
With Love
With Love
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Suka bace ni?
No comments:
Post a Comment